Thursday, February 26, 2009

.::Pilihan::.

Assalamu'alikum w.b.t...

Pilihan tajuk ana pada malam yang indah ini... (Entah apa2lah budak ni).
Tiba2 je nak tulis pasal ni. Mungkin baru saja terlintas tentang pilihan...
Pening juga kalau kita ni kene buat pilihan. Sama ada pilihan sendiri atau orang lain?? what do you thing? Anda nak pilih pilihan anda atau tidak? atau nak ikut pilihan orang lain?


Anda jawablah sendiri. Ana manalah tahu apa yang ada di hati anda semua. Sebenarnya ana baru lihat2, tengok2, analisis2 sikit pasal orang di kalangan ana sendiri( nak buat macam mana, dah perangai ana menganalisis orang, tapi ana tak ikut pengaruh mata, kerana pandangan mata banyak menipu). Banyak dikalangan kita yang ikut pilihan sendiri atau orang lain? Maaflah ana tak sempat nak buat analisis data tentang tu. Tapi mengikut statistik awal(ewah2, mcm pensyarah pulak, insyaALLAH bakal bergelar DR. NURULFAZLINA AIN BINTI RASOL, amin................)banyak yang ana temui, mereka memilih pilihan sendiri. Walaupun, banyak orang mengatakan sesuatu yang di sebalik tentang pilihannya....


Tapi kalau ada yang dapat tepat dengan pilihannya, itu rezeki Allah. Tapi kalau yang salah macam mana? Ana cuma terfikir, alangkah seronoknya jika pilihan kita itu tepat. Sebab tiba2 ana tegerak untuk melihat gambar2 yang ada dalam ltp ana ni. Tiba2 tertarik pada gambar pok teh ana. Bestnya dapat pilihan yang tepat. Sama cantik, sama bijak, sama kuat pegangan agamanya dan sama kelakar. Walaupun pada dasarnya pok teh ana tu memanglah orang yang kuat jemaahnya. Pada mulanya ana takut juga nak borak2 dengannya tapi, bila dah mula..... habislah diskusi kami bermula sambil isterinya pun tersenyum....


Ana seronok sangat bila lihat bertapa beruntungnya A'yas Wajad dapat walid dan umi yang kuat pegangan agamanya..... Hasil dari orang yang soleh dan solehah akan dapat anak-anak yang soleh dan solehah insyaALLAH.... bila tengok A'yas, diri ini banyak bermuhasabah dalam membuat pilihan. Bukan senang nak buat pilihan dalam hidup. Lebih2 lagi tentang jodoh. Walau bagaimanapun, Pilihlah 4 perkara penting iaitu, keturunan, kecantikan, kekayaan dan agama. Tetapi pilihlah agama sebagai perkara utama dalam membina sebuah keluarga yang sakinah serta di berkati Allah....

0 comments:

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP