Tuesday, August 31, 2010

CERAMAH PALESTIN DALAM BAHAYA



Monday, August 23, 2010

AL-FATIHAH

Allahyarham bersama isterinya ketika menziarahi MELAKA pada 1429H


"Ya ALLAH, ampuni dosa-dosa Allahyarham Hj. Abd. Rahman bin Rabu. Terimalah segala taubatnya dan amalannya. Sesungguhnya Engkau lebih mengenalinya dan cucurilah rahmat ke atas rohnya. Letakkanlah dia dikalangan para solihin dan dijanjikan SYURGA kepadanya. Sesungguhnya telah terlepas segala tanggungjawabnya di dunia. Hanya amalan yang tinggal sebagai peneman kepada sisinya. Lapangkanlah kuburnya dan terangilah kuburnya dengan cahaya Al-Quran yang pernah di baca ketika hayatnya. Beratkanlah neraca mizan kebaikannya dan permudahkanlah dirinya melintasi titian siratMu. Semoga Dia tergolong dikalangan orang-orang yang bertaqwa"

amin ya robb....

AL-FATIHAH buat datuk saudara yang di sayangi, Allahyarham Hj. Abd. Rahman bin Abu yang telah kembali kerahmatullah pada 14 Ramadhan 1431H.

UJIAN DAN NIKMAT

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh…..

Ramadhan ke-13 telah masuk menjengah diri dan seisi alam ini. Bulan mengambang dengan penuh kegembiraan dengan bintang yang sentiasa menyinari langit malam. Melihat satu bintang yang bersinar dengan begitu cantik.

SUBHANALLAH… begitu cantik bintang-bintang ini…. Menulis sambil mendengar lagu kegemaranku. Lagu yang sentiasa ku buka semasa menentap di RAUDHATUL SYUHADA’… INSYA ALLAH (Maher Zain).

Sudah lama diri ini tidak menatap keindahan malam yang disinari bintang. Teringat hobiku ketika belajar di matrik. Hobiku setiap malam selepas pulang dari surau ialah melihat bintang. Sahabat-sahabat bilik tahu di mana tempatku melihat bintang-bintang yang begitu indah ini. Bintang-bintang ini tetap indah sehingga sekarang. Tersenyum bila mengimbau kenangan lama semasa aku digelar ‘gila ilmu’ pada masa tu. Antara salah satu aktiviti yang sentiasa bersama diriku pada ketika itu. Insya ALLAH sehingga kini…

Kini, aku meneliti keindahan bintang-bintang malam ini. Tenang…. Kerana bintang-bintang ini berzikir kepada ALLAH s.w.t…. ALLAH….. semua ciptaanMu berzikir kepadaMu. Ikan, kambing, batu, pokok-pokok, laut, sungai, kuman, alga, bakteria dan semuanya ciptaanMu…. Tapi… kenapa manusia yang dikurniakan akal yang sempurna tidak mahu berzikir kepadaMu. Malas berzikir…. Astagfirullaha’azim…

ALHAMDULILLAH….

Diwaktu ini aku masih di beri peluang untuk memperbaiki diri. Semoga diri ini dapat merealisasikan perubahan diri ini. Janji mesti ditunaikan. Itulah tanda orang yang yakin dengan dirinya.

Perancangan hidup mesti diteruskan. Begitu juga dengan sidang pembaca. Apa yang pasti, kita sentiasa berdoa’ supaya perancangan hidup kita selari dengan perancangan ALLAH s.w.t. Jika perancangan kita bermasalah, mohonlah doa’ supaya diampunkan dosa-dosa kita dan diharap ALLAH s.w.t dapat menunjukkan jalan yang lurus serta terbaik kepada hidup kita.

Kita banyak melakukan dosa, jadi jangan kita sesekali ego dengan ALLAH s.w.t. Ingat!!! Keegoaan juga yang memakan diri golongan-golongan terdahulu. Kerana manusia kini ego dengan kesenangan dan kemewahan yang ALLAH s.w.t berikan kepadanya. Ingatlah, kesenangan dan kemewahan itulah adalah ujian kepada diri kita. Jika kita berada pada posisi yang baik dan bagus, maka cepat-cepatlah kita menadah tangan mengucapkan syukur kepadaNya. Kerana sesungguhnya apa yang ada di langit dan di bumi adalah hakNya. Dan jika kita berada pada posisi kesusahan, maka cepat-cepat jugalah kita mengangkat tangan untuk memohon keampunan dan memohon ALLAH s.w.t mengampunkan dosa kita dan menunjukkan kita ke jalan kebahagian di akhirat.

Ingatlah, jika kita kejar dunia, maka kita akan dapat dunia. Jika kita kejar akhirat, maka dunia juga akan bersama dalam perjalanan kita mengejarnya.

SUBHANALLAH….

Hidup ini indah dengan cintaNya. Setiap ujian membawa kebahagian kepada hambaNya yang bertaqwa. Susah dan senang kepada diri setiap hamba yang beriman adalah kebahagiaan kepada dirinya juga. Kerana ALLAH s.w.t mencintai kita. Buktinya?

Buktinya terlalu banyak. Nikmat iman, ISLAM, keindahan setiap ciptaan, dan terlalu banyak. Jika kita menjadikan laut sebagai dakwat untuk menulis segala nikmat-nikmat ALLAH s.w.t , hingga habis air laut itu kita masih belum habis untuk menulis segala nikmatNya.

Firman ALLAH s.w.t dalam Surah Al-Anbiya’:35;

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebennar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”

Orang yang diberi ujian dan musibah ini akan mendapat pahala yang besar di sisi ALLAH s.w.t. Dalam sebuah hadis disebutkan;

Dari Abu Asy’ats Ash-Shan’ani, bahawasanya dia pergi ke masjid Damaskus dan berjalan di waktu petang, lalu bertemu Syaddad bin Aus dan Sanabihi bersamanya. Saya bertanya, “Ke mana kamu pergi yar-hamukumallah?” Mereka berdua menjawab, Kami ingin pergi ke saudara kami yang sakit untuk menjenguknya.” Lalu saya pergi bersama mereka berdua hingga kedua-duanya menemui orang itu. Mereka berdua berkata kepadanya, “Bagaimana keadaanmu pagi ini?” Dia menjawab, “Saya berada dalam kenikmatan .” Syaddad berkata kepadanya, “Bergembiralah dengan penghapusan dosa dan kesalahan,kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “ALLAH s.w.t berfirman, “Sesungguhnya jika Aku menguji seorang hamba-Ku yang beriman, lalu dia memuji-Ku atas ujian itu, maka sesungguhnya dia bangun dari tempat tidurnya seperti hari ketika dia dilahirkan ibunya, bersih dari dosa-dosanya.” ALLAH s.w.t juga berfirman, “Sesungguhnya Aku memberikan kebaikan kepada hamba-Ku dan mengujinya, maka Aku pun memberikan kebaikan kepadanya seperti halnya kamu juga memberikan kredit kepadanya”.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Dari Anas bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika ALLAH s.w.t menguji seorang hamba Muslim pada jasadnya, Dia berfirman kepada malaikat, “Tulislah untuknya amal soleh yang telah dilakukannya, jika dia sembuh maka ujian itu akan mencuci dan membersihkannya, jika dia meninggal maka dia akan diampuni dan diberi rahmat”.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Dari Abdullah bin Amr yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak seorang pun dari kaum Muslimin yang terkena musibah di jasadnya, kecuali ALLAH s.w.t memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam, kebaikan yang biasanya dia lakukan, ketika dia tidak terkekang oleh belenggu-Ku”

Dari Sa’ad yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w ditanya, “Siapa manusia yang paling berat dugaannya?” Beliau menjawab, “Para nabi kemudian ke bawah lalu ke bawah. Seseorang diuji berdasarkan agamanya, jika agamanya kuat, maka ujiannya akan bertambah berat dan jika agamanya lemah maka ujiannya akan diringankan. Seorang hamba akan tetap diuji hingga dia berjalan di muka buni tanpa berbuat salah”.

(Hadis Riwayat Ad-Darami)

ALLAH….. sesungguhnya ENGKAU menicintai hamba-hambaMu…. Tapi… mengapa terlalu sedikit yang mengungkapkan syukur kepadaMu???

NA’UZUBILLAH…..

Ujian tidak turun kecuali kerana maksiat dan tidak diangkat kecuali dengan taubat. Terlalu banyak maksiat yang melanda negara kita. Isu zina, anak luar nikah, merempit, rogol, dan macam-macam lagi masalah sosial. Itu tidak termasuk dengan isu pentadbiran negara yang tidak melaksanakan dasar-dasar ISLAM. Terlalu jauh manusia kini hanyut. Hanyut dengan ‘kegembiraan dunia’.

Jadi, apa tanggungjawab kita sekarang? Tanggungjawab kita yang wajib terpikul di bahu kita. Jawablah dengan pasti. Sesungguhnya segala apa yang berlaku akan disoal oleh ALLAH s.w.t dan kita wajib menjawabnya. Bukan sekadar dengan alas an dan jawapan tetapi dengan segala hukuman yang tidak tertahan pedihnya….

LAKSANAKANLAH TRANSFORMASI DIRI. TRANSFORMASI PEMERINTAHAN.

Sedarlah apa yang berlaku sekarang ini…. Selagi masih ada waktu…

WALLAHUA’LAM…

Takziah:

Takziah kepada keluarga datuk saudara ana di atas pemergian Allahyarham HJ. Abdul Rahman bin Abu yang telah pergi ke rahmatullah pada 14 Ramadhan 1431H. Semoga rohnya di tempatkan disisi para solihin dan bertaqwa. Ku doa’akan ALLAH s.w.t menempatkannya di SYURGAMU…. Amin ya robb…

Posted by Nurulfazlina Ain binti Rasol (Aisyah Humairah),

14 Ramadhan 1431H

Wednesday, August 18, 2010

LAILATUL QADAR MENANTI

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh….

RAMADHAN KAREEM…

Ucapan Alhamdulillah memulai dalam penulisan. Ramadhan yang masuk hari ke-8 memberi banyak pengertian dalam diri setiap individu yang beriman. Sesungguhnya hanya orang-orang yang beriman sahaja mengetahui di sebalik tirai RAMADHAN ini.

Sibuknya manusia mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik. RAMADHAN ini digunakan dengan baik. Hinggakan masa tidur diganti dengan program-program yang dapat mendekatkan diri kepadaNya. Pernah di cerita oleh seorang sahabat seperjuangan

“ bila sampai RAMADHAN ni, kalau di SYRIA, mereka sibuk meng’iktikaf’kan diri di masjid-masjid. Lebih-lebih lagi pada malam 27 RAMADHAN. Sebab mereka mengambil waktu ini sebagai malam AL-QADAR. Kerana mereka beriktikat dengan hari tersebut. Mereka akan melakukan solat-solat sunat selepas solat sunat terawih hinggalah ke subuh. Tanpa berhenti…. “

Walaupun pada dasarnya memang kita tak boleh berpegang kepada perjangkaan waktu-waktu malam AL-QADAR. Kita sendiri tak boleh menentukan bila waktunya berlaku malam tersebut. Kadang-kadang ana ada juga mendengar ‘statement’ yang menyatakan tanda-tanda berlakunya malam AL-QADAR. ‘statement’ menyatakan yang itu adalah berdasarkan hadis-hadis. Tapi perlu di ingatkan bahawa ada dikalangan hadis-hadis tersebut ada yang lemah. Jadi kita perlu mengkaji terlebih dahalu sebelum mengambilnya.

Oleh itu ana suka membawa para pembaca kepada satu ‘momentum’ diri supaya kita bersama-sama sedar akan perlunya diri ini ‘melangkah’ kepada motivasi diri yang ‘hebat’.

MENGENAL LAILATUL QADAR

Malam AL-QADAR adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (bersamaanlebih 83 tahun). Yang bermaksud, jika kita ditakdirkan ALLAH s.w.t bertemu dengan malam tersebut, dan kita beribadat dengan penuh rasa ketaqwaan di sepanjang malam itu, ALLAH s.w.t akan memberikan ganjaran pahala seperti amalan 1000 bulan.

Malam ini menjadi malam yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pada anbia dan solihin. ALLAH s.w.t telah menyatakan keistimewaan malam AL-QADR ini dalam Surah Al-Qadr 97;

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Sesunggunya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam qadar. Dan Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Sejahtera (malam itu) sehingga terbit fajar”

Ana teringat peristiwa apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di sepanjang 10 malam terakhir RAMADHAN. Sabda Rasulullah s.a.w;

“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh menemui malam LAILATUL QADAR pada malam ganjil di sepuluh akhir RAMADHAN”

(Hadis Riwayat Aisyah r.a)

Rasulullah s.a.w bukan hanya bersendirian mencari malam Al-Qadar itu, tetapi bersama-sama keluarga baginda. Ada diceritakan Rasulullah s.a.w akan mengetuk pintu rumah Ali untuk mengejut anak dan menantunya bersama-sama untuk bangun qiam dan beriktikaf di masjid untuk mncari malam AL-QADAR.

Dari Ibnu Umar r.a;

“bahawa beberapa sahabat Nabi s.a.w melihat malam AL-QADAR dalam mimpi pada tujuh hari terakhir bulan RAMADHAN”

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda;

“diperlihatkan aku kebenaran mimpi kalian, iaitu telah sesuai pada tujuh hari terakhir. Oleh itu barang siapa yang ingin mencari malam tersebut carilah ia pada tujuh malam terakhir RAMADHAN”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para ulama’ mempunyai perbezaan pendapat tentang malam tersebut. Ada yang mengatakan malam ke-27 dan ada yang mengatakan malam-malam ganjil antara 21-29 RAMADHAN. Persoalan waktu berlakunya malam AL-QADAR itu tidak perlu menjadi perdebatan dan persoalan besar. Cuma apa yang perlu kita fikirkan adalah persedian kita mengahadapi malam AL-QADAR tersebut. Adakah kita bersedia?????

Pada asasnya ALLAH s.w.t merahsiakan malam AL-QADAR ini adalah bertujuan untuk menggalakkan hamba-hambaNya menghidupkan sepuluh malam terakhir RAMADHAN. Begitulah sayang dan cintanya ALLAH s.w.t terhadap kita.

Dari Aisyah r.a. berkata;

“saya bertanya: ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau saya tahu malam LAILATUL QADAR itu? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?’ Rasulullah s.a.w bersabda: Ucaplah

ALLAH HUMA IN NAKA AFU WUN QARIM, TUHIBBUL AFWA

(Ya ALLAH, engkau adalah pengampun, suka mengampuni, ampunilah hamba)”

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

ANTARA AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN

- Memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh kepada ALLAH s.w.t

- Mengerjakan solat-solat sunat

- Membaca Al-Quran

- Berzikir dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w

- Mengerjakan solat maghrib, isya’, sunat terawih dan subuh secara berjemaah

Semoga kita menjadi TETAMU kepada LAILATUL QADAR. AMIN YA ROBB….

“Ya ALLAH, pertemukanku dengan malam yang KAU berikan keberkatan kepadanya. Ya ALLAH, berikanlah yang terbaik di sisi Mu dan jadikalah aku dikalangan orang-orang bertaqwa dan TETAMU kepada SYURGAMU”

Amin…..

Thursday, August 12, 2010

SELF-AUDIT

Salam Ramadhan Kareem… Menjelma penulisan ana lagi di blog ini. Alhamdulillah, sudah sampai kita kepada Hari kedua Ramadhan. Jiwa orang mukmin merasa sangat gembira. Di bulan inilah ganjaran dan pahala sangat besar disediakan oleh Allah. Ramadhan juga mengajar kita mengoreksi diri dan amalan kita selama ini. Dan masa ni lah seorang pejuang diuji. Walaupun banyak tapisan ALLAH s.w.t, tapi Bulan Ramadhan adalah antara tapisanNya juga. Jadi, ana suka membawa diri ana dan sahabat-sahabat kepada ‘check-list’ diri kita. Senarai semak di bawah barangkali memudahkan kita membuat penilaian, muhasabah atau ‘self-audit’ sempena Ramadhan kali ini, dalam keadaan Ramadhan masih berada di awal.

1. sangat tidak setuju 2. tidak setuju 3. setuju 4. sangat setuju

Perkara yang dilaksanakan:

1. Kualiti puasa meningkat tahun ini

2. Mulut dipelihara dari memperkata sesuatu yang tidak baik

(cth: umpat, fitnah, bohong, bual kosong)

3. Telinga dijaga dari mendengar perkara yang tidak baik

(cth: umpat, fitnah, muzik, lagu)

4. Mata dipelihara dari memandang perkara yang haram

(cth: aurat perempuan asing)

5. Tangan dijaga dari membuat sesuatu yang haram

(cth: tandatangan borang tuntutan salah)

6. Kaki dipelihara dari berjalan ke tempat yang haram

(cth: ke kelab malam, konsert AF/ jomheboh)

7. Quran dibaca setiap hari

8. Quran dikhatam paling kurang sekali Ramadhan kali ini

9. Solat Terawih setiap malam 8 / 20 rakaat dan witir

10. Sedekah kepada fakir miskin

11. Iktikaf di masjid terutama di akhir Ramadhan

12. Menghidupkan malam mencari ‘Lailatul Qadar’

13. Merasai penderitaan sebagaimana fakir miskin

14. Zakat fitrah ditunaikan dengan nilai lebih

15. Berbelanja secara sederhana sepanjang Ramadhan

16. Kualiti kerja meningkat

17. Jiwa rasa lebih hampir dengan ALLAH

Ini adalah di antara perkara yang boleh dinilai oleh empunya diri. Tambahlah item yang anda rasakan tertinggal. ‘Tepuk dada, Tanya iman.’. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan lepas. Dan mungkin juga Ramadhan terakhir????

Monday, August 9, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM


Assalamu’alaikum waramatullah wabarakatuh…..

Alhamdulillah, kepada yang mempunyai hak yang mutlak. Tiada selainMu yang menetapkan segalanya mengikut perancanganMu yang tersusun. Tiada kata secantik idaman ayat-ayat cintaNya. KalamNya yang menunjukkan ke jalan yang lurus.

Selawat dan salam kepada Kekasih hatiku, Rasulullah s.a.w… Kerinduan bertemumu amat dinantikan. Mencintaimu selepas cinta ini di berikan kepada ALLAH s.w.t. Kata-kata mu yang ku sematkan dalam diriku. Sunnah mu yang sentiasa menjadikan panduan kepada diriku.

Aku tidak mampu berkata dengan kiasan sajak yang indah. Tapi hanya mampu berkata dalam hati, yang satu… CINTA KU PASTI UNTUK ALLAH S.W.T DAN RASUL KU…

Subhanallah…. Sudah hampir 2 bulan aku bekerja. Alhamdulillah… buat sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang diingati, ana sekarang bekerja secara kecil-kecilan. Sekarang menjadi seorang muallimah di SMA AS-SAIYYIDAH KHATIJAH, Melaka. Melaka tempat tumpah darahku…..

Buat sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang jauh di mata, tetapi dekat di hati, ana sentiasa mendoa’akan kalian dicintai ALLAH dan berada di bawah rahmatNya. Yang pasti, semuanya tetap bersama dalam perjuangan, amin ya robb…

Dalam masa yang panjang, terlalu banyak memori yang ingin ku tuliskan. Tapi, aku memegang satu prinsip yang satu, biarkanlah tetap kepada prinsip tersebut.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN….

Ramadhan datang lagi…. Kedatangan Ramadhan yang disambut dengan kegembiraan sambil linangan air mata membasahi pipi. Kerana rindunya dengan Ramadhan. Ramadhan yang mungkinnya Ramadhan terakhir??? Hanya ALLAH s.w.t yang tahu jawapannya.

Bila diri menanti Ramadhan, aku teringat pada allahyarhamah nenek dan allahyarham atuk. Sudah hampir 3 dan 4 tahun mereka pergi. Insan yang paling ku sayangi. Manusia yang ALLAH s.w.t cipta sebagai pembantu jalanku ke jalanMu. Al-Fatihah buat mereka….

Rindu yang tak mampu diucapkan dengan kata. Dulu, nenek dan atuk selalu sibuk dengan amalan-amalannya. Zikir, qiam, tadarrus dan lain-lain. Ketika kecil, pernah juga ku terfikir asbab mereka melakukan amalan-amalan tersebut. Kini, aku mengerti segalanya.

Melihat tasbih hijau yang diberikan kepada ku sebelum berangkat ke matrik dahulu. Air mata lebih banyak mengalir. Berfikir, adalah aku layak menjadi sepertinya. Menjaga segala-galanya. Orang yang sabar, merendah diri, bertindak sebagai sahabatku….

Teringat ketika raya terakhir aku bersamanya. Ketika itu, dia berkerusi roda, katanya:

“Mungkin ini ramadhan terakhir nenek dapat bersama semua”

Aku tak berkata apa…. Senyap membisu….. Berfikir, adakah aku mampu menghadapi ujian hidup ini tanpanya?

Sebelum ini, aku hanya melihat sahabat-sahabat yang kehilangan orang yang disayangi, tapi apabila sampai ketikanya, aku juga di uji…..

Sukar menerimanya pada permulaan. Tapi… aku menerimanya dengan yakin bahawa ALLAH s.w.t akan mengambil apa yang kita sayangi untuk menguji tahap keimanan kepadaNya….

RAMADHAN KAREEM….

Kali ini datang lagi dengan harapan. Aku sekarang semakin matang untuk menjadi yang terbaik. Terbaik untuk ALLAH s.w.t…

Kini aku bersama emak dan adik-adik. Aku hanya mampu untuk berusaha menjadi seorang anak yang solehah, kak yang solehah….

Perjuangan juga tak dilupakan. Cuma sekarang perlukan startegi hidup. Cabaran sebagai mu’allij juga perlu di hadapi. Banyak ranjau berduri yang ada di hadapan. Orang-orang yang dendam dengan kita membawa ISLAM…. Tapi itu sedikit pun tidak mematahkan semangat ku untuk ke depan dalam membantu…

Aku pernah bertanya kepada guru ku;

“adakah ujian ini mampu ana hadapi?”

Katanya;

“Allah s.w.t menguji hambaNya dengan pelbagai ujian untuk kebijaksanaan yang sempurna, ALLAH s.w.t pernah berfirman;

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikkan (Al-Anbiya’: 35)

Dari Anas bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, “jika ALLAH menguji seorang hamba Muslim pada jasadnya, Dia berfirman kepada malaikat ‘Tulislah untuknya amal soleh yang telah dilakukannya, jika doa sembuh maka ujian itu akan mencuci dan membersihkannya, jika dia meninggal maka dia akan diampuni dan diberi rahmat

Alhamdulillah… banyak kata-kata semangat yang aku perolehi dari kata-kata guru ku yang semuanya berdasarkan hadis dan AL-QURAN.

Tiada bahasa yang secantik Al-Quran. Membaca, menghayati, mengamal dan mengahafaznya adalah harapanku. Biarkanlah ia menjadi makananku setiap saat. Zikir yang dialun, diharap dapat mengisi jiwa yang resah untuk mendapatkan petunjuk. Semoga ALLAH s.w.t memanduku ke Jalan Ketaqwaan.

Ucapan:

- Salam Ramadhan kepada semua sahabat dan sahabiah… Semoga kita melakukan amalan seperti kita ingin ‘pergi’ sebentar lagi. Jadilah orang yang mengejar cintaNya bukan mengejar cinta dan angan-angan manusia.

- Buat seluruh pelajar-pelajar di SMKA SLIM RIVER, juga Salam Ramadhan Kareem…

- Baut seluruh pelajar-pelajar SMA AS-SAIYYIDAH KHATIJAH, ingat ye janji kita…. Insya ALLAH ustazah akan buat check list pasal tadarrus AL-QURAN….

~Merindui setiap kali dahi menyentuh sejadah~

Thursday, August 5, 2010

Mencari Yang PASTI

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh
Alhamdulillah, wa syukurillah atas segala nikmat yang dikurniakan. Pada dasar dan asasnya ana tak tahu nak tulis apa. Apa-apa pun, rasa nak tulis tapi takde idea. Idea ana kurang sejak akhir-akhir ini. Mungkin disebabkan banyak unsur-unsur masalah yang menyelubungi jiwa.
Jiwa yang tersekat dengan masalah hati. Masalah yang penyelesaiannya hanya satu iaitu 'mencari' cinta ALLAH. Bagaimana nak cari? Nak cari pakai apa? Senang tak nak jumpa?
Soalan yang tak dapat nak dijawab dengan lisan tapi dijawab dengan hati. Ana teringat kata-kata seorang guru ana.
Cinta ALLAH itu boleh dicari dengan kita menunjukkan jalannya. Tapi Cinta ALLAH itu tidak boleh ditunjukkan kerana Cinta ALLAH itu ada di hati.
Pernah ana terfikir, nak dapat jalannya macam mana ya? fikir punya fikir punya fikir. Ana pergi mengadap guru ana. Ha... kan ana dah tersengih-sengih nak tahu jawapannya. Apa lagi guru ana seperti biasa guna bahasa kiasannya yang ana kadang-kadang tak faham.
Padan muka ana.... tulah nak tahu tahap tinggi lagi. Ambik sebijik. Tapi alhamdulillah.... ana berjumpa juga jawapannya. Antara perkara utama nak dapat cinta ALLAH ialah ikhlas. Erm... tahap tinggi tu ikhlas. Kalau orang-orang mengaji kitab tauhid tu... kena kupas molek-molek tu. Ana tak mampulah. Sebab ana pun kurang ilmu. Masih berguru lagi.
Apa-apa pun, kepada sesiapa yang rajin, marilah kita sama-sama saling ingat mengingati dalam mencari redha ALLAH. Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang bertaqwa dan di masukkan ke SYURGANYA.... amin....
note:
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN. Mungkin Ramadhan terakhir???? Hanya ALLAH yang tahu jawapannya....
~Merindui setiap kali dahi menyentuh sejadah~

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP