UJIAN DAN NIKMAT
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh…..
Ramadhan ke-13 telah masuk menjengah diri dan seisi alam ini. Bulan mengambang dengan penuh kegembiraan dengan bintang yang sentiasa menyinari langit malam. Melihat satu bintang yang bersinar dengan begitu cantik.
SUBHANALLAH… begitu cantik bintang-bintang ini…. Menulis sambil mendengar lagu kegemaranku. Lagu yang sentiasa ku buka semasa menentap di RAUDHATUL SYUHADA’… INSYA ALLAH (Maher Zain).
Sudah lama diri ini tidak menatap keindahan malam yang disinari bintang. Teringat hobiku ketika belajar di matrik. Hobiku setiap malam selepas pulang dari surau ialah melihat bintang. Sahabat-sahabat bilik tahu di mana tempatku melihat bintang-bintang yang begitu indah ini. Bintang-bintang ini tetap indah sehingga sekarang. Tersenyum bila mengimbau kenangan lama semasa aku digelar ‘gila ilmu’ pada masa tu. Antara salah satu aktiviti yang sentiasa bersama diriku pada ketika itu. Insya ALLAH sehingga kini…
Kini, aku meneliti keindahan bintang-bintang malam ini. Tenang…. Kerana bintang-bintang ini berzikir kepada ALLAH s.w.t…. ALLAH….. semua ciptaanMu berzikir kepadaMu. Ikan, kambing, batu, pokok-pokok, laut, sungai, kuman, alga, bakteria dan semuanya ciptaanMu…. Tapi… kenapa manusia yang dikurniakan akal yang sempurna tidak mahu berzikir kepadaMu. Malas berzikir…. Astagfirullaha’azim…
ALHAMDULILLAH….
Diwaktu ini aku masih di beri peluang untuk memperbaiki diri. Semoga diri ini dapat merealisasikan perubahan diri ini. Janji mesti ditunaikan. Itulah tanda orang yang yakin dengan dirinya.
Perancangan hidup mesti diteruskan. Begitu juga dengan sidang pembaca. Apa yang pasti, kita sentiasa berdoa’ supaya perancangan hidup kita selari dengan perancangan ALLAH s.w.t. Jika perancangan kita bermasalah, mohonlah doa’ supaya diampunkan dosa-dosa kita dan diharap ALLAH s.w.t dapat menunjukkan jalan yang lurus serta terbaik kepada hidup kita.
Kita banyak melakukan dosa, jadi jangan kita sesekali ego dengan ALLAH s.w.t. Ingat!!! Keegoaan juga yang memakan diri golongan-golongan terdahulu. Kerana manusia kini ego dengan kesenangan dan kemewahan yang ALLAH s.w.t berikan kepadanya. Ingatlah, kesenangan dan kemewahan itulah adalah ujian kepada diri kita. Jika kita berada pada posisi yang baik dan bagus, maka cepat-cepatlah kita menadah tangan mengucapkan syukur kepadaNya. Kerana sesungguhnya apa yang ada di langit dan di bumi adalah hakNya. Dan jika kita berada pada posisi kesusahan, maka cepat-cepat jugalah kita mengangkat tangan untuk memohon keampunan dan memohon ALLAH s.w.t mengampunkan dosa kita dan menunjukkan kita ke jalan kebahagian di akhirat.
Ingatlah, jika kita kejar dunia, maka kita akan dapat dunia. Jika kita kejar akhirat, maka dunia juga akan bersama dalam perjalanan kita mengejarnya.
SUBHANALLAH….
Hidup ini indah dengan cintaNya. Setiap ujian membawa kebahagian kepada hambaNya yang bertaqwa. Susah dan senang kepada diri setiap hamba yang beriman adalah kebahagiaan kepada dirinya juga. Kerana ALLAH s.w.t mencintai kita. Buktinya?
Buktinya terlalu banyak. Nikmat iman, ISLAM, keindahan setiap ciptaan, dan terlalu banyak. Jika kita menjadikan laut sebagai dakwat untuk menulis segala nikmat-nikmat ALLAH s.w.t , hingga habis air laut itu kita masih belum habis untuk menulis segala nikmatNya.
Firman ALLAH s.w.t dalam Surah Al-Anbiya’:35;
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebennar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”
Orang yang diberi ujian dan musibah ini akan mendapat pahala yang besar di sisi ALLAH s.w.t. Dalam sebuah hadis disebutkan;
Dari Abu Asy’ats Ash-Shan’ani, bahawasanya dia pergi ke masjid Damaskus dan berjalan di waktu petang, lalu bertemu Syaddad bin Aus dan Sanabihi bersamanya. Saya bertanya, “Ke mana kamu pergi yar-hamukumallah?” Mereka berdua menjawab, Kami ingin pergi ke saudara kami yang sakit untuk menjenguknya.” Lalu saya pergi bersama mereka berdua hingga kedua-duanya menemui orang itu. Mereka berdua berkata kepadanya, “Bagaimana keadaanmu pagi ini?” Dia menjawab, “Saya berada dalam kenikmatan .” Syaddad berkata kepadanya, “Bergembiralah dengan penghapusan dosa dan kesalahan,kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “ALLAH s.w.t berfirman, “Sesungguhnya jika Aku menguji seorang hamba-Ku yang beriman, lalu dia memuji-Ku atas ujian itu, maka sesungguhnya dia bangun dari tempat tidurnya seperti hari ketika dia dilahirkan ibunya, bersih dari dosa-dosanya.” ALLAH s.w.t juga berfirman, “Sesungguhnya Aku memberikan kebaikan kepada hamba-Ku dan mengujinya, maka Aku pun memberikan kebaikan kepadanya seperti halnya kamu juga memberikan kredit kepadanya”.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dari Anas bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika ALLAH s.w.t menguji seorang hamba Muslim pada jasadnya, Dia berfirman kepada malaikat, “Tulislah untuknya amal soleh yang telah dilakukannya, jika dia sembuh maka ujian itu akan mencuci dan membersihkannya, jika dia meninggal maka dia akan diampuni dan diberi rahmat”.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dari Abdullah bin Amr yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak seorang pun dari kaum Muslimin yang terkena musibah di jasadnya, kecuali ALLAH s.w.t memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam, kebaikan yang biasanya dia lakukan, ketika dia tidak terkekang oleh belenggu-Ku”
Dari Sa’ad yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w ditanya, “Siapa manusia yang paling berat dugaannya?” Beliau menjawab, “Para nabi kemudian ke bawah lalu ke bawah. Seseorang diuji berdasarkan agamanya, jika agamanya kuat, maka ujiannya akan bertambah berat dan jika agamanya lemah maka ujiannya akan diringankan. Seorang hamba akan tetap diuji hingga dia berjalan di muka buni tanpa berbuat salah”.
(Hadis Riwayat Ad-Darami)
ALLAH….. sesungguhnya ENGKAU menicintai hamba-hambaMu…. Tapi… mengapa terlalu sedikit yang mengungkapkan syukur kepadaMu???
NA’UZUBILLAH…..
Ujian tidak turun kecuali kerana maksiat dan tidak diangkat kecuali dengan taubat. Terlalu banyak maksiat yang melanda negara kita. Isu zina, anak luar nikah, merempit, rogol, dan macam-macam lagi masalah sosial. Itu tidak termasuk dengan isu pentadbiran negara yang tidak melaksanakan dasar-dasar ISLAM. Terlalu jauh manusia kini hanyut. Hanyut dengan ‘kegembiraan dunia’.
Jadi, apa tanggungjawab kita sekarang? Tanggungjawab kita yang wajib terpikul di bahu kita. Jawablah dengan pasti. Sesungguhnya segala apa yang berlaku akan disoal oleh ALLAH s.w.t dan kita wajib menjawabnya. Bukan sekadar dengan alas an dan jawapan tetapi dengan segala hukuman yang tidak tertahan pedihnya….
LAKSANAKANLAH TRANSFORMASI DIRI. TRANSFORMASI PEMERINTAHAN.
Sedarlah apa yang berlaku sekarang ini…. Selagi masih ada waktu…
WALLAHUA’LAM…
Takziah:
Takziah kepada keluarga datuk saudara ana di atas pemergian Allahyarham HJ. Abdul Rahman bin Abu yang telah pergi ke rahmatullah pada 14 Ramadhan 1431H. Semoga rohnya di tempatkan disisi para solihin dan bertaqwa. Ku doa’akan ALLAH s.w.t menempatkannya di SYURGAMU…. Amin ya robb…
Posted by Nurulfazlina Ain binti Rasol (Aisyah Humairah),
14 Ramadhan 1431H
0 comments:
Post a Comment