Wednesday, December 24, 2008

Bila Yang Lama Hanya Tinggal Kenangan....


Alhamdulillah... dapat juga ana menulis di ruangan blog ana yang tak seberapa ini.... bolehlah... janji niat betul... 2 hari lepas... ana dan keluarga ana berpindah ke rumah baru kami....... ish...... tak bestlah...... kalaulah boleh jerit (Aku tak mahu pergi!!!!)... tapi tak boleh, jerit dalam hati jelah...


Ana tak pernah untuk bermimpi apatah lagi untuk di jadikan kenyataan bahawa ana akan berpindah... ah! tak sukalah..... mesti rumah arwah nenek dan arwah atuk sunyi je.... lglah hati ana ni sedih, rumah yang ana di besarkan selama 21 tahun.... dari tak mengenal apa2 hinggalah dah kenal semua benda.... (taklah terrer sangat pun)...


Kalaulah UPSI sebelah rumah ni je... akan ana pastikan rumah ini terjaga. Banyak kenangan di rumah ni. Di sinilah rumah yang di semai rasa kasih sayang di antara setiap ahli dalam keluarga. Tapi sekarang, semua tinggal kenangan........... Ah! (sekali lagi). Mungkin inilah kata yang paling sesuai, Bila Yang Lama Hanya Tinggal Kenangan....


Sedih hati ini hanya Allah je yang tahu. Tapi nak buat macam mana, kita perlu menghadapi masa sekarang dengan penuh ketabahan. Tak semua yang kita idamkan kita akan perolehi...

Friday, December 5, 2008

PERJALANAN KEHIDUPANKU....

Suatu masa dulu… Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan, Begitu sibuk mengejar impian, Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan, Dunia yang fana ini menjadi matlamatku, Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku, Perihal akhiratku tiada ku endahkan, Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan, Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan, Syurga dan neraka tidak ku fikirkan… Sehinggalah pada suatu hari… Engkau menguji ku dengan kegagalan, Yang memusnahkan segala harapan, Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan… Ya Rahman… Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan, Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan, Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan, Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan! Dan kini... Barulah ku sedari, Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu, Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim, Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu, Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa Dunia tidak patut dijadikan matlamat, Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan, Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu, Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini... Ya 'Azim... Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu, Kerana di antara berjuta manusia, Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini, untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah... Ya Allah... Aku amat berterima kasih kepada Mu Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat Dalam kehidupan yang serba sementara ini, Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu... Memang tidak dapat dinafikan lagi, Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang… Ya 'Aziz… Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya, Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan, Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini, Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu, Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku, Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman, Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran, Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan, Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan, Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku… Ya Khaliq... Jadikanlah setiap hembusan nafasku, Setiap kelipan mataku, Setiap degupan jantungku, Setiap helaian rambutku, Setiap bait perkataanku, Setiap hayunan tanganku, Setiap langkah kakiku Dan setiap titisan darahku, Hanyalah untuk Mu… Sebelum tiba ajalku, Ingin ku merayu kepada Mu, Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku, untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka, Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu, Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku, Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu, Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya... Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah... Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi, Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi, Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini, Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi, Di pertemuan yang hakiki,Di dalam syurga yang kekal abadi...

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP