Thursday, December 15, 2011

Bahasa Cinta

Cinta menjadikan manusia suka di suruh. Agar dengan cinta itu kita suka di suruh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu diri.

Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta.

Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya.

Cinta semalam menjadikan umat ISLAM yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat ISLAM luput tenggelam . Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.

Maka, apakah cinta yang kamu pilih? dan bagaimana kamu mentadbir cintamu itu? Tanya iman kerana iman yang mentadbir setiap gerak geri dirimu... tanya hati kerana hati adalah nakhoda dirimu....

Sunday, November 13, 2011

Satu Muhasabah

Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.

Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan ...dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?

Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...

Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan (pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya...

Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa...

ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..

dipetik dr Al Fadhil Murobbi ustaz mohd nor omar( Rahmatullah 'alaihi )

muhasabah diri buat yang masih bertatih dalam dunia perjuangan ini... semoga ALLAH s.w.t bersamaku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku... amiin...

Monday, October 24, 2011

Nasihat Saidina Umar r.a.

ومن كثر مزاحه استخف به ومن أكثر من شيء عرف به ومن كث...ر كلامه كثر سقطه ومن كثر سقطه قل حياؤه ومن قل حياؤه قل روعه ومن قل روعه مات قلبه

Berkata 'Umar bin Khatab r.a.
... "Barangsiapa yang banyak tertawa, maka akan sedikit wibawanya.
Barangsiapa yang banyak guraunya, maka dengannya dia akan rendah.
Barangsiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dengannya dia dikenal.
Barangsiapa yang banyak berbicara, maka akan banyak salahnya.
Barangsiapa yang banyak salahnya, maka akan berkurang malunya.
Barangsiapa yang berkurang malunya, maka akan berkurang pula wara' (kehati-hatian dalam hidup)-nya.
Barangsiapa yang bekurang wara'-nya, maka akan mati hatinya."

(Diriwayatkan oleh Al Imaam Al Baihaqy dalam Kitab "Syu'abul 'Iiman" no: 5019)

Sunday, October 2, 2011

Kembali 'berjalan'

Assalamu'alaikum...

Kini aku kembali menulis. Dalam kesibukan mengejar jadual hidup, mencari kedamaian hati, (cewah, mcm tajuk lagu pulak hehe...)

Ni masalah pada ana ni, bila pegang je ltp ni je takde idea. Tapi bila memandu ke, masak ke, buat kerja rumah ke, tengah makan ke, ada sahaja ideanya... Allah... ujian betul pada diri yang nak kembali bangkit.

Erm... nak cerita pasal apa ye? (pikir jaP...... )

Ha... takde apa2. Takpelah, malas pulak nak tulis. Apa2 pun, nak habiskan baca buku dulu. Jom sahabat2 kita membaca... (Tajuk buku kali ini: MISTERI NEGERI-NEGERI AKHIR ZAMAN).

Apa-apa pun, nasihat ana pada semua, jagalah hati kerana sesungguhnya hati adalah tempat jatuh pandangan ALLAH pada kita. Jika hati bersih, maka ALLAH menjaga kita dengan kasih sayangNya. Jika kotor, maka fikir-fikirkanlah....

NURULFAZLINA AIN BINTI RASOL
SMK AIR MOLEK
10.35 mlm

Saturday, October 1, 2011

Mencari Momentum Menulis


Assalamu'alaikum... nampaknya sudah berhabuk blogku. Tanda tuannya sudah lama tidak menulis.

Kesibukan dalam mengendalikan jadual hidup menyebabkan diriku terleka akan sesuatu perkara yang selalu aku lakukan dalam hidupku. Iaitu MENULIS...

Lama membeku, membawa maksud aku memerlukan momentum baru untuk menulis. Sekarang aku sedang berusaha untuk 'mengecas' kembali minat menulisku... Perlukan pengisian yang baik untuk diterjemahkan dalam penulisan untuk dikongsikan...

Yang pasti, AKU INGIN KEMBALI MENULIS...

Friday, September 16, 2011

Syair

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani... Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah...

Wahai isteri yang solehah...

يا من يريد زوجة صالحة # دعني آعطيك صفاتها في معاني واضحة

تكون لك على درب الحياة صاحبة # أمينة على مالك و لبيتك حافظة

إذا نظرت إليها فابتسامتها ساحرة # لكل هم وغم بك لهما شافية

إذا سألتني عن أخلاقها فهي طاهرة # ذاكرة,لنعم الله تعالى شاكرة

بحجابها جميلة وبحيائها نبيلة # إذا سألتني عنها قلت صادقة عفيفة

إذا أصابتك محنة كانت لك مواسية # فهذا قضاء و قدر الله به راضية

إذا أمرتها فهي لك طائعة # وإذا ذكرتك في مجلس كانت لك مادحة

إذا مرضت أصبحت وأمست باكية # في دجى الليالي تدعو لك بالعافية

إذا إستشرتها كانت لك ناصحة # وكيف لا وهي الزوجة الصالحة


*************************************************************************

Bermaksud : Wahai orang yang inginkan isteri yang solehah... Marilah sini aku ceritakan sifat-sifatnya dengan terang dan cerah

Dia menjadi penemanmu sepanjang hayat yang indah... menjaga hartamu dengan amanah dan mengurus isi rumah

Memukau dirimu jika terpandang senyumanya yang indah... setiap masalah setiap keresahanmu senyumanya akan menjadi penawar yang mencegah

Jika engkau bertanya pula tentang akhlaqnya pastilah luhur lagi bersih... sentiasa mengingati nikmat-nikmat Allah bersyukur dan merintih

Dengan hijab tudungnya yang cantik manis, dan sifat malunya yang pantas menepis...jika engkau bertanya kepadaku tentangnya pasti aku katakan dia jujur lagi lembut laksana bulu alis

Jika engkau satu hari ditimpa musibah, pastilah dia hadhir menyenangkan segala resah...seraya berkata : redhalah wahai sayang, semua ini tidak lain hanyalah ujian dari Allah

Jika engkau meminta sesuatu pastilah dia berikan taat membisu...jika dia menyebut namamu di majlis-majlis, pastilah dipuji melangit takkan mengguris

Jika satu hari engkau ditimpa sakit juga kudis, pagi dan petang hanyalah di sisimu dia menangis...di kegelapan malam dia merintih tangis kepada tuhan minta sakit di tangkis

Jika engkau keliru pastilah dia menjadi penasihat dan mengajak musyawwarah...kenapa tidak apa bukankah dia itu ISTERI YANG SOLEHAH!!

Syair ditulis oleh Adil Abou Naidane

Tuesday, July 19, 2011

nak kahwin pun ada roadblock juga? - gambar google -

” Aku tak faham kenapa bapak aku berkeras sangat tak nak bagi aku kahwin. Sekarang ni zaman fitnah. Kan lagi bagus kalau kahwin cepat, selamat dari maksiat.. ini asyik suruh belajar..belajar dulu..aku fed up! “


Keluhan yang sering keluar dari mulut si anak muda.

Setelah lama berpencak di medan ilmu, sedikit sebanyak kefahaman agama yang meresap, mencetus suatu tekad dan keazaman untuk segera mendirikan masjid. Ditambah dengan keadaan masyarakat hari ini yang begitu kuat budaya bercouple, pergaulan bebas dan kes-kes zina yang kian parah , menjadikan mereka semakin dihambat keinginan untuk segera berumahtangga.

Mereka anak-anak muda yang baik. Tidak ada masalah sosial, tidak ada masalah bercinta, dan tidak ada masalah dalam pelajaran. Bahkan sebahagian besar daripada mereka terlibat secara aktif dengan persatuan pelajar, aktiviti-aktiviti agama, kerohanian dan sebagainya.

Mereka adalah sebilangan besar daripada para pendakwah muda.

Di mata masyarakat, mereka adalah permata. Nilaian yang tinggi. Lebih-lebih lagilah di mata ibu bapa mereka sendiri. Hati ibu bapa mana yang tidak bangga melihat anak mereka sudah menjadi seorang pemuda yang berguna dan boleh diharap.

Tiba-tiba, mereka menyuarakan hasrat untuk berkahwin.

Mereka bercakap tentang nikah. Di saat ibu bapa mula berangan-angan untuk meletakkan impian dan harapan yang lebih besar di atas bahu mereka. Pada ibu bapa, nikah adalah proses yang masih jauh dari mereka. Lantas, hasrat dan keinginan yang disuarakan oleh anak-anak muda ini ditolak.

Pada anak muda pula, inilah halangan terbesar yang perlu mereka hadapi bagi meneruskan cita-cita mahu berkahwin.


‘ROADBLOCK’

Suatu perkara yang perlu kita fahami apabila berdepan dengan isu ini adalah ; tidak ada mana-mana pihak yang harus kita persalahkan, atau kita bebankan dengan semua kesalahan. Baik di pihak ibu bapa, mahupun si anak. Si anak muda yang tiba-tiba meminta perkahwinan daripada ibu bapanya tidak harus dipersalahkan, kerana sudah tentu dia mempunyai sebab musabab dan alasan yang tersendiri.

Begitu juga dengan ibu bapa. Mereka lebih-lebih lagi mempunyai sebab musabab mereka yang tersendiri.

Sudah tentu, topik ini suatu topik yang panjang untuk dihurai. Ia bersifat subjektif. Amat bergantung kepada situasi sesebuah keadaan. Maka di sini saya tidak bercadang untuk menulis tentang siapa yang salah dan siapa yang betul.

Cuma mungkin lebih menarik jika kita bincangkan apakah tindakan-tindakan yang sepatutnya diambil oleh anak-anak muda ketika berdepan dengan sekatan tersebut?


IBU BAPA

Ibu bapa yang menyekat atau menghalang hasrat anak-anak mereka yang mahu berkahwin sebenarnya bertitiktolak dari banyak faktor. Faktor yang agak sukar untuk dibincangkan adalah faktor sikap dan kefahaman. Umpamanya golongan ibu bapa yang masih berfahaman bahawa anak-anak mereka hanya boleh berkahwin apabila menghampiri usia 30 tahun, atau apabila sudah mempunyai pekerjaan. Ini mentaliti yang sukar diubah. Begitu juga dengan golongan ibu bapa yang bersikap ‘lunak’ dengan soal keruntuhan akhlak anak-anak mereka, yang terlibat dengan budaya couple dan keluar berdua, tetapi bersikap keras apabila mereka mahu mendirikan rumahtangga.

Kita tinggalkan faktor itu, dan kita ambil faktor-faktor lain yang banyak juga menjadi penyebab sesetengah golongan ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak mereka berkahwin.

Antaranya?

1- Faktor usia

2- Faktor kematangan

3- Faktor masih belajar

4- Faktor kewangan / ekonomi

Kesemua faktor di atas kalau diperhatikan, sebenarnya boleh saja diatasi. Asalkan kita bersedia untuk bertindak secara rasional, teliti dan teratur.


” SAYA NAK KAHWIN “

Apabila dialog seperti ini keluar dari mulut si anak, sebenarnya bukan semua ibu bapa akan terus menghalang. Kita harus percaya bahawa golongan ibu bapa ini lebih dahulu makan garam. Pengalaman mereka amat berbeza berbanding kita. Justeru, sebahagian besar dari mereka tidak mudah melatah apabila dialog begini keluar dari mulut anak muda mereka.

Soalnya adalah, bagaimana ketahanan dan kesungguhan anda dalam menyuarakan hasrat tersebut?

Ibu bapa akan menilai. Si anak hanya mahu bermain-main, atau terikut-ikut dengan segelintir kawan-kawan yang sudah berkahwin, kurang serius , atau benar-benar bertekad.

Dan janganlah kita berharap supaya hasrat kita akan terus diterima. Anggap sajalah kita berdepan dengan suatu sekatan jalanraya. Perlukan pemeriksaan. Andaikata kita tidak melakukan apa-apa yang salah, maka tidak ada sebab kita perlu mengelak dari sekatan jalanraya tersebut. Itu analoginya.

Maka kebiasaannya, ibu bapa akan menjawab begini ; ‘ habiskan belajar dulu. Jangan fikirkan lagi tentang kahwin..’

Ibu pula biasanya akan berusaha memujuk dengan lebih lembut. Katanya ; ‘ belajar dulu sampai habis..dah grad nanti, ada kerja..ibu akan carikan yang cantik..yang baik-baik untuk dijadikan isteri..’

Semua ini adalah rintangan awal yang kebiasaanya akan dihadapi apabila anda menyuarakan hasrat untuk berkahwin.

Jadi apa yang perlu anda buat?


STRATEGI

Ibu bapa bermain dengan strategi, maka anda juga perlu bijak menyusun strategi. Apabila disuarakan kali pertama, dan ibu bapa nampaknya tidak bersetuju, atau dengan mudah-mudah menolak, maka anda jangan panik. Jangan mudah melatah. Jangan tunjukkan yang anda tidak berpuas hati atau memprotes.

Ini kerana ibu bapa, khususnya bapa, akan menilai segala reaksi dan tindak tanduk anda.

Mereka akan menilai dengan lebih teliti, adakah benar-benar anak mereka ini sudah matang dan bersedia untuk menjaga anak orang? Ini persoalannya.

Maka kalau anda menunjukkan sikap melatah, ‘merajuk’, bersikap keras kepala, mengenepikan perasaan hormat dan sebagainya, maka mereka akan menilai bahawa anda belum layak untuk sampai ke peringkat tersebut.

Anda masih di tahap ‘hendak’ semata-mata. Tetapi tidak ada tekad.

Jadi sebaiknya anda bersikap tenang saja.

Itu strategi.

Kalau masih berada di universiti, kembali ke universiti dengan tenang. Tunggu cuti yang seterusnya. Disamping itu, rutin yang biasa anda lakukan dengan ibu bapa jangan dihentikan. Kalau selalu menelefon bertanya khabar, teruskan. Kalau selalu menolong ibu atau bapa melakukan kerja, teruskan. Kalau selalu bersembang dengan mereka, teruskan semuanya seperti biasa. Seolah-olah ‘bantahan’ awal dari ibu bapa terhadap hasrat anda untuk berkahwin, tidak memberikan kesan yang besar pun kepada anda.

Berusaha sedaya upaya untuk tunjukkan yang anda sudah pun matang. Bukan lagi budak kecil yang mudah menarik rajuk.


SETERUSNYA

Datang cuti yang berikutnya, atau datang peluang yang lain, mungkin selang beberapa bulan, suarakan lagi hasrat yang sama. Kali ini, jangan suarakan dengan bentuk ‘kehendak’ semata-mata. Sebaliknya ‘bentangkan’ serba sedikit planning atau perancangan jangka panjang yang anda susun untuk masa depan anda.

Katakan sekarang anda sedang menuntut di tahun 2 atau tahun 3. Kalau anda berkahwin pada tahun ini sekalipun, anda ada perancangan yang teratur dari sudut pembelajaran dan ekonomi. Cuba sedaya upaya untuk nampakkan kepada kedua ibu bapa bahawa perancangan anda adalah relevan. Tunjukkan bahawa anda jelas dengan apa yang anda mahu buat.

Tetapi ingat.

Kesemua itu perlu terus berjalan dalam suasana yang rasional, teliti dan matang. Dari situ, sekali lagi anda perlu bersedia untuk berdepan dengan ‘bantahan’, penolakan ataupun cabaran. Jangan mudah berputus asa, sebaliknya ambillah kesemua reaksi atau respon itu sebagai suatu perkara yang positif kepada anda.


KESIMPULAN

Sebenarnya dalam banyak-banyak keadaan, ibu bapa bukanlah tidak mengenali anak mereka orang yang macam mana. Mereka kenal sangat dengan anak mereka. Kalau hobinya cuma bermain game, masih suka minta duit dan bergantung dengan ibu bapa, mana mungkin hasrat mereka untuk berkahwin awal diterima mudah-mudah. Itu tanggungjawab ibu bapa demi kebaikan anak mereka juga. Mereka tahu, anak mereka belum bersedia.

Tetapi dalam keadaan yang lain, ibu bapa bukan tidak tahu anak mereka jenis yang sudah matang, berkepimpinan, pandai berdikari dan sebagainya. Cuma mereka mungkin mahu menguji. Hanya sebagai satu ujian akhir sebelum mereka bersedia melepaskan anak mereka ke alam rumahtangga.

Maka jangan mudah bersangka buruk jika ibu bapa anda menghalang atau membantah hasrat anda untuk berkahwin.

Sekali, dua kali memanglah mereka akan menghalang. Tetapi jika berkali-kali disuarakan dengan tertib dan rasional, insyaAllah, mereka akan terbuka untuk menerima.

Apa yang lebih penting, jangan tinggalkan doa.

Mohonlah pada Allah supaya dilembutkan hati kedua ibu bapa anda seterusnya memudahkan hasrat murni anda terlaksana.

Semoga entri ini dapat sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saudara-saudara kita yang sedang berdepan dengan masalah ‘roadblock‘ dari ibu bapa. Be positive!


Sekian.

Sunday, June 12, 2011

WABAK SEPANJANG JALAN - FENOMENA AL I'JAB BI NAFSI



Aktivis Gerakan Islam tidak terlepas dari bahana penyakit ini. Hal ini mestilah diubati sebelum ia menjadi penyakit tabiat yang membarah, apatah lagi ruang-ruang yang begitu banyak kini boleh digunakan untuk memperagakan diri menjadi tokoh panutan, di facebook, blog dan sebagainya. Di dalam kitab Usul Dakwah karangan Dr.Abdul Karim Zaidan, beliau menyebutkan antara penyakit yang menimpa pendakwah ialah melebih-lebih menampilkan keistimewaan diri dan melupakan peranannya yang paling utama ialah meletakkan kedudukan agama ke tempat yang tersohor, bukannya memuncakkan dirinya sehingga menimbulkan bahasa peribadi,"Ana.. ana..

Penyakit Al I'jab bi Nafsi ini boleh dikenal pasti melalui fenomena berikut:

1) Menonjol Kebaikan Diri

Berbangga dengan diri sendiri merupakan ciri pertama Al I’jab bi Nafsi, di mana seseorang itu akan sentiasa memuji dan mengangkat dirinya sendiri. Pada hal ia lupa atau sengaja melupakan semua itu merupakan kurniaan Allah Taala. Firman Allah yang bermaksud,"Janganlah kamu memuji akan diri kamu. Ia (Allah) lebih mengetahui dengan siapa yang lebih bertaqwa". (Al Najm:32)

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung". (Al Isra’:37)

2) Enggan Menerima Nasihat

Ciri kedua Al I'jab bi Nafsi ialah seseorang itu susah untuk menerima nasihat bahkan ia sentiasa cuba mengelakkan diri dari dinasihati. Pada hal tidak ada kebaikan bagi sesuatu kaum yang tidak mahu mendengar, tidak menerima nasihat.

3) Rasa Gembira Apabila Mendengar Kelemahan Rakan-Rakannya Yang Lain

Ciri ketiga Al I'jab bi Nafsi ialah seseorang itu akan merasa begitu seronok apabila ia mendengar berita tentang keaiban atau kelemahan orang lain, lebih-lebih lagi kelemahan yang ada pada rakan-rakannya. Sikap sedemikian telah mendorong Fudhail bin Iyadh r.a berkata, maksudnya : "Sesungguhnya di antara tanda munafiq seseorang itu ialah ia akan merasa begitu seronok dan senang apabila ia mendengar tentang keaiban yang ada pada rakan-rakannya".

Cara Mengubati Penyakit Al I'jab bi Nafsi

Setelah kita mengenal pasti tentang sebab-sebab dan punca berlakunya Al I'jab bi Nafsi, maka mudahlah bagi kita untuk mengenali cara untuk mengubati dan menghapuskan penyakit ini bahkan juga untuk menghalangnya dari menimpa kita, untuk tujuan tersebut ia dapatlah disimpulkan seperti berikut :

[1] Sentiasa Mengingati Hakikat Kejadian Diri Manusia

Orang yang terpesona dengan dirinya hendaklah faham dan sedar bahawa seluruh tubuh badannya itu kalaulah tidak kerana tiupan Ilahi (roh) sudah pasti tidak mempunyai sebarang nilai. Ia juga perlu sedar bahawa manusia pada asalnya ia dijadikan dari tanah yang merupakan tempat diinjak-injak oleh kaki, dan proses berikutnya ia dijadikan dari air mani yang hina yang menjijikkan orang yang melihatnya. Kemudian ia akan dikembalikan ke tanah sekali lagi, pada masa itu ia merupakan bangkai yang busuk di mana semua makhluk akan menjauhkan diri darinya kerana tidak tahan dengan baunya yang begitu busuk. Dari segi yang lain pula sejak dari ia dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia di dalam perutnya penuh najis dan sisa makanan yang busuk, ia tidak mungkin mendapat keselesaan dan tenang kecuali dengan membuang semua sisa-sisa yang berada di dalam perutnya.

Ingatan dan renungan yang sedemikian banyak dapat menolong dalam mengawal dan menyelamat diri dari kelalaian dan kehilangan pedoman, juga ianya boleh menghapuskan penyakit ini (Al I'jab bi Nafsi), bahkan ia dapat mengawalnya dari terjerumus ke lubuk Al I'jab bi Nafsi sekali lagi.

Cara penyelesaian di atas telah dikemukakan oleh salah seorang golongan salaf apabila ia ditanya oleh seorang yang Al I'jab bi Nafsi dengan katanya, "Adakah anda kenal siapa saya?" Maka ia menjawab: "Ya, saya kenal siapa anda. Pada asalnya anda merupakan segumpal darah yang kotor dan selepas ini anda akan menjadi bangkai yang kotor, tempoh di antara anda dijadikan dan anda dimatikan anda sentiasa mengendong najis (di dalam perut anda)."

[2] Sentiasa Mengingati Tentang Apa Itu Hakikat Dunia & Apa Pula Hakikat Akhirat

Dengan mengingati perkara ini orang yang terpesona dengan dirinya akan sedar bahawa dunia itu hanyalah merupakan ladang untuk akhirat. Biar panjang mana sekali pun umurnya ia tetap akan berakhir. Sesungguhnya akhirat itu merupakan tempat yang kekal dan merupakan tempatnya yang abadi. Ingatan yang sedemikian akan dapat mendorong manusia untuk memperbaiki tingkah lakunya dan membetulkan dirinya sebelum berakhirnya hayat, juga sebelum peluang untuk berbuat demikian terlepas dan terlambat.

[3] Sentiasa Mengingati Nikmat Allah Yang Dilimpahkan Ke Atas Manusia

Seperti yang difirmankan oleh Allah Taala, bermaksud,"Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah kamu tidak akan mampu menghitungnya" (Ibrahim:34)

"Dan (DIA) menyempurnakan untuk nikmatnya zahir dan yang batin". (Luqman:20)

Ingatan yang sedemikian menjadikan seseorang itu menyedari betapa lemah dan miskinnya manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Ekoran dari itu ia akan bertindak membersihkan dirinya dari penyakit Al I’jabil Nafsi, bahkan ia akan cuba menghalangnya dari ditimpa sekali lagi penyakit tadi.

[4] Sentiasa Memikirkan Tentang Mati

Cara yang demikian dapat menjamin untuk dia mencabut sifat mazmumah dari dirinya bahkan sebagai benteng menghadapi penyakit Al I'jab bi Nafsi.

[5] Sentiasa Mendengar & Mengamati Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya

Pada kedua-duanya terdapat penjelasan yang boleh menyembuhkan disamping huraian terperinci yang berkaitan dengan empat cara mengubati yang disebut sebelum ini. Dengan berpandukan kitab Allah (al Quran) dan Sunnah NabiNya S.A.W manusia akan terselamat dari semua penyakit tadi seandainya mereka yakin dengan ajaran tersebut.

[6] Sentiasa Menghadiri Majlis Tazkiyah an Nafs

Majlis-majlis ilmu yang sedemikian akan dapat menolong seseorang itu membersihkan dirinya bahkan juga melindungi dirinya dari penyakit Al I’jab bi Nafsi

[7] Sentiasa Memerhati Keadaan Orang Yang Sakit, Cacat Anggota & Jenazah Yang Sedang Dimandikan, Di-kafan dan Di-tanam

Selepas itu pergi pula menziarahi kubur mereka dari semasa ke semasa dengan merenung tentang keadaan dan nasib mereka di dalam kubur. Cara yang demikian akan dapat mencuit perasaan seseorang dan akhirnya akan mendorong mereka menghapuskan rasa Al I'jab bi Nafsi dan penyakit yang lain yang seumpamanya.

[8] Memperingatkan Ibu Bapa Agar Membebaskan Diri Dari Penyakit Al I'jab bi Nafsi

Mereka hendaklah menjadi contoh yang baik di hadapan anak-anak. Mereka hendaklah faham al I'jab bil Nafsi yang ada pada mereka itu adalah salah, dan mereka hendaklah berkewajipan melekangkan penyakit ini dari diri mereka, juga penyakit-penyakit lain (jiwa dan hati) dan hendaklah bertaubat kepada Allah.

[9] Hendaklah Menjauhkan Diri Dari Bergaul Dengan Golongan Yang Kagum Dengan Diri Sendiri

Dalam masa yang sama hendaklah mendampingi golongan yang tawadhu', yang memahami keupayaan dan kedudukan diri mereka. Tindakan yang sedemikian akan menolong seseorang itu membebas dan melindungi dirinya dari sifat Al I'jab bi Nafsi.

[10] Hendaklah Sentiasa Mengingati Tentang Betapa Perlunya Adab & Tata Tertib Syara'

Memahami bagaimana etika-etika syara' dalam menyampaikan sesuatu penghargaan, pujian, dan penghormatan juga dalam memberikan kesetiaan dan ketaatan. Sesiapa yang terkeluar dari landasan syara’ dalam melakukan perkara di atas hendaklah disanggah dengan sekeras-kerasnya. Tindakan sedemikian merupakan peranan yang besar dalam mengubati diri dan jiwa juga membebaskannya dari Al I'jab bi Nafsi.

[11] Jangan Terlalu Gopoh Untuk Meneraju Kepimpinan

Tunggulah sehingga jiwa benar-benar lurus, dan keupayaannya begitu kental dan mampu untuk menolak godaan syaitan. Cara yang demikian akan memudahkan rawatan penyakit Al I'jab bi Nafsi.

[12] Hendaklah Selalu Mengkaji & Merenungi Sejarah Golongan Yang Terdahulu

Belajarlah bagaimana para salafus soleh mengawal diri apabila bertembung dengan perlakuan ini. Renungan dan pengamatan tadi akan mendorong kita untuk mengikuti jejak langkah mereka atau sekurang-kurangnya melakukan perkara yang hampir serupa dalam membersihkan diri sendiri dari penyakit ini, juga menghalangnya dari bertapak semula ke dalam dirinya.

[13] Melakukan Perkara Yang Boleh Menghapuskan Rasa Sombong

Sebagai contoh dia hendaklah memberi khidmat kepada rakan-rakan yang jawatannya lebih rendah, dengan keluar membeli makanan dipasar dan membawa barangannya seperti yang dilakukan oleh golongan salaf. Adalah diriwayatkan tentang Saidina Umar al Khattab ketika beliau memasuki Syam, beliau telah terhalang dengan takungan air (di tengah jalan), maka ia terus turun dari untanya, mencabut kasut dan memegang kasutnya itu lalu beliau mengharungi air tadi bersama untanya.

Maka Abu Ubaidah 'Amir bin Al Jarrah lantas berkata,"Tuan telah melakukan suatu tindakan yang mengemparkan pada penduduk Syam". Maka Umar terus menepuk dadanya sambil berkata,"Oh! kalaulah orang lain dari engkau yang berkata tentang perkara ini wahai Abu Ubaidah (adalah patut, tetapi engkau yang berkata adalah tidak patut). Kamu sebelum ini adalah sehina dan sekeji manusia, maka Allah melalui perantaraan RasulNya telah memuliakan kamu. Biar bagaimana sekalipun kamu mengejar kemuliaan dengan yang lain dari Allah, Allah tetap menghinakan kamu".

Di dalam riwayat yang lain apabila Umar al Khattab sampai ke Syam, beliau telah disambut oleh penduduk di situ dalam keadaan beliau menunggang unta. Ada seorang berkata kepadanya,"Alangkah hebatnya kalau tuan menunggang kuda untuk bertemu dengan para pembesar di sini". Maka Umar menjawab, "Aku tidak melihat kamu di sini, tetapi aku melihat di sana (sambil tangannya ditunjukkan ke langit). Tolong beri lalaan untuk untaku".

[14] Muhasabah Diri Sepanjang Masa

Muhasabah diri sepanjang masa sehingga ia berjaya mengenal pasti keaiban yang ada pada dirinya sendiri, sekiranya penyakit itu berada ditahap awal maka agak mudah untuk diubati atau melindungi diri darinya.

[15] Mengenal Pasti Akibat & Kesan Yang Timbul Dari Perlakuan Al I'jab bi Nafsi

Mengenal pasti akibat dan kesan yang timbul dari perlakuan Al I'jab bi nafsi, di mana cara yang demikian memberi kesan yang positif untuk mengubati Al I'jab bi Nafsi.

[16] Memohon Pertolongan Dari Allah Melalui Perantaraan Doa

Memohon pertolongan dari Allah melalui perantaraan doa, pertolongan dan penyerahan diri kepada-Nya dengan harapan Allah akan menyelesaikannya dan membersihkan dirinya dari penyakit ini, juga melindungi dari bencana terjatuh sekali lagi ke perlakuan buruk itu kerana Allah akan menolong hamba yang memohon pertolongan dari-Nya dan menunjukkannya ke jalan yang benar.

[17] Perlu Menekankan Tanggungjawab Individu Tanpa Mengambil Kira Keturunan & Asal Usul

Perlu menekankan tentang tanggungjawab individu, tanpa mengambil kira keturunan dan asal usul. Penekanan yang sedemikian mempunyai peranan yang besar dalam mengubati jiwa bahkan dapat melindungi seseorang itu dari terjerumus sekali lagi ke dalam penyakit Al I'jab bil Nafsi.

http://www.tarbawi.my/index.php/inspirasi/mimbar-ulama/96-wabak-sepanjang-jalan-fenomena-al-ijab-bil-nafsi

Saturday, April 30, 2011

KELEMBUTAN ITU KEBAIKAN

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)

Sifat Lemah Lembut


1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.

2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.

3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)

1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)

Thursday, April 28, 2011

DIA BUKAN CINTA NOMBOR 1



Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah, di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi. Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.

Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.

Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…

Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.

Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana.

Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!



Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!



Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.



114 Ayat Cinta

Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?

Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!

Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir air mata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.

Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma’thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.

Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamahkan amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.



Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

http://genta-rasa.com/2011/04/11/dia-bukan-cinta-nombor-1/

Saturday, April 23, 2011

SAIDINA ALI PAKAR MATEMATIK


Saidina Ali digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW. Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama namun ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa beliau juga merupakan seorang pakar matematik.

Kisah Pertama

Pernah seorang Yahudi yang berniat ingin memalukan Saidina Ali di hadapan orang-orang Arab bertanya kepadanya satu soalan.

"Wahai Imam Ali, berikan aku satu nombor bulat yang apabila dibahagi dengan nombor satu hingga sepuluh, jawapannya akan tetap nombor bulat dan bukan nombor pecahan," tanya lelaki Yahudi itu.

Saidina Ali menjawab, "Hitunglah bilangan hari dalam seminggu didarab dengan bilangan hari dalam setahun."

Yahudi itu pun mengira.

Kemudian, Yahudi itu menemukan hasilnya sebagai berikut:

- Jumlah hari dalam 1 Tahun = 360 (kalender Arab)
- Jumlah hari dalam 1 Minggu = 7
- Hasil darab dua angka diatas = 360×7 = 2520

Sekarang buktinya ...

2520 ÷ 1 = 2520
2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840
2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504
2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360
2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280
2520 ÷ 10 = 252

Kisah Kedua

Dua pengembara sedang duduk bersama-sama untuk menikmati hidangan roti. Pengembara pertama mempunyai 5 keping roti dan pengembara kedua mempunyai 3 keping roti.

Kemudian datang seorang pengembara lagi, lalu diajaklah pengembara itu untuk makan bersama. Maka seorang pengembara memotong setiap keping roti kepada 3 bahagian yang sama besar (8×3=24). Oleh itu, seorang pengembara dapat menjamah 8 potongan roti (24/3=8).

Selesai menikmati hidangan roti tadi, pengembara ketiga itu meninggalkan mereka dan memberikan 8 dirham.

Pengembara pertama ingin membahagikan 8 dirham itu. Memandangkan dia tadi berkongsi 5 keping roti, maka dia mengambil 5 dirham dan bakinya 3 dirham lagi diberikan kepada pengembara kedua yang berkongsi 3 keping roti.

Tetapi, pengembara kedua tidak berpuas hati. Baginya, sepatutnya 8 dirham itu dibahagi dua antara mereka. 4 dirham seorang. Lalu mereka pun bertengkar.

Akhirnya, masalah ini dibawa ke hadapan Saidina Ali. Saidina Ali menyuruh pengembara kedua menerima pembahagian yang dilakukan oleh pengembara pertama kerana sememangnya pengembara pertama lebih berhak mendapat lebih disebabkan dia berkongsi bilangan kepingan roti yang lebih. Namun pengembara kedua masih tidak mahu mengalah.

Maka setelah itu, Saidina Ali pun berkata, "Sepatutnya anda hanya berhak mendapat satu dirham sahaja. 5 keping roti pengembara pertama dicampur 3 roti kamu menjadi 8.

Kemudian anda potong setiap roti kepada 3 bahagian. Maka ada 24 keping roti (8×3). Jadi 3 roti anda bila dipotong tiga setiap satu menjadi 9 bahagian, dan anda telah makan 8 bahagian. Lebih satu bahagian sahaja yang anda kongsi dengan pengembara ketiga.

Tetapi pengembara pertama, 5 rotinya dipotong tiga setiap satu menjadi 15 bahagian, dan dia telah makan 8 bahagian. Bakinya 7 bahagian lagi dikongsi dengan pengembara ketiga itu.

Jadi sepatutnya pengembara pertama harus mendapat 7 dirham dan anda hanya patut mendapat 1 dirham sahaja."

Kisah Ketiga

Sebelum meninggal, seseorang telah membuat wasiat:

"Saya ada 17 ekor unta. Jika saya meninggal dunia, bahagilah unta-unta itu antara 3 orang anak saya. Anak sulung saya, berilah dia 1/2 daripada bilangan unta saya. Anak kedua pula, beri dia 1/3 daripada bilangan unta saya. Anak ketiga saya, berilah dia 1/9 daripada bilangan unta saya."

Setelah beberapa ketika, si pembuat wasiat itu pun meninggal dan apabila anak-anaknya membaca wasiat yang ditinggalkan, mereka menjadi bingung. Macam mana nak bahagi 17 ekor unta tadi. Maka mereka pun berjumpa dengan Saidina Ali.

Saidina Ali setelah meneliti isi kandungan wasiat, berkata:

"Aku akan pinjamkan kamu seekor unta saya. Maka bilangan unta sekarang ada 18 ekor.

-Anak sulung dapat 1/2 daripada 18 ekor unta = 9 ekor
-Anak kedua dapat 1/3 daripada 18 ekor unta = 6 ekor
-Anak ketiga dapat 1/9 daripada 18 ekor unta = 2 ekor (9+6+2=17)

Dan sekarang aku ambil balik unta aku."

- Artikel iLuvislam.com

TIP-TIP PEMIMPIN: MELAKSANAKAN APA YANG DIPERKATAKAN

ALLAH berkata, "Patutkah kamu menyuruh manusia melakukan amalan baik, sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri. padahal kamu semua membaca kitab ALLAH. Tidakkah kamu berakal?"
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 44)

ALLAH berkata lagi, "Wahai orang yang beriman, kenapa kamu tidak lakukan apa yang engkau katakan? Sesungguhnya amat besar kebencian ALLAH apabila kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan." (SURAH AS-SAFF AYAT 2-3)

ALLAH menjelaskan kenyataan Nabi Syuaib, "Patutkah saya berdiam diri daripada melarang kamu, sedangkan saya tidak mahu lakukan sesuatu yang saya larang kamu laukakannnya?" (SURAH HUD AYAT 88)

Abu Zaud atau nama sebenarnya, Usmah bin Zaid bin Harithah berkata, "Saya mendengar Nabi Muhammad berkata, 'Pada Hari Kiamat, datang seorang lelaki kemudian dicampakkan ke dalam neraka, lalu terkeluar ususnya. Terus dia berputar-putar pada ususnya sebagaimana keldai berputar mengelilingi lesung pengisar. Penghuni-penghuni neraka berkumpul di sekelilingnya dan bertnya, "kenapa dengan kamu? bukankah dahulu kamu suka menggalakkan orang berbuat baik dan melarang mereka berbuat jahat? lelaki itu menjawab, 'benar, saya dahulu menggalakkan orang berbuat baik, tetapi saya sendiri tidak melakukannnya dan saya melarang orang berbuat jahat, tetapi saya sendiri melakukannya." (HADITH BUKHARI DAN MUSLIM)

Wednesday, March 16, 2011

Guru Perlu Ubah Lanskap Politik Negara (Mohd Sabri Said)




PERMATANG PAUH, 16 Mac: Para guru termasuk pesara guru seluruh negara diminta melakukan perubahan drastik terhadap lanskap politik tanah air untuk menghindarkan daripada terus dihinggapi anasir pengkhianatan, kata bekas calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.
Perubahan itu jelasnya, amat penting kerana negara sekarang seolah-olah hilang kawalan penguasaan ekoran politik yang tidak menentu serta terlalu banyak campur tangan yang membawa kepada tiadanya kebebasan.

"Guru merupakan pendidik yang setia, maka buatlah perubahan ke arah yang lebih baik kerana landkap politik masa kini telah musnah kerana campur tangan pihak tertentu.
“Apa salahnya kita yang dididik mewujudkan keharmonian anak bangsa menjadi lebih dihormati lakukan sedikit lonjakan pembaharuan pada pilihanraya umum ke 13 kelak," terangnya pada majlis pidato bersama Cikgu Mala di perkarangan Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir. malam tadi.

Sebelum itu, beliau dijemput memberikan motivasi Menjana Kecemerlangan Pelajar Anak-Anak Ahli PAS di Dewan Haji Zabidi, Permatang Pauh dan sebelah petangnya menghadiri program Sepetang Bersama Cikgu Mala, bertempat di Balai Islam Berapit, Bukit Mertajam.

Pada rangka lawatan selama dua hari ke Pulau Pinang bermula semalam dan berakhir hari ini, beliau juga diajak bersama dalam program menjejaki pejuang muslimat anjuran Dewan Muslimat Permatang Pauh manakala sebelah malam nanti beliau sekali lagi berada di pentas pidato srikandi di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor.

Beliau yakin jika guru yang pernah menjadi pelopor politik satu waktu dulu boleh bangun kembali mengatasi golongan politik yang acapkali menggunakan kesempatan peribadi, masalah negara dapat diatasi.

"Dulu rata-rata golongan guru mempelopori politik di mana sahaja tetapi sekarang seolah lenyap begitu sahaja. Kenapa jadi begitu sebab kewujudan golongan yang tidak amanah sering mencari peluang untuk membina kekayaan," tambahnya.

Katanya, guru perlu membuang semua kerisauan bilamana politik berubah tangan kepada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat nyata berjaya melakukan yang terbaik untuk rakyat contohnya di empat negeri yang dikuasai.
Tambahnya, banyak lagi tuntutan guru masih dibekukan tetapi apabila menjelang pilihanraya kecil, ia dimainkan semula seakan-akan 'durian runtuh' padahal jika disiasat, masih terpahat janji lama.

"Bila ada pilihanraya kecil, pasti terpancul keluar dari mulut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddn Yassin kononnya jika rakyat atau guru memberikan kemenangan pada BN, masalah mereka akan dselesaikan," katanya.

Turut sama berceramah pada program malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh, Puan Suraya Saat dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri, Aida Yusuf Rawa.

Friday, February 4, 2011

Inilah Tindakan Kerajaan Malaysia... Peserta himpunan disembur, ditangkap

SUMBER: HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.






















Monday, January 31, 2011

JEMPUTAN WALIMAH SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t.

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian,

Dibawah ini adalah maklumat lanjutnya:

Akhi Malik bin Hassan
Tarikh : 14 Mac 2011 (Isnin)
Alamat: 241, Blok 9 Felda Jengka 20 Bandar Jengka Pahang.

Ukhti Nabilah binti Kamaruzzaman
Tarikh : 13 Mac 2011 (Ahad)
Alamat: 23 Kg Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh, Pahang

Sunday, January 16, 2011

Seorang Mujahidah, Muallimah Berjuang Di Tenang

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.



Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Ibu kepada tiga orang anak itu - yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala - adalah dari Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.
Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa. Udang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Normala menegaskan bahawa pemilihannya sebagai calon merupakan pengiktirafan penting parti Islam itu kepada kepimpinan wanita muda.
Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS

Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan. Ia berlaku apabila pemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini. Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.

"Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan. Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut. Ditanya apakah alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik". Sementara itu, ketua umum PKR yang dijadual hadir di majlis pengumuman tersebut terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.
Menurut Dr Wan Azizah, Anwar terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk membincangkan perbicaraan kes liwat terhadapnya esok, dengan para peguamnya. Anwar juga memaklumkan perkara itu melalui twitternya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita - yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.
Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

Formula Mudah

AGAMA TERBINA MELALUI IMAN, ISLAM DAN IHSAN.
AGAMA DIRUJUK MELALUI ALQURAN ALHADIS, IJMA DAN QIAS.
AGAMA DIFAHAMI MELALUI ILMU AQIDAH, FEQAH DAN AKHLAQ.
AGAMA DIRASAI MELALUI PENGALAMAN RASUL, SAHABAT DAN PARA DUAT.
AGAMA DIANUTI OLEH MANUSIA MUSLIM, MUKMIN DAN MUTTAQIN. (IMAN ORG AWAM)

TEORI 1231
PELAN STRATEGIK 50 TAHUN HIDUP MANUSIA YANG BERAGAMA ISLAM

(ANGGARAN HIDUP SELAMA UMUR RASULULLAH SAW - MULA SELEPAS BALIGH)
VISI HIDUP = MARDHATILLAH (masa hidup dan mati)
MISI HIDUP = IMAN DAN TAQWA (semasa hidup di dunia)
OBJEKTIF HIDUP = HAMBA, DAEI DAN KHALIFAH (tugas)
STRATEGI HIDUP = JIHAD (NAFSI DAN JAMAEI)
VISI, MISI DAN OBJEKTIF DAPAT DICAPAI MELALUI SEMANGAT JIHAD

DALAM GERAKAN = JIHAD JAMAEI (secara berjemaah)
GERAKAN BUKAN STATIK TP DINAMIK (hidup dan berkembang)
GERAKAN ISLAM = HARAKAH ISLAM
HARAKAH ISLAM = PROSES ATAU USAHA MENGEMBANGKAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN (rujuk point di atas)

DINAMIK = DALAMAN DAN LUARAN
ASAS DINAMIKA HARAKAH ISLAM = IMAN, ISLAM DAN IHSAN
DINAMIKA HARAKAH ISLAM = TUGAS MANUSIA
TUGAS MANUSIA = BERSIFAT HAMBA, DAEI DAN KHALIFAH (rujuk point di atas)
SIFAT HAMBA, DAEI DAN KHALIFAH DIBINA MELALUI = TARBIYYAH, DAKWAH DAN SIASAH

SECARA SPESIFIKNYA;
HAMBA DIRUJUK KEPADA TARBIYYAH (bina peribadi muslim)
DAEI DIRUJUK KEPADA DAKWAH (bina keluarga muslim)
KHALIFAH DIRUJUK KEPADA SIASAH (bina masyarakat muslim)

SECARA UMUMNYA ;
PROSES TARBIYYAH, DAKWAH DAN SIASAH TERKENA KEPADA SETIAP INDIVIDU DALAM HARAKAH ISLAM. INI PERLU DIFAHAMI BHW 3 ELEMEN INI SALING BERGABUNGJALIN DALAM PROSES DINAMIKA HARAKAH ISLAM. INI DAPAT DIJELASKAN BAHAWA DALAM TARBIYYAH ADA DAKWAH DAN SIASAH, DALAM DAKWAH ADA TARBIYYAH DAN SIASAH, DALAM SIASAH ADA TARBIYYAH DAN DAKWAH.

TARBIYYAH MANUSIA SORANG2 JADI KEMAH, DAKWAH JADI RAMAI2 DAN SIASAH DILAKUKAN BERSAMA UTK TAKLUK SELURUH ALAM.

AKHIRNYA, MELALUI PELAN STRATEGIK 50 TAHUN SETIAP AHLI GERAKAN ISLAM INI, MAKA TERCAPAILAH MATLAMAT HARAKAH ISLAM = DAULAH ISLAMIYYAH... ALLAHU AKBAR!!!

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP