Thursday, April 30, 2009

..:: Bicara Taubat ::..

Bismillah hirrahman nirrahim…

Ucapan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…
Ucapan Syukur kepada empunya segalanya ini… Ya Allah… kuatkan imanku, kuatkan hati ini untuk berada dalam perjuangan hidup ini…perjuangan menuju redhaMu

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku, ampunkan dosa-dosa seluruh ahli keluargaku, ampunkan dosa-dosa setiap guru-guru dan pensyarah-pensyarahku, ampunkan dosa-dosa seluruh sahabat-sahabat perjuanganku dan seluruh muslimin dan mulimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali bertemuMu….

Ya Allah, berikan aku pertunjuk untuk melalui jalan hidup ini. Berikan aku petunjuk ke jalan yang lurus. Jalan yang Kau berikan kepada orang-orang yang Kau sayangi. Letakkan diri ini dikalangan orang-orang soleh dan solehah... Berikan Ya Allah. Sesungguhnya diri ini memerlukan petunjukMu....

Alhamdulillah… ana sekali lagi berupaya untuk bangkit menulis dalam blog ana. Blog yang tidak seberapa ini.. Cuma hajat menulis adalah untuk memuhasabahkan diri.. InsyaAllah.. semoga Allah memberikan petunjuk kepada diriku untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa...InsyaALLAH

Mungkin ini adalah penulisan ana yang terakhir... terakhir untuk seketika.. bukan kerana malas menulis, tetapi ana terpaksa menghantar segala barang-barang ana ke kampung. Termasuklah lattop ana yang di sayangi ini.

Alhamdulillah... baru sahaja sebentar tadi ana selamat menghantar assigment ana yang terakhir. Alhamdulillah.. Walaupun dalam suasana imtihan sekarang ini, proposal ana perlu disiapkan. Alhamdulillah, siap juga dengan pertolongan dari Allah. Dipermudahkan segala urusan. Sejak akhir-akhir ini, sakit ana agak merunsingkan... Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini. Aku redha atas segala-galanya.. Jadikanlah aku hambaMu yang lebih bertaqwa. Lebih mengejar cintaMu dari segala-galanya..

Walaupun sibuk dengan hidup sebagai seorang pelajar, yang sentiasa sibuk dengan urusan-urusan di kampus, Alhamdulillah, ana tak lupa kepada keluarga di kampung. InsyaALLAH, esok, Jumaat, ana akan pulang ke kampung buat seketika. Tujuannya hanya satu iaitu menziarahi emak di kampung.

Entah bagaimana hati ini terpanggil untuk pulang ke kampung. Walaupun dalam keadaan ana yang masih berbaki 1 paper lagi untuk peperiksaan final ana, ana masih tepanggil untuk pulang. Tiba-tiba hati ini rasa hiba dan sedih.... sejak seminggu yang lalu, emak ana tidak berapa sihat.. darah tinggi emak kembali menjengah.... Ya Allah, selamatkanlah emakku kerana hanya dia sahaja yang aku ada.... kekuatan kepadaku, selain diriMu...

Pada mulanya sukar nak buat keputusan. Pening juga kepala, dalam keadaan yang kurang sihat dan peperiksaan yang masih berbaki 1 paper, tiba-tiba mendapat panggilan emak yang kurang sihat... hati ini tiba-tiba meronta-ronta untuk balik.. hanya petunjuk dariNya ana memohon.... Semoga kepulangan ana, sedikit dapat merubat segala kesakitan..

Ya Allah, terlalu banyak cara Engkau mentarbiahkan diri hamba-hambaMu. Setiap manusia ada kekuatannya. Ujian yang kau sediakan kepada setiap hamba-hambaMu adalah ujian terbaik untuk dirinya. Kekuatan yang kau nilai adalah kekuatan untuk menjadi hamba yang beriman....

Setiap diri hamba yang di uji adalah satu nikmat apabila dia mengetahui segala-gala hikmah di sebaliknya. Bertaubat. adalah langkah terbaik dalam hidup manusia. Kerana setiap langkah kita ke jannahNya ada banyak liku-likunya. Ana teringat kata-kata ustaz sewaktu pengajian di matrikulasi;

”Kita hanya hamba. Di mana letak title hamba? Jangan sombong dengan diri. Mana kamu nak letak kemewahan kamu bila berjumpa denganNya? Allah tak heran dengan pangkat, kemewahan dan segala-gala yang kamu ada. Tapi Allah melihat nilai taqwa. Nilai taqwa adalah terletak pada banyak mana dia bertaubat. Bertaubat dengan sesungguh-sungguhnya. Taubat Nasuhah. Walupun miskin harta, tapi mewah dengan ketqwaan”

Bertaubat bukan sahaja bila kita ingat kita buat dosa-dosa yang besar. Tetapi, setiap detik. Setiap ketika. Setiap masa. Jangan sibuk untuk mencari salah orang lain. Tapi setiap detik, carilah kesalahan sendiri. Seperti kata-kata;

”Ingatlah, tanda ahli syurga ialah golongan yang tiada ingat akan kebaikan dan sentiasa ingat akan kesalahan diri. Ahli neraka pula ialah golongan yang sentiasa mengungkit kebaikan dan melupai kesalahan diri. Jika kebaikan kamu dihargai, bersyukurlah kamu kepadaNya. Jika tidak dihargai, janganlah kecewa, hiburkan hatimu dengan janji Allah dan bersabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kebaikanmu....”

Bicara diri ana, banyak silap barang kali. Kerana ana juga hamba, insan yang di cipta tidak sempurna. Bukan tidak sempurna penciptaan, tetapi di cipta sebagai memegang title insan. Banyak kekurangan. Ada kala kita jarang menangis untukNya. Selalunya tangisan itu di beri pada yang tiada haknya. Menangis kerana putus cinta. Astagfirullahhal’azim... semoga kita di ampunkan segala dosa-dosa kita semua.

Ana melangkah sebagai seorang Mujahadah yang merindui bertemuNya. Jangan jadikan hati kita hitam. Hitam yang tiada apa-apa penawar kecuali dengan bertaubat. Titik hitam yang ada dalam diri kita, akan hilang sedikit demi sedikit jika kita bertaubat. Biarlah orang memandang sinis kepada kita. Tetapi janganlah Allah tidak memandang kita. Perdulikan pandangan manusia yang ego dan berhati kotor. Tetapi dekatilah dirimu denganNya. Allah menanti-nanti hamba-hambaNya yang merinduiNya, mencintaiNya, dan mengharap kasihNya... Kerana Alla Maha Pengasih.

Ana bukan pandai segala-galanya. Memang boleh di ketegorikan banyak kurang ilmu. Kerana itu, apa yang di coretkan ini adalah sedikit ilmu yang ingin di kongsi. Sedikit peringatan untuk diri yang hina ini dan kepada sesiapa yang sudi membaca. Ana menulis bukan kerana berbangga. Tetapi menulis atas dasar menjalankan tugas sebagai seorang hamba. Hamba yang banyak melakukan kesilapan. Tetapi ana sedang berjuang untuk memiliki cintaNya. Cinta yang tiada tolok bandingNya. Oleh itu, kejarlah cintaNya. Apabila antum mengejar cintaNya, antum tidak pernah menyesal atau kecewa. Kerana cintaNya adalah terbaik. JanjiNya adalah tepat.

Sebelum mengakhiri kalam coretan ini, ana ingin meminta maaf kepada semua sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sekalian sama ada di alam nyata atau maya. Jika ada kata-kata ana yang menyinggung perasaan antum semua. Assif Jiddan dari ana. Jika ada kalanya ana bersikap tegas atau lagha, maaf atas segalanya. Semua itu mungkin kelemahan yang tiba-tiba berkunjung ke dalam diri ini. Ana tak sempurna. Banyak dosa. Banyak silap dalam penilaian. Assif segala-galanya. Ana doakan semua sahabat dan sahabiah di permudahkan kehidupan sama ada di dunia atau di akhirat. Akhir kalam;

” Jadilah seperti anak panah. Mempunyai sasaran. Sasaran yang tepat. Di mana sahaja di campakkan, tetap kepada sasaran. Jadilah Mujahid dan Mujahadah yang membela agama Islam. Kerana perjuangan kita belum selesai. Masih banyak lagi yang belum langsai. Ada banyak lagi hutang-hutang kita pada Allah. Hutang sebagai hambaNya. Jadilah pejuang yang bercita-cita kepada syahid. Cinta kepadaNya.... Kerana nilai cintaNya adalah Cinta Hakiki... Ya ALLAH cintaku hanya untukMu...”

Salam Perjuangan dari seorang yang merindui untuk menjadi Syuhadah,

AISYAH HUMAIRAH
(NURULFAZLINA AIN BINTI RASOL)

KHAMIS 30 APRIL 2009 (JAMADIL AWAL 1430 H)
3.00 PETANG WAKTU MALAYSIA

0 comments:

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP