..:: Pemergian Yang di Sayangi Pada Ramadhan Kedua ::..
Bismillah hirrahmannirrahim……..
Salam pembuka cara….. Salam perjuangan….. salam lembayu Ramadhan……
Ku ucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana masih di beri kesempatan untuk bersama-sama dalam menjalankan kehidupan yang telah di tetapkan…..
Keindahan dalam menyingkap kehidupan yang penuh bermakna…. Dalam mencari kenikmatan hidup yang sebenar…..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..........
Alhamdulillah..... kini aku menjejakkkan sekali lagi langkah perjalananku dalam medan pentarbiahan lagi.... AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN....
Menjadi pengembara yang sebenarnya menjadikan diri kita banyak mengenal diri. Kenangan lalu banyak mengajarku erti kehidupan. Teringat aku ketika kecil. Masih lagi bertatih-tatih dalam mencari siapa aku? Untuk apa aku di hidupkan? dan apakah tugasku?
Perjalan hidup selama 22 tahun ini banyak mengajarku. Bak kata pepatah ”EXPERIENCES IS THE BEST TEACHER”........
Ketika kecil aku sering di beritahu erti kita hidup. Dingatkan oleh seseorang orang yang amat aku sayangi dan kagumi…. Arwah nenekku (HJH TOM BINTI HJ YUSUF)… Selau aku bertanyanya tentang hal-hal berkaitan agama…. Persoalan-persoalan yang timbul dalam diri. Seseorang yang juga aku anggapnya sebagai “TOK GURU”….
Selalu juga diingatkan tentang solat. Disiplin solat. Itu adalah amat dia tekankan. Kekandang aku juga kurang mengerti erti di sebaliknya ketika kecil. Semakin meningkat dewasa dan mengenal siapa diri ini, aku semakin mengerti. Erti kehidupan dan matlamat hidup.
Bila dia tiada, semakin aku merinduinya. Merindui untuk berdiskusi hal-hal agama......
Kadang-kadang aku mengakui yang aku sendiri teramat merinduinya. Walau bagaimanapun, aku amat yakin bahawa Allah menyanginya lebih dariku.
Alhamdulillah, kerana Allah menjadikan dia untuk mengajarku erti hidup dan mengenalNya. Apabila Ramadhan datang, aku teringatkan kenangan bersama. Terlalu banyak kenagannya. Selalunya aku dan arwah akan memasak untuk berbuka. Kenangan memang bayak. Walau bagaimanpun, itu adalah kemanisan hidup. Walau arwah tiada, tetapi aku sentiasa menyayanginya. Dan hati ini akan sentiasa mengingati segala apa yang pernah di ajar. Semoga ALLAH merahmati rohnya dan meletakkanya di sisi orang-orang beriman. Amin........
1 comments:
salam ukhwahfillah.... redha dan bersabarlah menerima takdir Ilahi, yang pergi tkkan kembali lagi, malahan kite yang hidup akan mengikutinya nnti, kerana mati itu perkara yang wajib kite imani. Apapn moga2 kite dapat membuat persiapan yang secukupnya sebelum kembali mengadap Ilahi. Mudah2an CINTA ILAHI menjadi milik kite...
Post a Comment