Wednesday, July 22, 2009

..:: Perjuangan ISLAM ::..





Berusahalah menegakkan ISLAM. Semoga Perjuangan kita dalam menegakkan DAULAH ISLAMIAH tercapai. INSYA ALLAH.................AMIN...........

Wednesday, July 15, 2009

..:: Sekadar Peringatan Kepada Semua ::..





Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh....

semalam, tiba-tiba aku terpandang satu ayat Al-quran. Sungguh menyentuh hati hinggakan aku menggigil dalam mengulangi ayat ini. Terasa tersentuh akan apa yang Allah s.w.t sampaikan kepada hamab-hambaNya;

"Dan sesungguhnya di antara kamu pasti ada orang yang sangat enggan (ke medan pertempuran). Lalu jika kamu ditimpa musibah dia berkata,"Sungguh, Allah telah memberikan nikmat kepadaku kerana aku tidak ikut berperang bersama mereka". Dan sungguh, jika kamu mendapat karunia (kemenangan) dari Allah, tentulah dia mengatakan seakan-akan belum pernah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan dia, "Wahai, sekiranya aku bersama mereka, tentu aku akan memperoleh kemenangan yang agung (pula)."Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menjual kehidupan dunia untuk (kehidupan) akhirat berperang di jalan Allah. Dan barang siapa yang berperang di jalan Allah lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan Kami berikan pahala yang besar kepadanya."

Surah A-Nisa' ayat 72-74

dalam perjuangan, keikhlasan itu penting. wahai sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah......
Biar pun dirimu sibuk dengan tugasan sebagai pelajar, ingatlah bahawa tugas kita bukan sekadar itu. bka sekadar membaca buku 24 jam...... fikirkanlah. Jika engkau mementingkan bukumu, bagaiman pula keadaan agamamu?

Adakah engkau ingin melihat sahaja? atau menggunakan segala teori-teori barat yang telah di terapkan dalam mindamu untuk berbahas? adakah engkau ingin melihat agama Islam dan orang-orang Islam di pergunakan untuk kepetingan orang-orang kafir?????? Dimana dirimu wahai para sahabat dan sahabiahku? biar kita ada usaha untuk menegakkan syiar Islam. Jangan sesekali engkau melihat hasil yang akan engkau perolehi. Kerana Allah tidak menilai hasilmu, tetapi usaha yang yang engkau lakukan. Biar pun hasil itu tidak seberapa....
fikir-fikirlah wahai teman. Engkau adalah nadi-nadi perjuangan Islam.....
Jangan biarkan dirimu menjadi pembantu kepada orag-orang kafir yang ingin memusnahkan Islam. Jadikanlah dirimu sebagai mata-mata rantai perjuangan Islam......

Thursday, July 9, 2009

..:: Ya Saiyidi Ya Rasulullah ::..


يا سيدي يا رسول الله

يا سيدي يا رسولَ الله - يا من له الجَاهُ عند الله

إنّ الْمُسِيْئِيْنَ قدْ جَاءُوك - بالذّنْبِ يَسْتَغْفِرُونَ الله

يا سيّد الرُّسْل هَادِيْنـا - هَيـّا بِغَارة إِلَيْنا الآن

يا هِِمَّة السّادات الأقْطاَب- مَعَادِن الصِّدْقِ والسِّرّ

نَادِ المُهَاجِرصَفِيّ الله -ذاك ابْنُ عيسى أبَا السَّادات

ثُمّ المُقَدّم ولِيّ الله - غَوْث الوَرَى قُدْوَة القَادات

ثمّ الوَجِيْـه لِديْنِ الله - سَقّافَنا خَارِق الْعَادَات

والسّيّد الكامِل الأَوّاب - العَيْدرُوس مَظْهَر القُطْر

قُومُوا بِنا واكْشِفُوا عَنّا - يا سَاداتِي هذِه الأَسْوَ

وَاحْمواُ مَدِيْنَتْكُم الغَنَّا - مِنْ جُمْلةِ الشَّرّ والْبَلْوَى



Qasidah ini menceritakan tentang tawassul kepada Rasulullah SAW dan para salaf, di antara mereka: Ahmad bin Isa Al-Muhajir, Al-Faqih Al-Muqaddam, Abdurrahman Al-Saggaf, Abdullah Al-idrus untuk kita mendapat pengampunan dari Allah SWT dan di jauhkan dari segala kejahatan dan musibah

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP