Monday, April 27, 2009

..:: Aku Hanya HambaMu Ya ALLAH ::..

بسم الله الرمن الرحيم


Allahuakbar…. Subhanallah… Alhamdulillah…. Astaghfirullahhal’azim…

Pemulaan penulisanku dengan zikrullah… sungguh besar nikmat yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya….. Sungguh cantik dan indah penciptaanNya… Sungguh besar nilai cinta Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman…

Aku hanyalah hamba, insan biasa yang dikelilingi aktiviti-aktiviti yang terlalu banyak ujianya… Alhamdulliah. Ku bersyukur kerana aku dihidupkan dalam Islam… Doaku, aku berada dalam Islam sehingga bila-bila.

Hari ini, Isnin, 27 April 2009, hari aku menghadapi ujian dunia.... Alhamdulillah aku selamat menjalani 2 kertas peperiksaan final ku... Alhamdulillah ku panjat kepada yang berhak dicintai... 2 kertas dalam satu hari adalah ujian untukku... walau bagaimanapun, itu adalah terbaik untukku.. kerana aku yakin, jadual itu tercipta kerana itu adalah terbaik untukku... syukran ya Allah.. Cintaku untukMu...

Walaupun kepalaku agak sakit sekarang ini, sambil melayan air yang baru di buat. Semoga air madu yang di campur dengan habatussauda ini menjadi asbab untuk melegakan kesakitan kepalaku ini.. Semoga Allah meyembuhkan sakit kepalaku ini...Walaupun ada dua paper hari ini, aku berkesempatan ke Masjid Wilayah semalam... Alhamdulillah.. terubat resah dan gelisahku bila orang paling aku kagumi berada di depanku dan memberi pengajiannya... bila mendengar segala pengisian pengajiannya.. hati ini sejuk.. hingga aku terlupa bahawa aku akan menghadapi peperiksaan... pengisian yang mendalam.. pengisian yang membuat aku menitiskan air mata... Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau memberikan aku peluang ke sana semalam. Walaupun pada awalnya, sukar juga nak buat keputusan sama ada nak pergi atau tidak, tetapi Kau berikan aku jalan ke sana... Alhamdulillah....

Alhamdulillah.. apa-apa pun, aku hanya bertawakkal kepada Allah... segala yang terbaik telah aku lakukan.. penilaian di sisiNya sahaja yang aku menunggu... Ya Allah, Kau berikanlah aku yang terbaik untukKu.... Biarkanlah yang terbaik itu menjadikan aku lebih bertaqwa... diri ini ingin memohon maaf kepada semua sahabt2 dan sahabiah2 yang merasa terganggu dengan mesej-mesej ana dari ym. Assif jiddan sahabat2 dan sahabiah2ku... ana insan yang banyak melakukan kesalahan... mesej-mesej itu hanya sekadar bertanya khabar dan penghantaran maklumat-maklumat sahaja. Jika ana mengganggu, ana mintak maaf...

Alhamdulillah, aku tersedar sesuatu baru seketika tadi. Syukran Ya Allah, kerana mengasihi aku... mengingatiku yang ada kalanya terleka... seungguhnya aku berjuang untuk memiliki cintaMu... cinta yang teragung... Cinta yang menyebabkan aku diulit keindahan cintaMu... Cinta yang memberikan kekuatan kepadaku sedangkan banyak yang memandang sinis kepadaku.... Aku tak mengarapkan cinta selain dariMu... yang aku harapkan hanyalah cintaMu....
Alhamdulillah... sekarang aku berada di penghujung pengajianku... apakah perasaanku? Entahlah... hanya Dia yang tahu... rahsiaku bersamaNya... bila dah nak dekat-dekat penghujung ni... macam-macam peristiwa berlaku.... antaranya walimah-walimah yang tersusun... Alhamdulillah.. ana juga sedang sibuk menyusun walimah-walimah yang diterima.. Alhamdulillah, setakat ini ada 2 walimah yang telah diconfirmkan... Antaranya:



Ukhti Nik Syuhada dan pasangannya (ana tak ingat ^-^)

– 1 Jun 2009 di Kota Bharu, Kelantan


Ukhti Siti Hajar dan Akhi Muhd. Shafie

- 6 Jun 2009 di Kamunting, Perak



Alhamdulillah... setakat ini baru dua... lepas ni, insyaALLAH ada lagi. Cuma tak confirm lagi... ^-^. Ana tumpang gembira dengan perkahwinan sahabiah2 ana... semoga antum membentuk keluarga berlandaskan Islam... didiklah keluarga seperti didikan Lukman Hakim... supaya adanya penyambung generasi Solahuddin Ayubi, Muhammad Al-Fateh, Umar Al-Khattab, Usman ibn Affan, Abu Bakar As-Siddiq, As-Syahid Hassan Al-Banna dan para orang-orang soleh... Doaku mengiringi perjalanan bahtera kehidupanmu.. ^-^

InsyaALLAH.. nanti sampailahku ke sana, jika di panjang umur...
Sejak beberapa hari ini, aku sering terbaca kata-kata dari buku istimewa bagiku.... Tautan Hati... begitu aku terpaut ke atas buku ini... sudah lama buku ini aku letakkan di meja studyku.. entah kenapa, tiba-tiba hati ini terdetik untuk mebaca kata-kata di dalamnya... hati ini berpaut atas kata-kata:



Saudara
Seandainya kau tangisi pemergianku
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara,
Kematian adalah satu perjalanan,
Mendapatkan kekasih yang sedang merindui,
Taman-taman syurga-Nya bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicauan riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
Puaka kegelapan pasti hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana, fajar sedang memancar


* kata-kata Syed Qtub sebelum menghembuskan nafas terakhir di tali gantung..

Aduh, tersentuh hati ini... bagaimanakah penilaian diri ini? Adakah aku mampu menjadi yang terbaik... Ya Allah bimbinglah aku supaya aku tidak lalai dalam mengingatiMu... berikanlah kekutan kepadaku untuk menjadi hambaMu yang terbaik... seperti dalam surah Al-Baqarah, ayat 201:

” Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat, periharalah kami dari azab neraka”


Akhir penulisan ini, diri ini ingin memberikan sedikit kata-kata sebagai renungan dan amalan untuk kita semua;


”Ingatlah, tanda ahli syurga ialah golongan yang tiada ingat akan kebaikan dan sentiasa ingat akan kesalahan diri. Ahli neraka pula ialah golongan yang sentiasa mengungkit kebaikan dan melupai kesalahan diri. Jika kebaikan kamu dihargai, bersyukurlah kamu kepadaNya. Jika tidak dihargai, janganlah kecewa, hiburkan hatimu dengan janji Allah dan bersabarlah, sesungguhnya allah tidak akan mensia-siakan kebaikanmu....”


2 comments:

Hawa Mahabbah April 27, 2009 at 10:40 AM  

Masyaallah Tabarakaallah.. Alhamdulillah... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aisyah humaira' said: "Semoga air madu yang di campur dengan habatussauda ini dapat melegakan kesakitan kepalaku ini.."

mohon maaf sahabatku.. teguran sikit dr ayat tu.. saya yakin niat kamu dan tulisan kamu tu mungkin berbeza..

Yang melegakan sakit kepala kita hnya Allah Taala. Air madu campur habatusauda tu hnya asbabnya..

tulisan tu melambangkan seolah2 madu dan habtsuada tu yg melegakan.. hakikatnya.. segala2nya bersandar pada Allah Taala.

"Tiada Yang Setara dgn Dia" [al-Ikhlas:4]

Allahualam..

jadi cadangan ayat: semoleknya..

"Semoga Allah melegakan sakit kepala saya asbab minum ....."

memadailah menagatakan Allah yg yng menyembuhkan kita.

Astaghfirullahalazim..
Allahualam..
mohon maaf...
teguran mahabbah fillah.. insyaallah..
peringatn utuk diri saya jugak... aplikasikan ayat2 dan dialog kit dgn zikrullah.. masyaallah tabrakaallah... Allahuakbar..

Nurulfazlina Ain Rasol April 27, 2009 at 6:38 PM  

Alhamdulillah... syukran sahabatku... mungkin penulisan ana ada salahnya... kesakitan kepala menyebabkan penulisan yang agak tidak baik... Astagfirullahhal'azim... syukran sahabat... teguranmu amat ana hargai...

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP