..:: Mengenal Erti Sahabat ::..
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.......
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.......
Pemulaan tulisan dengan ku panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t pemilik segalanya ini, pemilik hati ini, pemilik cinta ini....
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Doa' yang sentiasa kutitipkan kepada kedua ibu bapaku, seseorang yang menjadi mujahid dalam hatiku, seluruh ahli keluargaku, guru-guru, pensyarah-pensyarah serta setiap sahabat2 dan sahabiah2ku dan seluruh muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah.... kembali diri ini ke kampus. Kampus yang bakal ditinggalkan kurang dua bulan.
SALAM EIDULFITRI buat semua pengunjung yang mengunjung blog ana yang serba kefakiran ilmu ini. Alhamdulillah, kerana ana masih diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk hidup sebagai seorang yang mencinta Dia yang satu.
Terasa rindu diri ini kepada semua sahabat dan sahabiah yang di sayangi. Bila fikir2 pasal sahabat (umum, termasuk min dan mat) ni, ana banyak menyingkap kenangan bersama sahabat2 seperjuangan sama ada di sekolah, di matrik atau pun di UPSI.
Erm..... bagaimana keadaan sahabat2 dan sahabiah2ku sekarang? sihatkah? gembirakah? berdukakah? kecewakah?.....
Ana sentiasa mendoa'kan yang terbaik untuk semua sahabatku. Alhamdulillah raya baru2 ini ada juga sahabiah2 yang dapat ana kunjingi . Semuanya sihat, Alhamdulillah bertambah sihat.... ^-^. Dan masih 'gila-gila' seperti di zaman sekolah. Ana pun ter'gila-gila' seperti mereka..... Seronok bila jumpa sahabat2. Rasa semakin dekat. Semakin sayang......
Mesti ada yang pelik. "Bakpolah dia ni sayang sangat kat sahabat2 dia ni?".....
Jawapan yang mudah dari hati yang abstrak.... kerana mencintai sahabat adalah tanda mencinta Allah. Sebab sahabat adalah insan yang Allah s.w.t kurniakan untuk kita rasa Allah mencintai kita.
Bersahabat bukan kerana kita ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi menyelami maksud penciptaan manusia oleh Allah s.w.t. Ada kala kita mendapat sahabat yang 'cool', panas baran, senyap, banyak cakap, pemikiran yang terlalu kritis dan pelbagai. Itu tanda Allah s.w.t nak kita kenal diri kita. Siapa juga sahabat kita, kita perlu terima. Terima dengan seadanya. Tapi jangan terikut dengan perlakuannya. Kerana kita ada cara kita sendiri.
Walau bagaimanapun, jika sahabat kita bermasalah kita adalah model kepadanya. Bukan untuk riak atau sombong, tapi biarlah contoh itu lahir dari hati yang ikhlas untuk membantunya.
Sejak akhir2 ini, ana sering menyebut nama seorang sahabiah. Rindu dengannya. Semalam baru berkesempatan bertemunya. Walaupun sekejap, tapi hilang juga rasa rindu ini. Yang pasti, bila bertemu, tentu ada saja lawak yang di buat..... Subhanallah... indahnya bersahabat...
Nikmat bersahabat ini menjadikan kita juga seorang yang berkobar2 ingin menjadi yang terbaik. Terbaik untuk mepersembahkan ibadah kepada Allah dengan penuh ketaqwaan kepadanya. Kerana Allah mengetahui apa yang diperlukan oleh kita dalam hidup ini. Allah s.w.t mengurniakan sahabat untuk menegur, menyayangi kita. Cantikkan hikmah bersahabat ini? Sungguh sayang Allah s.w.t pada kita.
Kita macam mana pula? Sayang Allah? Cinta Allah?
Semalam juga selepas habis kuliah Kaedah Berangka, ana dikejutkan dengan sebuah berita. Seorang sahabat ana telah terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya. Innalilla hiwainnailayhiraji'un......
Sedih juga bila sahabat sekuliah kemalangan. Ramai juga sahabat2 yang pergi melawatnya. Ana tak berkesempatan. Ana doa'kan supaya ujian ini juga adalah penguat ikatan antara dia dengan Allah s.w.t. Semoga dia sentiasa tergolong dikalangan orang2 yang sabar...... Amin.
Ujian adalah tanda Allah s.w.t mencintai hambanya. Sayangkan Allah pada kita???? Kita macam mana pulak???
Fikir-fikirkanlah.......
8 comments:
Masyaallah tabarakaallah... mantap2!.. alhamdulillah... ishk.. tp kan.. jeles la kat sahabiah yg ain rndu tu... sapa ek?.. huhu.
apa punya komen la hawa mahababbh ni kan.. ngarut2 je... cik ain surau ni ske fakta2 bukti dgn dalil2.. mn layan komen nagrut mcm cik hawa mahabbah.. kan2?..hehe. astaghfirullahalazim.. maaf2 bebanyak.. bnyak ngarut!.. kena stop komen ni.. kang ada yg kena pancung kat bilik..hehe. apa2 pon.. komen saya satu perkataan je nak sampaikan sebenarnya.. _-----> "MANTAP" Alhamdulillahi rabbil'alamin..
Alhamdulillah.... Allah s.w.t mengurniakan rasa rindu kepada yang berhak.....
Siapa??? mana boleh bagitahu cik hawa mahabbah.... Rahsia.... Allah je tahu.... (",)
Tapi yang pasti, biar kita cari cinta Allah, jgn cari cinta manusia..... sayang pada yang berhak...
salam, @ Aisyah,
Kenapa tak boleh cari cinta manusia? Cinta ini fitrah. Allah juga yang kurniakan rasa cinta ni.
to Ibnu Ali....
(",)
Mungkin ana salah menggunakan kata-kata barangkali.
Bukankah ALLAH s.w.t menciptakan manusia. Kita selalu mencari serta menghargai cinta manusia. Tak pernah kita melebihkan cinta kita kepada ALLAH s.w.t. Cinta ALLAH lebih2 mulia dari segalanya. Untuk rasa kita dicintai manusia, bukanka molek semolek2nya kita cari, kejar dan merasai cinta ALLAH s.w.t
ALLAH s.w.t akan beri cinta manusia jika kita mencinta ALLAH melebihi segala2nya. Jangan risau jika kita hilang cinta manusia, tetapi risau dan berdukalah diri jika kita tak rasa pun cinta ALLAH s.w.t dalam diri kita.
Secara kesimpulannya, cinta manusia akan hadir jika kita mencinta ALLAH s.w.t lebih dari segala-galanya. Dan jika ada cinta manusia dalam hidup kita, berdoa'lah supaya cinta manusia yang hadir itu adalah asbab anugerah ALLAH s.w.t pada kita kerana adanya perasaan cinta kepada seseorang yang juga meletakkan cinta ALLAH dalam dirinya.
* hanya sekadar pandangan dari seorang hamba ALLAH yang kerdil dan fakir dari segala-galanya.
* niat hati ingin bercinta denganNya yang satu
* Berdoa'lah supaya kita dipertemukan cinta manusia yang juga sentiasa meletakkan ALLAH keutamaan dalam dirinya
Di mana Kau Letakkan Cinta?
"Adakah kau mampu mengatakan
bahawa kau telah menjadi seorang pencinta,
Adakah kau sanggup
menanggung segala perasaan cinta?
Dan adakah kau yakin
bahwa segala perasaan cinta itu
adalah benar-benar cinta?"
"Bila dalam diammu
Kau dengarkan suara-suara Sang Kekasih
Bila dalam renungan
Yang kau pandang hanyalah Kekasih
Bila tangis dan airmata jatuh
Hanya kerana rindu kepada Kekasih
Hingga dadamu
penuh dengan nama Kekasih
Hingga seluruh batang tubuhmu
Memanggil nama Kekasih
Dan tak ada yang lain selain Kekasih"
"Maka terimalah segala suka dan duka
yang kan Dia pinta kepadamu
Apakah kau benar-benar
Seorang Pecinta atau Pendusta"
"Di mana kau letakkan CINTA?"
Karya : Doddy Iskandar
Antologi puisi sufi
Cinta Pohon Tamar
"Ya Allah, sesungguhnya aku mencintaiMu dengan sebenar-benar cinta. Mohon jangan kau uji cintaku ini dengan ujian yang tak mampu aku tanggung sendiri tanpaMu.."
Pada ana cinta Allah dan Rasul cinta mutlak. Ianya tiada pertikaian. Sesuatu yang tidak boleh sama ertikan dengan cinta sesama manusia.
Kerana cinta manusia Allah dan RasulNya telah memberikan guideline bagaimana menguruskan cinta sesama manusia.
Wallahua'lam.
(",)
syukran atas alasan itu...
Mungkin kita ada yang perlu dibahaskan...
Tapi apa pun, cinta itu sesuatu yang subjektif. Manusia ada alasan sendiri... Apa2 pun ana hargai komen nta....
Post a Comment