LAILATUL QADAR MENANTI
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh….
RAMADHAN KAREEM…
Ucapan Alhamdulillah memulai dalam penulisan. Ramadhan yang masuk hari ke-8 memberi banyak pengertian dalam diri setiap individu yang beriman. Sesungguhnya hanya orang-orang yang beriman sahaja mengetahui di sebalik tirai RAMADHAN ini.
Sibuknya manusia mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik. RAMADHAN ini digunakan dengan baik. Hinggakan masa tidur diganti dengan program-program yang dapat mendekatkan diri kepadaNya. Pernah di cerita oleh seorang sahabat seperjuangan
“ bila sampai RAMADHAN ni, kalau di SYRIA, mereka sibuk meng’iktikaf’kan diri di masjid-masjid. Lebih-lebih lagi pada malam 27 RAMADHAN. Sebab mereka mengambil waktu ini sebagai malam AL-QADAR. Kerana mereka beriktikat dengan hari tersebut. Mereka akan melakukan solat-solat sunat selepas solat sunat terawih hinggalah ke subuh. Tanpa berhenti…. “
Walaupun pada dasarnya memang kita tak boleh berpegang kepada perjangkaan waktu-waktu malam AL-QADAR. Kita sendiri tak boleh menentukan bila waktunya berlaku malam tersebut. Kadang-kadang ana ada juga mendengar ‘statement’ yang menyatakan tanda-tanda berlakunya malam AL-QADAR. ‘statement’ menyatakan yang itu adalah berdasarkan hadis-hadis. Tapi perlu di ingatkan bahawa ada dikalangan hadis-hadis tersebut ada yang lemah. Jadi kita perlu mengkaji terlebih dahalu sebelum mengambilnya.
Oleh itu ana suka membawa para pembaca kepada satu ‘momentum’ diri supaya kita bersama-sama sedar akan perlunya diri ini ‘melangkah’ kepada motivasi diri yang ‘hebat’.
MENGENAL LAILATUL QADAR
Malam AL-QADAR adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (bersamaanlebih 83 tahun). Yang bermaksud, jika kita ditakdirkan ALLAH s.w.t bertemu dengan malam tersebut, dan kita beribadat dengan penuh rasa ketaqwaan di sepanjang malam itu, ALLAH s.w.t akan memberikan ganjaran pahala seperti amalan 1000 bulan.
Malam ini menjadi malam yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pada anbia dan solihin. ALLAH s.w.t telah menyatakan keistimewaan malam AL-QADR ini dalam Surah Al-Qadr 97;
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
“Sesunggunya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam qadar. Dan Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Sejahtera (malam itu) sehingga terbit fajar”
Ana teringat peristiwa apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di sepanjang 10 malam terakhir RAMADHAN. Sabda Rasulullah s.a.w;
“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh menemui malam LAILATUL QADAR pada malam ganjil di sepuluh akhir RAMADHAN”
(Hadis Riwayat Aisyah r.a)
Rasulullah s.a.w bukan hanya bersendirian mencari malam Al-Qadar itu, tetapi bersama-sama keluarga baginda. Ada diceritakan Rasulullah s.a.w akan mengetuk pintu rumah Ali untuk mengejut anak dan menantunya bersama-sama untuk bangun qiam dan beriktikaf di masjid untuk mncari malam AL-QADAR.
Dari Ibnu Umar r.a;
“bahawa beberapa sahabat Nabi s.a.w melihat malam AL-QADAR dalam mimpi pada tujuh hari terakhir bulan RAMADHAN”
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda;
“diperlihatkan aku kebenaran mimpi kalian, iaitu telah sesuai pada tujuh hari terakhir. Oleh itu barang siapa yang ingin mencari malam tersebut carilah ia pada tujuh malam terakhir RAMADHAN”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Para ulama’ mempunyai perbezaan pendapat tentang malam tersebut. Ada yang mengatakan malam ke-27 dan ada yang mengatakan malam-malam ganjil antara 21-29 RAMADHAN. Persoalan waktu berlakunya malam AL-QADAR itu tidak perlu menjadi perdebatan dan persoalan besar. Cuma apa yang perlu kita fikirkan adalah persedian kita mengahadapi malam AL-QADAR tersebut. Adakah kita bersedia?????
Pada asasnya ALLAH s.w.t merahsiakan malam AL-QADAR ini adalah bertujuan untuk menggalakkan hamba-hambaNya menghidupkan sepuluh malam terakhir RAMADHAN. Begitulah sayang dan cintanya ALLAH s.w.t terhadap kita.
Dari Aisyah r.a. berkata;
“saya bertanya: ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau saya tahu malam LAILATUL QADAR itu? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?’ Rasulullah s.a.w bersabda: Ucaplah
ALLAH HUMA IN NAKA AFU WUN QARIM, TUHIBBUL AFWA
(Ya ALLAH, engkau adalah pengampun, suka mengampuni, ampunilah hamba)”
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
ANTARA AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN
- Memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh kepada ALLAH s.w.t
- Mengerjakan solat-solat sunat
- Membaca Al-Quran
- Berzikir dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
- Mengerjakan solat maghrib, isya’, sunat terawih dan subuh secara berjemaah
Semoga kita menjadi TETAMU kepada LAILATUL QADAR. AMIN YA ROBB….
“Ya ALLAH, pertemukanku dengan malam yang KAU berikan keberkatan kepadanya. Ya ALLAH, berikanlah yang terbaik di sisi Mu dan jadikalah aku dikalangan orang-orang bertaqwa dan TETAMU kepada SYURGAMU”
Amin…..
0 comments:
Post a Comment