Monday, August 9, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM


Assalamu’alaikum waramatullah wabarakatuh…..

Alhamdulillah, kepada yang mempunyai hak yang mutlak. Tiada selainMu yang menetapkan segalanya mengikut perancanganMu yang tersusun. Tiada kata secantik idaman ayat-ayat cintaNya. KalamNya yang menunjukkan ke jalan yang lurus.

Selawat dan salam kepada Kekasih hatiku, Rasulullah s.a.w… Kerinduan bertemumu amat dinantikan. Mencintaimu selepas cinta ini di berikan kepada ALLAH s.w.t. Kata-kata mu yang ku sematkan dalam diriku. Sunnah mu yang sentiasa menjadikan panduan kepada diriku.

Aku tidak mampu berkata dengan kiasan sajak yang indah. Tapi hanya mampu berkata dalam hati, yang satu… CINTA KU PASTI UNTUK ALLAH S.W.T DAN RASUL KU…

Subhanallah…. Sudah hampir 2 bulan aku bekerja. Alhamdulillah… buat sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang diingati, ana sekarang bekerja secara kecil-kecilan. Sekarang menjadi seorang muallimah di SMA AS-SAIYYIDAH KHATIJAH, Melaka. Melaka tempat tumpah darahku…..

Buat sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang jauh di mata, tetapi dekat di hati, ana sentiasa mendoa’akan kalian dicintai ALLAH dan berada di bawah rahmatNya. Yang pasti, semuanya tetap bersama dalam perjuangan, amin ya robb…

Dalam masa yang panjang, terlalu banyak memori yang ingin ku tuliskan. Tapi, aku memegang satu prinsip yang satu, biarkanlah tetap kepada prinsip tersebut.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN….

Ramadhan datang lagi…. Kedatangan Ramadhan yang disambut dengan kegembiraan sambil linangan air mata membasahi pipi. Kerana rindunya dengan Ramadhan. Ramadhan yang mungkinnya Ramadhan terakhir??? Hanya ALLAH s.w.t yang tahu jawapannya.

Bila diri menanti Ramadhan, aku teringat pada allahyarhamah nenek dan allahyarham atuk. Sudah hampir 3 dan 4 tahun mereka pergi. Insan yang paling ku sayangi. Manusia yang ALLAH s.w.t cipta sebagai pembantu jalanku ke jalanMu. Al-Fatihah buat mereka….

Rindu yang tak mampu diucapkan dengan kata. Dulu, nenek dan atuk selalu sibuk dengan amalan-amalannya. Zikir, qiam, tadarrus dan lain-lain. Ketika kecil, pernah juga ku terfikir asbab mereka melakukan amalan-amalan tersebut. Kini, aku mengerti segalanya.

Melihat tasbih hijau yang diberikan kepada ku sebelum berangkat ke matrik dahulu. Air mata lebih banyak mengalir. Berfikir, adalah aku layak menjadi sepertinya. Menjaga segala-galanya. Orang yang sabar, merendah diri, bertindak sebagai sahabatku….

Teringat ketika raya terakhir aku bersamanya. Ketika itu, dia berkerusi roda, katanya:

“Mungkin ini ramadhan terakhir nenek dapat bersama semua”

Aku tak berkata apa…. Senyap membisu….. Berfikir, adakah aku mampu menghadapi ujian hidup ini tanpanya?

Sebelum ini, aku hanya melihat sahabat-sahabat yang kehilangan orang yang disayangi, tapi apabila sampai ketikanya, aku juga di uji…..

Sukar menerimanya pada permulaan. Tapi… aku menerimanya dengan yakin bahawa ALLAH s.w.t akan mengambil apa yang kita sayangi untuk menguji tahap keimanan kepadaNya….

RAMADHAN KAREEM….

Kali ini datang lagi dengan harapan. Aku sekarang semakin matang untuk menjadi yang terbaik. Terbaik untuk ALLAH s.w.t…

Kini aku bersama emak dan adik-adik. Aku hanya mampu untuk berusaha menjadi seorang anak yang solehah, kak yang solehah….

Perjuangan juga tak dilupakan. Cuma sekarang perlukan startegi hidup. Cabaran sebagai mu’allij juga perlu di hadapi. Banyak ranjau berduri yang ada di hadapan. Orang-orang yang dendam dengan kita membawa ISLAM…. Tapi itu sedikit pun tidak mematahkan semangat ku untuk ke depan dalam membantu…

Aku pernah bertanya kepada guru ku;

“adakah ujian ini mampu ana hadapi?”

Katanya;

“Allah s.w.t menguji hambaNya dengan pelbagai ujian untuk kebijaksanaan yang sempurna, ALLAH s.w.t pernah berfirman;

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikkan (Al-Anbiya’: 35)

Dari Anas bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, “jika ALLAH menguji seorang hamba Muslim pada jasadnya, Dia berfirman kepada malaikat ‘Tulislah untuknya amal soleh yang telah dilakukannya, jika doa sembuh maka ujian itu akan mencuci dan membersihkannya, jika dia meninggal maka dia akan diampuni dan diberi rahmat

Alhamdulillah… banyak kata-kata semangat yang aku perolehi dari kata-kata guru ku yang semuanya berdasarkan hadis dan AL-QURAN.

Tiada bahasa yang secantik Al-Quran. Membaca, menghayati, mengamal dan mengahafaznya adalah harapanku. Biarkanlah ia menjadi makananku setiap saat. Zikir yang dialun, diharap dapat mengisi jiwa yang resah untuk mendapatkan petunjuk. Semoga ALLAH s.w.t memanduku ke Jalan Ketaqwaan.

Ucapan:

- Salam Ramadhan kepada semua sahabat dan sahabiah… Semoga kita melakukan amalan seperti kita ingin ‘pergi’ sebentar lagi. Jadilah orang yang mengejar cintaNya bukan mengejar cinta dan angan-angan manusia.

- Buat seluruh pelajar-pelajar di SMKA SLIM RIVER, juga Salam Ramadhan Kareem…

- Baut seluruh pelajar-pelajar SMA AS-SAIYYIDAH KHATIJAH, ingat ye janji kita…. Insya ALLAH ustazah akan buat check list pasal tadarrus AL-QURAN….

~Merindui setiap kali dahi menyentuh sejadah~

2 comments:

zinnirah_ August 9, 2010 at 10:21 PM  

"Allahukareem" (ucpn balas utk yg myebut ramadhan kereem, sbb Allah lah mencipta kemuliaan bulan ini)
insyaAllah sma2 ya kita penuhi ruang2nya dengan ta'abud ilallah
;)

Nurulfazlina Ain Rasol August 11, 2010 at 1:03 AM  

to zinnirah: insya ALLAH.... sama2 kita mengejarnya... :)

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP