Tuesday, September 15, 2009

..:: Adakah Aku Berkesematan Lagi ::..

Assalamu'alaikum warahmatulllah wabarakatuh.....

teringat satu bait kata2;

"Sesungguhnya apa yang kudambarkan. Adalah cinta ALLAH YANG ESA. Kerana cinta kepada Rasulullah, berarti cinta kepada ALLAH". (bait-bait lagu Hijjaz)

"Untuk memiliki cinta ALLAH, kita kena jadi hamba ALLAH yang sebenar2nya. Jika kita hanya berkata-kata ingin memiliki cinta ALLAH tapi nilai hamba ALLAH yang sebenar tak di lakukan, maka jgnlah kamu menginginkan cintaNya" (kata-kata seorang sahabatku dalam sebuah kuliahnya)


Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahhuakbar......

Sudah akhir Ramadhan rupa-rupanya. Semakin sedikit bulan tarbiah ini ingin meninggalkan ku. Bagaimana mutu ibadahku?


Adakah aku gagal untuk menikmatinya? ALLAH.... sesungguhnya hati ini semakin sayup ingin meninggalkan bulan ini. Kerana aku semakin takut dan bimbang, jika Ramadhan tahun depan tidak dapat aku menghayatinya lagi.....

Ya ALLAH..... berikan aku kekuatan untuk aku meningkatkan lagi apa yang Kau berikan ku sekarang ini. Supaya aku tidak terleka dengan kemewahan dunia ini. Aku tak mahu untuk terus dalam keadaan lalai Ya ALLAH......

Melihat waktu sekarang ini, ramai yang berpusu-pusu ke pasar2 untuk membeli persiapan berhari raya. Ya ALLAH, aku memohon supaya jangan masukkan diriku dikalangan mereka. Masukkanlah aku dikalangan orang2 yang beringat. Ingat atas segala2 yang perlu aku lakukan sebagai hambaMu....

Melihat keadaan sekarang, adakah malam Lailatul Qadar telah bertandang? atau masih belum?... Jika malam Lailatul Qadar telah berlalu, aku memohon sangat Ya ALLAH, supaya aku di beri peluang untuk merasinya dalam hidupku. Untuk Ramadhan akan datang. masih sempatkah ku?

Teringat satu firman ALLAH s.w.t;

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Qur`an) pada Lailatul Qadar. Dan tahukah engkau apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Allah SWT untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS Al Qadr 1-5).

Ya ALLAH...... Kau sediakan kenikmatan yang sentiasa di tunggu2 oleh setiap orang yang beriman. Nikmat yang tak ternilai..... Adakah aku masih sempat????

Ya ALLAH.... aku memohon hanya padaMu supaya aku di pertemukan malam tersebut. Berkanlah umurku ini adalah jualan kepadaMu. Kerana hidupku hanya untukMu....

Sekian, Selamat Tinggal Ramdhan yang Dirindui..... :-(

2 comments:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad September 15, 2009 at 4:39 AM  

salam lailatulqadar.
Terus berusaha meningkat ibadah dalam hari-hari yang berbaki ini..Semakin lama perjalanan dalam bulan ramadhan ini, tingkatkan gear kepada gear paling laju, jangan dikuti orang ramai yang rata-rata memperlahankan gear dan tidak kurang mereka yg menggunakan gear reverse..

AkuHuduh September 22, 2009 at 10:37 AM  

emmm..tak guna bicara benda yg dah lepas...ramai org tak sedar satu lagi malam yg mulia..iaitu malam lailatur jaizah..iaitu malam anugerah
ade 5 malam yg barang siapa tak tido tuk beribadat hingga ke subuh maka allah beri 3 perkara
1)wajib syurga
2)allah perkenankan permintaannya
3)allah hidupkan hatinya sedangkan hati org lain mati

5 malam tu ialah malam lailatur jaizah/ malam 15 syaaban/ malam tarwiyah/malam arafah/malam nahar
sahabatsaya meninggal kul 12 malam pada malam laitur jaizah tahun ini.alhamdulillah...malam akhir ramadan tahajudnya kuat, dari kul 3 pagi sampai ke subuh.hari raya bagi mukmin sejati hanya di syurga. dunia penjara bagi mukmin sejati syurga tuk org kafir..

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP