Tuesday, March 30, 2010

..:: Mengenali ALLAH s.w.t Dengan Ilmu ::..

Penjelmaan bumi berbentuk sfera,

Bukti puncak kuasa yang Maha Esa,

Statistik alam amat dikagumi,

Isipadu air laut,

Menambah rasa takjub.

Subhanallah…. Subhanallah……

Luas bumi tak terkira kilometernya.

Putaran bearing yang teratur,

Peratus kejadian manusia,

Memenuhi alam.

Nikmat yang diterima,

Tak terdapat didarab dibahagi,

Dengan amalan kita.

Kebarangkalian,

Persamaan linear dapat mengubah diri.

Matriks identity jangan diubah menjadi matriks songsang,

Jika berubah maka rosaklah graf pahala.

Hidup yang longitud,

Tak bermakna tanpa amalan,

Dan pendaraban ungkapan ilmu.

Dongakan ke paksi-y,

Adalah asas,

Munajat untuk ke kubus lahab,

Sudut menyembahnya ke paksi-x,

Adalah skala kehidupan,

Sudah sampai ke penghujungnya…

Wednesday, March 24, 2010

..:: Pengalaman ::..

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...

Alhamdulilllah...

Aku masih diberi kesempatan untuk menulis sebagai medan dakwah. Alhamdulillah, minggu ni sudah minggu ketujuh aku di SMKA SLIM RIVER. Mungkin sebelum ni aku masih belum menulis tentang sekolah yang sedang aku menjalani praktikum. Bukan kerana tidak mahu menulis, tetapi kekangan masa untuk menulis.

Pada 1 Febuari 2010, aku telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t untuk berpraktikum di SMKA SLIM RIVER. Alhamdulillah, aku menerima banyak input untuk mengenaliMu Ya ALLAH. Mengenali nilai sebenar yang wujud dalam diri. Di 'jodoh' kan di SMKA SLIM RIVER banyak memberikan tarbiah kepadaku. Mengenali setiap insan yang mempunyai 'characteristic' yang sangat berbeza.

Ilmu teori yang ku pelajari sewaktu di alam kampus cuba aku gunakan untuk menyebarkan dakwah ISLAM. Berfikir dan merancang untuk sesuatu yang menyebabkan aku semakin kuat menerobos sempadan yang ada sekarang. Persepsi aku tentang sekolah ini banyak mengajarku erti perjuangan sebenar. Sebelum ni mungkin aku banyak memberikan pandangan berdasarkan buku-buku yang di baca, tetapi sekarang, aku mulai terjun di alan 'perjuangan' sebenar.

Aku juga dipertemukan ALLAH s.w.t dengan seorang yang bermotivasi tinggi, selalu berfikiran positif dan cuba memperbaiki diri. 'Mama' adalah panggilan yang kami seluruh warga SMKA SLIM RIVER memanggilnya. Semalam aku sempat berborak panjang dengan dia. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dia ada. Dia seorang yang tak kedekut ilmu. Ilmu yang berkaitan dengan mengenai jiwa manusia. Isu-isu remaja yang sangat-sangat 'panas'. Pelajar-pelajar yang bayak di 'handle' oleh Mama sepanjang dia menjadi guru di pelbagai tempat.

Banyak sungguh aku belajar tentang hidup. Tentang pelajar, tentang guru, tentang pentadbir, tentang segala perkara. Itu bukan lagi termasuk isu-isu luar... Ya ALLAH.... hebat sungguh DiriMu...

Alhamdulillah, tarbiah ALLAH s.w.t sentiasa bersamaku. Baru-baru ni, 3 hari berturut-turut, aku tak berapa sihat. Sakit sungguh rasanya, rasa seperti nak tumbang. Tapi alhamdulillah, aku cuba menjadikan suasana P&P ku seperti biasa. Aku cuba membuat lawak, berkongsi pengalaman bersama pelajar-pelajarku. Alhamdulillah, aku semakin dekat dengan pelajar-pelajarku. Mereka mengenaliku dengan baik. Menerima segala teguran dariku dengan baik dan cuba menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Insya ALLAH, jika cuba sampaikan apa yang ALLAH s.w.t nak, maka ALLAH akan menjaga kita. Dakwah bukan sekadar pandai berkata-kata tetapi amalan secara peningkatan dan istiqamah...

Wallaua'alam....

Penulis:

Aisyah Humairah
(sedang berpraktikal di SMKA SLIM RIVER)

Saturday, March 13, 2010

..:: Mengenal Tarbiah Dari ALLAH S.W.T ::..

Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redho dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.

Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt iaitu Husnodzon. Dan orang yang paling husnodzon adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!


Tarbiyah Allah swt memerlukann penghayatan yang tinggi. Penghayatan iman yang mantap mampu mendorong seseorang itu lebih akrab dengan tuhannya. Mengimbas sejarah islam bagaimana Rasulullah saw di uji menjadi anak yatim piatu di waktu kecil usianya. Baginda tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Banyak lagi ujian-ujian yang baginda terpaksa lalui khususnya dalam penyebaran dakwah baginda. Bermula dakwah secara sir sehinggalah dakwah baginda secara terbuka. Namun ujian itulah yang mentarbiyahkan Rasulullah saw menjadi seorang yang cekal, sabar dan tabah sebagai seorang hamba Allah yang unggul peribadinya.


Setiap kehidupan itu pastinya akan berteman dengan ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Sekalipun kita melihat orang kaya yang banyak hartanya, bahagia hidupnya, tetapi dalam bahagia itu dirinya menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah mengujinya samada bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Hakikatnya manusia kala ini terlalu ramai yang tewas dengan nafsunya. Nafsu yang terlalu dimanja-manja dengan wang ringgit dan segala macam kemewahan, pangkat, darjat dan kecantikan selalunya menjadikan si pemiliknya lupa diri, bongkak, ujub dan segala macam lagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang dihati.

Akan tetapi, nafsu menjadi lemah tikamana kesusahan itu yang menjadi santapannya. Ramai manusia apabila ditimpa dengan musibah dan ujian, hatinya lebih lembut untuk menerima hidayah Allah. Sirah perjuangan nabi Muhammad di Mekah menjadi buktinya. Ramai di kalangan masyarakat arab ketika itu yang menerima islam di awal penyebarannya terdiri di kalangan orang yang faqir miskin, hamba abdi dan kaum perempuan yang dianiaya. Di sinilah letaknya hikmatnya Allah menguji hambaNya dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Bersabda Nabi saw : "Sesungghnya Allah suka pada tiap hati yg selalu berdukacita". Abu Ali addaqqad berkata: "Rasulullah saw selalu merasa berdukacita dan selalu berfikir". Fitrahnya manusia, ketika bergembira amat jarang hatinya mengingati Allah swt. Hati yang banyak bergembira cenderung hatinya kepada hubbud dunya (cintakan dunia). Dan amatla rugi orang yg hatinya cinta kepada dunia dan seisinya sdg dunia itu bersifat FANA.

Tikamana dirimu diuji oleh Allah dengan kebaikan dunia, maka bersyukurlah pada nikmat kurniaNYA. Itu tandanya dirimu dalam pemerhatianNYA. Siapkan diri dengan iman dan taqwa, kerana itulah yang akan menjadi bentengmu daripada godaan syaitan dan nafsumu yang tidak ada istilah waktu untuknya melalaikanmu. Sungguh nafsu itulah yang paling hampir dengan dirimu. Maka, kalahkanlah ia dengan banyak memberi kerana Allah swt. Jikalau ujian Allah berupa kekayaan, banyakkanlah menghulur pada yang memerlukan. Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan faqir yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifatNYA. Jadikanlah barang pinjaman itu sebagai wasilah untuk engkau mendekatkan dirimu pada ALLAH swt. Sesiapa yang memberi pinjaman pada Allah (sedang Allah tidak memerlukan pinjaman) maka Allah akan memberikan pulangan yang berlipat ganda (qardan hasanah) hasil daripada apa yang dilakukannya..

Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaanNYA dan AgungNYA Allah swt, supaya hatimu terhindar dari megah diri dan bongkak. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan dirimu, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Sedang nilaian manusia itu hanyalah tidak lain hanya melalaikan dirimu dengan pujian. Jadikanlah dirimu begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu”.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah ikhwanku yang dikasihi Allah.. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redho dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH sw.t. Mulakanlah harimu dengan senyuman yang lidahnya sentiasa bertahmid memuji Allah swt, yang hatinya sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa..

Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNYA lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah swt padamu agar hatimu sentiasa bertaut padu dengan namaNYA. Usah mengeluh pada RahmatNYA, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidupmu.. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpamu. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikitpun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupanmu sepenuhnya pada Allah swt. Pasti suatu hari nanti, dirimu akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNYA.. dan barulah engkau mengetahui itulah yang terbaik untuk dirimu. ..
SubhanALLAH walHamdulillah.. ^_^

..:: Tenang Bila Melihatnya ::..


p/s : seronok tengok anak-anak ni... Semoga menjadi mata-mata rantai perjuangan ISLAM. Anak-anak soleh dan solehah idaman hati.

..:: TAHNIAH ::..


KHAIRUL BARIYAH BT ABDUL HALIM


dan pasangan


NIZAMUDDIN BIN ALIAS


pada tarikh

18 MAC 2010 (KHAMIS) bersamaan 2 RABI'UL AKHIR 1431H

di alamat

LOT 1122, KG KEDAI LALAT (KOTA JEMBAL)
16150 KOTA BHARU, KELANTAN

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP