..:: Kenangan Lalu ::..
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.....
Salam perjuangan kepada sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang di sayangi.....
Alhamdulillah.... ana masih di beri lagi peluang unuk menjadi seorang hamba yang mengejar cintaNya.....
Alhamdulillah... sekarang dah masuk minggu kelapan kuliah. Semakin sedih hati ini. Sdih mengenangkan apabila semakin sedikit masa untuk diri ini di bumi tarbiahku (UPSI).....
Semester 7 yang di hadapi sekarang banyak mengajarku kehidupan. Walau pun diri ini tidak meyangka akan menuntut ilmu di sini, tetapi ana tetap yakin dengan pilih ALLAH s.w.t. Alhamdulillah.....
Teringat ketika ana masih di matikulasi. Di akhir semester 1, ana bertekad mengisi borang untuk menyambung pelajaran ke UPSI. Entah kenapa ana begitu yakin dengan pilihan ini. Walau bagaimanapun, di semester 2 hati ana bebagi dua. Sama ada untuk meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan atau ke bidang nuklear.
Walaupun hati bebagi, ana mendapat support dari keluarga, pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat praktikum. Mereka yakin yang ana boleh ke bidang pendidikan. Bak kata 'ayah angka' ana (pensyarah fizik), "ambillah bahagian pendidikan. Senang untuk kamu urus rumah tangga". Bila mendengar sokongan yang kuat di beri oleh orang yang di sayangi, aku semakin di rudum keliru.
Selepas itu, diri ini meminta pendapat kelaurga. Emak tak kata banyak. Emak hanya meminta ana berfikir mana yang terbaik. Arwah nenek pula seperti mengharapkan ana untuk menjadi guru. Keliru dengan hati. Ada dua pilihan. Alhamdulillah..... inilah yang dikatakan, "jika kita yakin dengan ALLAH s.w.t., pilhanNya tepat".....
Semasa mengisi borang ke universiti. Ana hanya bertawakal. Berserah kepadaNya. Alhamdulillah.... maka di UPSI pilihan yang tepat.....
Selepas ini ke mana pulak ana? Pernah juga bertanya kepada emak. Jika satu hari nanti kalau ana menyambung pelajaran ke luar negara. Emak hanya menjawab satu ayat, "boleh, tapi kena khawin dulu. Lepas tu nak pergi mak tak risau".
Ana hanya tersenyum.... Allah.... khawin pulak.....
Sejak akhir-akhir ini, ana banyak berfikir. Berfikir tentang masa depan. Masa depan yang akan di tempuhi. Dalam membina kelaurga yang sakinah warahmah......
Sahabat-sahabat ada juga telah menjemput ke walimah meraka.... Sambil tersenyum, "Alhamdulillah..... insya ALLAH keluarga sakinah untukmu".....
Sahabat-sahabat yang banyak ke gerbang perkahwinan.... Maka ramailah anak-anak buah ana lepas ni.... :-)...
Insya ALLAH yang terbaik:
Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak.
“ Susah dipetik, susah digapai”.
Terkadang itu, epal itu risau,
“ Kenapa diriku belum dipetik?”
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan sebenarnya Allah telah menjadikannya begitu tinggi mertabatnya…
sehingga tiada siapa yang berani memetik…
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu… mungkin tidak di dunia, namun di akhirat.
Biarlah jodoh tidak di dunia,
asalkan cinta Allah mengiringi…
1 comments:
nak komen lebih2 tak pandai..tapi bole la baca tulisan saya kat blog saya...
ttg lelaki beriman...ade tapi tinggal skit jer..cuma tak menonjolkan diri..
zaman skrg ni pun ade lagi teman saya yg bole khatam quran setiap hari...
http://akuhuduh-kedai-iman.blogspot.com/2009/08/kalu-la-aku-jadik-muslimah.html
Post a Comment