Monday, September 28, 2009

..:: Mengenal Erti Sahabat ::..


Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.......

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.......

Pemulaan tulisan dengan ku panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t pemilik segalanya ini, pemilik hati ini, pemilik cinta ini....

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Doa' yang sentiasa kutitipkan kepada kedua ibu bapaku, seseorang yang menjadi mujahid dalam hatiku, seluruh ahli keluargaku, guru-guru, pensyarah-pensyarah serta setiap sahabat2 dan sahabiah2ku dan seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah.... kembali diri ini ke kampus. Kampus yang bakal ditinggalkan kurang dua bulan.

SALAM EIDULFITRI buat semua pengunjung yang mengunjung blog ana yang serba kefakiran ilmu ini. Alhamdulillah, kerana ana masih diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk hidup sebagai seorang yang mencinta Dia yang satu.

Terasa rindu diri ini kepada semua sahabat dan sahabiah yang di sayangi. Bila fikir2 pasal sahabat (umum, termasuk min dan mat) ni, ana banyak menyingkap kenangan bersama sahabat2 seperjuangan sama ada di sekolah, di matrik atau pun di UPSI.

Erm..... bagaimana keadaan sahabat2 dan sahabiah2ku sekarang? sihatkah? gembirakah? berdukakah? kecewakah?.....


Ana sentiasa mendoa'kan yang terbaik untuk semua sahabatku. Alhamdulillah raya baru2 ini ada juga sahabiah2 yang dapat ana kunjingi . Semuanya sihat, Alhamdulillah bertambah sihat.... ^-^. Dan masih 'gila-gila' seperti di zaman sekolah. Ana pun ter'gila-gila' seperti mereka..... Seronok bila jumpa sahabat2. Rasa semakin dekat. Semakin sayang......

Mesti ada yang pelik. "Bakpolah dia ni sayang sangat kat sahabat2 dia ni?".....

Jawapan yang mudah dari hati yang abstrak.... kerana mencintai sahabat adalah tanda mencinta Allah. Sebab sahabat adalah insan yang Allah s.w.t kurniakan untuk kita rasa Allah mencintai kita.

Bersahabat bukan kerana kita ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi menyelami maksud penciptaan manusia oleh Allah s.w.t. Ada kala kita mendapat sahabat yang 'cool', panas baran, senyap, banyak cakap, pemikiran yang terlalu kritis dan pelbagai. Itu tanda Allah s.w.t nak kita kenal diri kita. Siapa juga sahabat kita, kita perlu terima. Terima dengan seadanya. Tapi jangan terikut dengan perlakuannya. Kerana kita ada cara kita sendiri.

Walau bagaimanapun, jika sahabat kita bermasalah kita adalah model kepadanya. Bukan untuk riak atau sombong, tapi biarlah contoh itu lahir dari hati yang ikhlas untuk membantunya.

Sejak akhir2 ini, ana sering menyebut nama seorang sahabiah. Rindu dengannya. Semalam baru berkesempatan bertemunya. Walaupun sekejap, tapi hilang juga rasa rindu ini. Yang pasti, bila bertemu, tentu ada saja lawak yang di buat..... Subhanallah... indahnya bersahabat...

Nikmat bersahabat ini menjadikan kita juga seorang yang berkobar2 ingin menjadi yang terbaik. Terbaik untuk mepersembahkan ibadah kepada Allah dengan penuh ketaqwaan kepadanya. Kerana Allah mengetahui apa yang diperlukan oleh kita dalam hidup ini. Allah s.w.t mengurniakan sahabat untuk menegur, menyayangi kita. Cantikkan hikmah bersahabat ini? Sungguh sayang Allah s.w.t pada kita.

Kita macam mana pula? Sayang Allah? Cinta Allah?

Semalam juga selepas habis kuliah Kaedah Berangka, ana dikejutkan dengan sebuah berita. Seorang sahabat ana telah terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya. Innalilla hiwainnailayhiraji'un......

Sedih juga bila sahabat sekuliah kemalangan. Ramai juga sahabat2 yang pergi melawatnya. Ana tak berkesempatan. Ana doa'kan supaya ujian ini juga adalah penguat ikatan antara dia dengan Allah s.w.t. Semoga dia sentiasa tergolong dikalangan orang2 yang sabar...... Amin.

Ujian adalah tanda Allah s.w.t mencintai hambanya. Sayangkan Allah pada kita???? Kita macam mana pulak???


Fikir-fikirkanlah.......

Wednesday, September 23, 2009

..:: Mengenali Kepimpinan Islam ::..

Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala (Al Umm juz VII ms 04) bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:


"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan" (Surah Shaad ayat 26)

Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab

"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil." (Surah Al-Maidah ayat 49)

Firman Allah lagi

"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhatihatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu"

Firman Allah Taala selanjutnya:

"Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil",

Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:

Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.

Makna "adil" ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).

Firman Allah:

"Sesiapa yang taat kepada , Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah".
Firmannya lagi .

"Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan"

dan berfirman lagi:

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya "takut".

Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah kitab Allah kemudian sunnah NabiNya s.a.w. Tidak boleh seseorang Mufti atau seorang hakim memberi fatwa atau menghukum sehingga masing-masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu dari keduanya"

Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad."

Keterangan Imam Al-Shafiee ai dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan"konsep pimpinan dalam Islam" selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama' penghulu, guru-guru, da'ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber pimpinan yang tertinqgi ialah Al-Quran, Al-sunnah
Ijtihad dan perkara yang hendak disuburkan dari pimpinan itu ialah keadilah ilahi dan matlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w. tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala."

Mewujudkankan pimpinan yang diredhai Allah. Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa'ulummah, di antara ayat-ayatnya

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung" maksud ayat (A1-Imran 104).

Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a'in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..." Maksud ayat (Al-Taubah 71)

Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang munkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "
maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki.

Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar

Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara' meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa "yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.

Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh

Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.

Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar

Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.

Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir." (Surah Al-Rum ayat 21).

Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil denqan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam pimpinan tersebut.
Contoh yang lain Allah berfirman
Maksudnya:
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang husyu' dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,' (surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)

Contoh yang lain Allah berfirman:
" Dan (hamba hamba yang baik dari Tuhan) yang maha penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereke. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhanku! kami jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal." Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diiaaramkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diqanti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah,mereka, lalui )sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Dan orang-orang yang berkata:
`Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai biji mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan mertabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya." (Surah al-Furqan ayat 63-75)

Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa ujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.

Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin

Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da'i atau seorang yang pada hari itu sebagai mehteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masingmasing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma' ulama' al-wmcrah nengenainya. Diantaranya ialah:

Muslim,'akil baligh dan laki-laki

Adil Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Berilmu Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.

Mempunyai kudrat, kemampuan. Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.

Beradab mengikut akhlak Islam, Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.

Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah

Ciri terpenting dalam perjuagan dan pimpinan Islam Bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.

Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan ."Mustalihul Hadith". Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dam mana yang furu'. Berkaatan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, Kerana kitab-kitab yanq original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam pimpinan, hingga merebak kepada masysrakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.

Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam neqara Islam

Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:

Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama

Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah

Menjaga kesejahteraan umat

Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah

Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh

Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam.

Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'.

Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan.

Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara.

Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.

Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.

Pimpinan dalam rumahtangga

Pimpinan di dalam Islam bermula daripada rumahtangga. Masyarakat yang sejahtera bermula daripada rumahtangga yang sejahtera. Kesejahteraan suami isteri hanya tercapai bilamana kehendak Islam itu terlaksana di dalam rumahtangga tersebut.

Di antara hak-hak suami yang harus ditaati oleh isteri ialah:

Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur.

Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.

Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya.

Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.

Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki suaminya. Di antaranya jangan bermegah dengan kecantikannya kepada suaminya. Dan jika suaminya huduh jangan pula merendahkannya. Di antaranya sentiasa bertakwa dan'menjaga diri di waktu ketiadaan suami di rumah dan melaksanakan tugas tumahtangga sebaik baiknya.

Di antara hak-hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami nya ialah:

Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan "maaruf" dan "ikhsan".

Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya.

Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan dengan isterinya.

Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya.

Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya.

Pimpinan ibu bapa terhadap anak-anak

Hak anak-anak yang harus dihormati oleh ibu-bapa seperti yang diterangkan oleh Al-Imam Ghazali di dalam kitab "Ikhya' ulu muddin" seketika lahirnya di antaranya ialah:

Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa dukacita mendapat anak perempuan.

Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan dikamatkan di teli.nga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan "La ilaha illallah".
Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda rasulullah s.aow. yang inermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari kiamat. Sebab itu bagusilah nama-nama kamu". Sebab itu sesiapa yang mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama yang baik.
Melakukan akikah pada hari ke tujuh kelahiran anak.

Hendaklah ibu-bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ajarlah mereka bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah secara mengajar jika mereka malas ketika berumur sepuluh tahun, marah dan berilah amaran jika mereka tidak menurut selepas itu. Tunjuklah kepada mereka contoh tauladan yang baik di dalam pergaulan sehari-hari, supaya mereka menjadi insan yang baik di masa hadapan.

Kewajapan ini tersimpul di dalam Firman Allah bermaksud "Selamatkanlah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka."

Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya Di antaranya:

Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri.

Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.

Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.

Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.

Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya."
Piminan ketua tentera
Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.
Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.

Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:

Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah , kedudukan mereka, janganlah mereka itu terlalu dikawal biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia kedudukanmu.
Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu kamu sendirilah yang bertutur dengan mereka.

Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal tugasmu.
Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah mesyuaratmu.

Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu sehingga kamu menyeledikinya. Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu. Hendaklah bersiap sedia

Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.

Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang lain akan menjadi pengecut:

Pimpinan guru terhadap muridnya seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali
Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara'
Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.
Kesimpulan

Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:
"Konsep pimpinan dalam Islam" merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.

Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.

Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu.
Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.

Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.


".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "
(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)

Wallahu a'lam
sumber: www.angelfire.com/in/elcom98/pimpin.html

..:: Masih Adakah Seperti Dia? ::..



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah lama Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.
Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.
Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..
Menubuhkan lkhwan Muslim
Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.

____________________________________________________________________


Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna


Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.
Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
___________________________________________________________________


Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.
Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.
Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,
Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

..:: Adakah Engkau Sabar dan Bersyukur? ::..

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinaan radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman, semua urusannya adalah baik. Tidaklah hal itu didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila dia tertimpa kesenangan maka bersyukur. Maka itu baik baginya. Dan apabila dia tertimpa kesulitan maka dia pun bersabar. Maka itu pun baik baginya.” (HR. Muslim)

Syaikh Al ‘Utsaimin menjelaskan bahwa manusia dalam menghadapi takdir Allah yang berupa kesenangan dan kesulitan terbagi menjadi dua, yaitu kaum beriman dan kaum yang tidak beriman.

Adapun orang yang beriman bagaimanapun kondisinya selalu baik baginya. Apabila dia tertimpa kesulitan maka dia bersabar dan tabah menunggu datangnya jalan keluar dari Allah serta mengharapkan pahala dengan kesabarannya itu. Dengan demikian dia memperoleh pahala orang-orang yang sabar. Maka ini baik baginya.

Sedangkan apabila seorang mukmin menerima nikmat diniyah maupun duniawiyah maka dia bersyukur yaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah. Karena syukur bukan saja mencakup ucapan syukur di mulut saja, akan tetapi harus dilengkapi dengan melaksanakan berbagai ketaatan kepada Allah. Sehingga orang yang beriman memiliki dua nikmat ketika mengalami kesenangan yaitu nikmat dunia dengan merasa senang dan nikmat diniyah dengan bersyukur. Sehingga inipun baik bagi dirinya.

Adapun orang kafir, mereka berada dalam keadaan yang buruk sekali, wal ‘iyaadzu billaah. Apabila tertimpa kesulitan mereka tidak mau bersabar, bahkan tidak mau terima, memprotes takdir, mendoakan kebinasaan, mencela masa dan caci maki lainnya.

Sedangkan apabila mendapatkan kesenangan dia tidak bersyukur kepada Allah. Maka kesenangan yang dialami oleh orang-orang kafir di dunia ini kelak di akhirat akan berubah menjadi siksaan. Karena orang kafir itu tidaklah menyantap makanan atau menikmati minuman kecuali dia pasti mendapatkan dosa karenanya. Meskipun hal itu bagi orang mukmin tidak dinilai dosa, akan tetapi lain halnya bagi orang kafir.

Hal ini sebagaimana difirmankan oleh Allah ta’ala yang artinya, “Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah dan rezeki yang baik-baik yang dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya. Katakanlah: itu semua adalah untuk orang-orang yang beriman di dalam kehidupan dunia yang akan diperuntukkan untuk mereka saja pada hari kiamat.” (QS.Al A’raaf [7]: 32).

Sehingga semua rezeki tersebut diperuntukkan bagi kaum beriman saja pada hari kiamat nanti. Adapun orang-orang yang tidak beriman maka nikmat itu bukan menjadi hak mereka. Mereka memakannya padahal itu haram bagi mereka dan pada hari kiamat nanti mereka akan disiksa karenanya. Sehingga bagi orang kafir kesenangan maupun kesulitan adalah sama-sama buruknya, wal ‘iyaadzu billaah. (Lihat Syarh Riyadhush Shalihin, I/107-108)

Hikmah di Balik Musibah

Dari Anas, beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi hamba-Nya, maka Allah segerakan hukuman atas dosanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada hamba-Nya maka Allah tahan hukuman atas dosanya itu sampai dibayarkan di saat hari kiamat.” (Hadits riwayat At Tirmidzi). Bab tentang kesabaran menghadapi musibah. Beliau mengatakan: hadits ini hasan gharib. Ia juga diriwayatkan oleh Al Haakim dalam Al Mustadrak (1/349, 4/376 dan 377). Ia tercantum dalam Ash Shahihah karya Al Albani dengan nomor 1220)

Syaikhul Islam mengatakan, “Datangnya musibah-musibah itu adalah nikmat. Karena ia menjadi sebab dihapuskannya dosa-dosa. Ia juga menuntut kesabaran sehingga orang yang tertimpanya justru diberi pahala. Musibah itulah yang melahirkan sikap kembali taat dan merendahkan diri di hadapan Allah ta’ala serta memalingkan ketergantungan hatinya dari sesama makhluk, dan berbagai maslahat agung lainnya yang muncul karenanya. Musibah itulah yang melahirkan sikap kembali taat dan merendahkan diri....

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN






..:: Adakah Aku Berkesematan Lagi ::..

Assalamu'alaikum warahmatulllah wabarakatuh.....

teringat satu bait kata2;

"Sesungguhnya apa yang kudambarkan. Adalah cinta ALLAH YANG ESA. Kerana cinta kepada Rasulullah, berarti cinta kepada ALLAH". (bait-bait lagu Hijjaz)

"Untuk memiliki cinta ALLAH, kita kena jadi hamba ALLAH yang sebenar2nya. Jika kita hanya berkata-kata ingin memiliki cinta ALLAH tapi nilai hamba ALLAH yang sebenar tak di lakukan, maka jgnlah kamu menginginkan cintaNya" (kata-kata seorang sahabatku dalam sebuah kuliahnya)


Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahhuakbar......

Sudah akhir Ramadhan rupa-rupanya. Semakin sedikit bulan tarbiah ini ingin meninggalkan ku. Bagaimana mutu ibadahku?


Adakah aku gagal untuk menikmatinya? ALLAH.... sesungguhnya hati ini semakin sayup ingin meninggalkan bulan ini. Kerana aku semakin takut dan bimbang, jika Ramadhan tahun depan tidak dapat aku menghayatinya lagi.....

Ya ALLAH..... berikan aku kekuatan untuk aku meningkatkan lagi apa yang Kau berikan ku sekarang ini. Supaya aku tidak terleka dengan kemewahan dunia ini. Aku tak mahu untuk terus dalam keadaan lalai Ya ALLAH......

Melihat waktu sekarang ini, ramai yang berpusu-pusu ke pasar2 untuk membeli persiapan berhari raya. Ya ALLAH, aku memohon supaya jangan masukkan diriku dikalangan mereka. Masukkanlah aku dikalangan orang2 yang beringat. Ingat atas segala2 yang perlu aku lakukan sebagai hambaMu....

Melihat keadaan sekarang, adakah malam Lailatul Qadar telah bertandang? atau masih belum?... Jika malam Lailatul Qadar telah berlalu, aku memohon sangat Ya ALLAH, supaya aku di beri peluang untuk merasinya dalam hidupku. Untuk Ramadhan akan datang. masih sempatkah ku?

Teringat satu firman ALLAH s.w.t;

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Qur`an) pada Lailatul Qadar. Dan tahukah engkau apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Allah SWT untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS Al Qadr 1-5).

Ya ALLAH...... Kau sediakan kenikmatan yang sentiasa di tunggu2 oleh setiap orang yang beriman. Nikmat yang tak ternilai..... Adakah aku masih sempat????

Ya ALLAH.... aku memohon hanya padaMu supaya aku di pertemukan malam tersebut. Berkanlah umurku ini adalah jualan kepadaMu. Kerana hidupku hanya untukMu....

Sekian, Selamat Tinggal Ramdhan yang Dirindui..... :-(

Monday, September 7, 2009

..:: Al-Quran sebagai Kitabu'llah ::..

AL-QUR’AN SEBAGAI KITABU’LLAH

OLEH

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY



Bila berbicara al-Qur’an sebagai Kitab Allah, kita mesti mengingati dan meyakini kedudukannya sebagai wahyu “matluww”, wahyu yang berupa suara yang dibacakan oleh malaikat pembawa wahyu, Jibril ‘alaihis-salam, yang membawa kalam Allah itu melalui “penyampai” manusiawinya yang paling sempurna, Nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam. Bunyinya suci, sebagai “sacred sound”, sebab itu bacaannya, apa lagi maknanya dan kekuatan rohaninya, terasa walaupun kepada manusia yang buta huruf tidak tahu membaca. Sebab itu walaupun mereka yang buta huruf ada yang menjadi kekasih Tuhan.

Al-Quran yang disebutkan kalaulah takdirnya hendak ditunjukkan secara lahiriah maka kalau diturunkan atas gunung akan hancur luluhlah gunung itu. Khusyu’ tunduk kepada Tuhan dan kalamnya. Tidakkah manusia yang bermata-hati mahu tunduk? Tidakkah manusia mahu mendengarnya, memahaminya, mentadabburnya dan beramal dengannya? Al-Qur’an yang mengajar kepada manusia pengenalan tentang Tuhannya yang Maha Tinggi dan Maha perkasa, tetapi sekaligus Yang Maha Pengashi Penyayang? Yang Kasihan belasNya “mendahului” MarahNya dan keadilanNya? Al-Qur’an yang mengajarkan kepada manusia hidup dalam pengabdian kepada Tuhan dalam amalan sembahyang, puasanya, sampai kepada kerja dan mainannya?

Al-Qur’an yang mengajarkan nilai-nilai unggul yang menyempurnakan hidup manusia dengan akhlak yang mulia yang menjamin status manusiawinya dan menyelamatakan diri, keluarga dan masyarakat serta umatnya? Al-Qur’an yang mengajar kepada mereka makna hidup dengan mengikut disiplin Ilahi yang menjadikan seluruh hidup ini ada makna dan harga menyelamatkan manusia, keluarga dann tamadunnya?

Al-Qur’an yang mengajarkan kepada manusia pelbagai amthal atau misal perbandingan yang menjadikan dia mendapat pengajaran dengan melihat langit membiru sayu, bumi luas terhampar bagai permaidani, bukit bukau menegak “abadi”melambangkan apa yang teguh dalam hidup rohani, hujan dan laut yang melambangkan ilmu dan rahmat Tuhan, yang mengajarkan sejarah para anbiya dengan kebenaran dan keadilan mereka berlawan dengan tenaga-tenaga kejahatan yang membuktikan Kebesaran Tuhan dan kasih Sayangnya? Mengajarkan setengah daripada apa yang berlaku itu berlaku dalam dirinya sendiri? Al-Quran ini, yang dalam 23 tahun merubah dunia membina generasi al-Quran yang disebut oleh Tuhan sendiri sebagai

كنتم خير أمة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتوء منون بلله

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk (faedah) ummat manusia, kamu menyuruh kepada kebajikan dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah?’ (Al-Quran; Surah Ali ‘Imran: Ayat 110)

Al-Qur’an mengajar kepada kita berpegang kepada akidah yang benar dengan yakin tanpa syak dan ragu serta melaksanakan tugas-tugas kerohanikan dalam hubungan dengan Tuhan dan manusia.

Firman Allah Taala:

ألم.ذلك الكتاب.لا ريب فيه .هدى للمتقين.الذين يوء منون بالغيب ويقيمون الصلاة ومما رزقناهم ينفقون.والذين يؤمنون بما أنزل اليك وما أنزل من قبلك وبالآخرة يوقنون. اولئك على هدى من ربهم وأولئك هم المفلحون

Yang bermaksud:

“Alif Lam Miim. Ini Kitab (al-Qur’an) yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa; (yaitu) mereka beriman kepada yang ghaib, dan yang mendirikan sembahyang, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka; dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Qur’an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin tentang (adanya) akhirat; mereka itulah yang tetap akan mendapat pertunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang berjaya”. (Al-Quran; Surah Al Baqarah; Ayat 1-5).

Keimanan itu dinyatakan lagi dengan jelasnya dalam ayat:

أمن الرسول بما أنزل اليه من ربه والمؤمنون.كل أمن بالله وملئكته وكبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله .وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا واليك المصير.

Yang bermaksud:

“Rasul telah beriman kepada (al-Qur’an) yang telah diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, dan rasul-rasulNya, (mereka mengatakan) ‘Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasulNya itu (kami menerima mereka semuanya)’ dan mereka mengatakan: “kami dengar dan kami taat’’. Mereka berdoa: “Ampunkanlah kami wahai Tuhan kami, dan kepada Engkaulah Tempat Kembali”. (Al-Quran; Surah Al Baqarah: Ayat 285).

Dan dalam hadith sahih, keimanan itu dihuraikan (hadith Bukhari-Muslim - hal Iman-Islam-Ihsan) dengan menyebut iman ialah “kamu beriman dengan Allah, Kitab-KitabNya, para malaikatNya, para rasulNya, Hari Akhirat, dan QadarNya, yang baikNya dan yang burukNya adalah dari Allah”.

Akidah ini dihuraikan oleh ‘ulama Ahlis-Sunnah wal-jamaah yang merupakan tauhid di kalangan kita di Dunia Melayu ini. Dengan akidah inilah kita hidup dan mendapat makna bagu sekelian amalan kita samada amalan yang menyentuh hidup kerohanian atau kehidupan duniawi kita.

Al-Qur’an mengajak kita supaya mengabdikan hidup kita kepadaNya, bukan yang yang lain lagi; bahkan kita diciptakan, mengikut ajaran Qur’an, untuk beribadat kepada Tuhan.

Firman Allah:

وما خلت الجن والانس الا ليعبدون

yang bermaksud:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu” (Al-Quran; Surah Dhaariyat: Ayat 56).

Dan dalam ayat yang lain pula Allah berfirman:

الذى خلق سبع سموات ومن الأرض مثلهن لتعلموا أن الله على كل كل شئ قدير وأن الله قد أحاط بكل شئ علما

Yang bermaksud:

“Dialah Yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi demikian juga supaya kamu mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah Maha meliputi IlmuNya tentang segala sesuatu” (Al-Quran; Surah at-Talaq: Ayat 12).

Maka hiduplah si mu’min mengikut ajaran al-Qur’an mengabdikan dirinya kepada Tuhan dengan baiknya; sembahyang puasanya, zakat dan hajinya, amalan wajib dan sunatnya, mendapat ganjaran dari Tuhannya. Tidak ada amalan yang terkeluar dari garisan pengabdian kepada Tuhannya, dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabatnya, sampai kepada para ulama, petugas masyarakat, ahli professional - bila kena aturannya - semuanya hidup dalam pengabdian dengan baiknya. Inilah hidup dalam pengabdian. Dengan itu bila si mu’min berdiri dalam sembahyang maka terkeluarlah pengakuan dari lidah dan kalbunya:

ان صلاتى ونسكى ومحياى و مماتى لله رب العالمين لا شيك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين

Yang bermaksud:

“Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam”. (Merujuk kepada Al-Quran; Surah Al-An’aam: Ayat 163. Hujungnya dalam doa itu lain daripada ayat Qur’an.)

Maka hiduplah si mukmin sebagai orang yang beriman beribadat dengan ibadat yang khusus dan berkhidmat kepada keluarga dan masyaratakat serta negara dan ummat dengan mendapat keredhaanNya. Alangkah indahnya hidup bilamana semua amalan samada dalam gerak atau diam adalah semuanya dalam pengabdian kepada tuhan atau dalam membantu kepada pengabdian kepada Tuhan, sampai kepada mainanpun boleh bersifat sebagai “taqarrub” atau berdamping dengan Tuhan bila kena gayanya. Allahumma sallimna wal-Muslimin.

Al-Qur’an mengajarkan manusia supaya berakhlak dengan akhlak yang mulia. Kerana pentingnya akhlak yang mulia ini maka memuji Nabi s.a.w. pun kerana akhlaknya yang agung dalam firmanNya:

وانك لعلى خلق عظيم

Yang bermaksud:

“Sesungguhnya akhlakmu sungguh agung” (Al-Quran; Surah Nun: Ayat 4).

Dan jiwa Nabi s.a.w. yang agung itu digambarkan oleh al-Qur’an dengan kenyataan yang benar-benar menyentuh hati kita:

لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم

Yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul, dari kaummu sendiri, berat amat terasa olehnya apa yang menyusahkan kamu, dan amat sangat baginda inginkan untukmu apa yang mendatangkan kepada kamu, dan kepada orang-orang mu’min baginda terlalu amat kasih sayangnya” (Al-Quran; Surah at-Taubah: Ayat 128).

Inilah peribadi agung yang akhlaknya Allah mengajarkan kita mengikutnya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan ia banyak menyebut (Nama) Allah”. (Al-Quran; Surah al-Ahzab: Ayat 21).

Dan akhlak ini sedemikian pentingnya sehingga Allah Taala menceritakannya dalam hubungan dengan hidup individu dan kemasyarakatan, antaranya dalam Surah Luqman: Ayat 12 - 19.

Dalam bercerita tentang hikmah Luqman Allah berfirman maksudnya:

“Dan sesungguhnya telah Kami kurniakan hikmat kebijaksanaan kepada Luqman, yaitu: ‘Bersyukurlah kepada Allah, dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah) maka sesungguhnya ia bersyukur untuk (faedah) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.’” (Ayat 12).

“Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: ‘Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah kezaliman yang terbesar.’” (Ayat 13).

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya daam keadaan lemah yang bertambah –tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu kembalimu.” (Ayat 14)

“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan denganKu sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentangnya, maka janganlah kamu mengikut keduanya, dan bergaullah dengan keduanya di dunia dengan baik, dan ikutlah jalan orang yang kembali Kepadaku, kemudian hanya kepadaKulah kembalimu, maka Ku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Ayat 15).

(Luqman berkata:): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, maka Allah akan mendatangkannya (dan memberi balasannya yang setimpal). Sesungguhnya Allah Maha Lembut Kira BicaraNya lagi Maha mengetahui Dengan Mendalam (Segala sesuatu).” (Ayat 16).

“Hai Anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kami. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Ayat 17)

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Ayat 18).

“Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan, dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Ayat 19).

Berbahagialah peribadi dan keluarga serta masyarakat yang orang-orangnya beramal dengan nilai-nilai akhlak al-Qur’an yang sedemikian sehingga sempurnalah akhlak dengan Tuhan dan dengan manusia.

Sekarang kita pergi pula kepada akhlak al-Qur’an dari segi kemasyarakatannya:

Firman Allah dalam beberapa ayat: misalnya ayat-ayat yang bermaksud:(10)

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu, dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengolok-olokkan sesuatu kaum, (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) itu lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) itu, dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan pula) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diolok-olokkan) itu lebih baik dari wanita-wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri (dengan mencela saudara-saudara kamu, kerana itu adalah mencela diri kamu sendiri), dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sessudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat maka mereka adalah orang-orang yang zalim”.

Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (yang buruk), sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah sesorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Hai umat manusia! Sesunggguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mengenali (segala sesujatu) Dengan Mendalam.

Dalam hubungan dengan akhlak dengan Allah dan manusia yang tergabung sekaligus ini kita boleh lihat kenyataannya dalam beberapa ayat lagi dalam Al-Quran Surah Bani Isra’il (al Israa’): Ayat 23-39, yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sekali sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: ‘wahai Tuhanku, kasihanilah kepada mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku sewaktu kecil’.”

“Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu, jika adalah kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Mengampun bagi orang-orang yang bertaubat.”

“Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang-orang miskin, dan orang yang (terlantar) dalam perjalanan, dan janganlah kamu mengambur-hamburkan (hartamu) secara boros.”

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat engkar kufur kepada Tuhannya.”

“Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk mendapatkan rahmat dari Tuhyanmu, yang memang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka perkataan yang mengenangkan (hati mereka).”

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu, dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya seluasnya, kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.”

“Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa Ia kehendaki dan menyempitkannya sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.”

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kamilah Yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”

“Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina, sesungguhnnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh (balas). Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.”

“Dan janganlah kamu mendekati harta anak-anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (lebih bermanfaat) sampai ia dewasa, dan tunaikanlah janji, sessungguhnya janji itu pasti akan ditanya tentangnya.”

“Dan sempurnakanlah timbangan apabila kamu menimbang, dan timbanglah dengan neraca yang benar, itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akhirnya.”

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya itu akan disoal tentangnya.”

“Dan jangan kamu berjalan di muka bumi dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.”

“Semuanya itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.”

“Itulah sebahagian dari hikmah kebijaksanaan yang diwahyukan oleh Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah).”

Dan nilai-nilai moral atau akhlak yang terunggul yang merupakan cara hidup insani yang sempurna ini tergabung lagi dalam beberapa ayat yang menunjukkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan, manusia dengan dirinya sendiri dan manusia dengan manusia lainnya. Firman Allah dalam Surah al-Mu’minun: Ayat 1 - 11) yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyang mereka; dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia; dan orang-orang yang menunaikan zakat; dan orang-orang yang menjaga kesucian kemaluannya; kecuali dalam hubungan dengan isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki (dengan sah) maka sesungguhnya mereka dalam perkara itu tidak tercela; barangsiapa yang mencari yang selebih lagi daripada itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang ditanggungkan ke atas mereka) dan janji-janji; dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi; (yaitu) yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.”

Orang-orang yang menjaga disiplin-disiplin hidup dari Tuhannya, mereka itulah orang-orang yang mendapat khabar gembira dalam Quran sebagaimana yang ada dalam firman Tuhan dalam Al-Quran Surah at-Taubah; Ayat 112 yang bermaksud:

“Mereka (yakni orang-orang yang mendapat kejayaan yang sebesarnya di sisi Allah) adalah orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang beribadat, orang-orang yang memuji (Allah), orang-orang yang melawat (bermusafir kerana ilmu pengetahuan atau kerana perjuangan agama Tuhan) orang-orang yang ruku’, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran, dan yang memelihara batas-batas hukum agama Tuhan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.”

Inilah seruan al-Qur’an kepada umat manusia supaya mereka selamat dari dunia sampai ke akhirat, dan mereka diseru supaya membina kehidupan ketamadunan yang kuat supaya tidak diganggu oleh musuh. Ini terkandung dalam ayat yang bermaksud:

“Dan kamu persiapkanlah untuk menghadapi mereka (yang bermusuh dengan kamu dan agama kamu) kekuatan apa sahaja yang kamu mampu mengadakannya dari kuda-kuda yang ditambat (untuk persiapan berperang) (kalau dahulu, kalau sekarang sesuai dengan keadaan sekarang), (yang dengan persiapan itu) kamu menyebabkan gentar musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang yang selain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan (kalau sekarang dalam penyelidikan dan persiapan untuk menguatkan ummat dari segi ketenteraan) pada jalan Allah nescaya akan diberikan balasan yang secukupnya untuk kamu dan kamu tidak akan dianiaya.” (Al-Quran; Surah Al Anfaal: Ayat 10).

Akhirnya kita boleh ingatkan semula bahawa al-Qur’an bermula dengan Surah al-‘Alaq: Ayat 1 - 19. Marilah kita memperbaharui ingatan tentang surah ini dengan melihat maksudnya, ianya:

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah (Muhammad) dengan (menyebut) (atau melakukannya atas) Nama Tuhanmu yang menjadikan; menjadikan manusia dari segumpal darah; dan bacalah dan Tuhanmu Maha Pemurah; yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam (atau pena, atau kalau sekarang melalui komputer, atau melalui internet, dengan dijaga adabnya); (dengan buku-buku dan seterusnya); Dia mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya; ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas; kerana dia melihat dirinya serba cukup (tidak memerlukan Tuhan dan agama lagi); sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembalimu; bagaimana pendapatmu berkenaan dengan orang yang melarang; (yang melarang) seorang hamba (Tuhan) ketika ia mengerjakan sembahyang; bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang itu berada di atas kebenaran; atau dia menyuruh bertaqwa; bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari kebenaran)? Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perdbuatannya? Ketahuilah, sungguh jika ia tidak berhenti, (dari perbuatan itu) nescaya kami tarik ubun-ubunnya; (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan (kebenaran) lagi derhaka; maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya); kelak akan Kami memanggil malaikat zabaniyah; sekali-kali jangan. Janganlah kamu patuh kepadanya dan sujudlah, dan berdampinglah (dengan Tuhan).

Dan Ibn Khaldun r.h. memberi huraian bahawa menulis dalam proses menjayakan budaya ilmu itu adalah proses yang menyempurnakan manusia.

Marilah kita jadikan Qur’an sebagai “bimbingan bagi orang-orang yang bertaqwa” dan mudah-mudahan kita mengikuti jalan bertaqwa kepada Allah dalam semua urusan hidup kita dari soal-soal ibadat khusus sampai kepada mu’amalah, amalan-amalan budaya ilmu dalam fardhu kifayah, dan usaha-usaha menguatkan umat selain daripada diri sendiri, keluarga, organisasi dan negara serta ummat.

Wallahu a’lam.

..:: Tazkirah Nuzul Al-Quran ::..

“Anda melihat manusia membaca al-Quran dengan cepat. Mereka membaca huruf-huruf al-Quran dengan suara yang baik (sebutan) yang baik. Mereka berdebat tentang baris di bawah, di hadapan dan baris di atas seakan-akan mereka sedang membaca syair-syair Arab. Merenungi maksud al-Quran serta mengamalkannya menjadi tidak penting bagi mereka. Adakah dalam dunia ini wujud keadaan terpedaya yang lebih daripada itu?” (Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA), Pust. Nasional, 1981, Singapura, jil 6 hal 34)


Hari ini ialah hari ke-17 Ramadan 1430 Hijrah, bersamaan 7 September 2009. Di musim Ramadan ini ramai yang mengaji, bertadarus atau membaca al-Quran. Ia sememangnya satu amalan yang baik yang mendatangkan pahala, insya-Allah. Namun siapakah yang sebenarnya membaca al-Quran di sisi Allah?


Berhubung dengan ini Allah berfirman, “Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121)


Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa mereka yang benar-benar membaca Kitab Allah ialah mereka yang membacanya ‘haqqa tilaawatih’. Siapakah mereka itu? As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir mendatangkan pendapat sahabat Abdullah ibn Masud ra yang berkata: “Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya (iaitu haqqa tilaawatih) ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul.”


Untuk tujuan ini kita perlu memahami apa yang kita baca dan bukan sekadar membaca, mengaji dan bertadarus begitu sahaja. Allah berfirman, “Apakah mereka tidak tadabur al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisak ayat 82)

Ketika menerangkan maksud ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata, “Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”.


Ramai dari kalangan umat Islam di Nusantara pada hari ini lebih mengutamakan pembacaan al-Quran mengikut tajwid yang betul tanpa banyak memberi tumpuan kepada kefahaman ayat, sedangkan Allah menghendaki umat Islam memahami dan mengkaji isi-isi Al-Quran. Apabila mesej al-Quran dapat difahami dengan betul, barulah penghayatan akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Selamat MENGAJI dan MENGKAJI.


..:: Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar ::..

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata Al-Quran mukjizat akhir zaman atau Al-Quran yang mempunyai mukjizat. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam Al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam Al-Qadar dengan Nuzul Al-Quran? Sebenarnya Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah Iqra' iaitu baca dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah Iqra' iaitu "baca" di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.
Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai "kitab induk" panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan membaca al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Wednesday, September 2, 2009

..:: Menyingkap Perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh ::..


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE



Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.

Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi.

Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.

Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.

Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh. Menara BergerakSeter

usnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat

fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Sumber: www.satuperkongsian .wordpress. com

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP