Thursday, February 12, 2009

Bismillahhir rahmanirrahim......


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t., ana masih diberikan peluang menikmati segala nikmatNya. Nikmat yang tak ternilai. Terlau besar dan bernilai nikmat-nikmat tersebut. Cuma diri ini terkadang alpa dan leka dengan segala tanggungjawab dan tiba-tiba tersedar di pertengahan jalan ini. Syukur, masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri. Kerana terlalu takut akan kepapaan yang akan dihadapi ketika bertemuNya, menjadikan diri ini sering mengingatkan diri supaya menjadi seseorang yang mempunyai matlamat.

Alhamdulillah…. Sudah 1 minggu lebih kuliah bermula….. ana kembali selagi lagi ke UPSI selepas bercuti selama 1 minggu. Cuti? Rasanya ana tak cuti pun. Sebab cuti di kampung bawa sekali dengan assignment. Nilah akibatnya jika lattop tinggal di kampung. Nak buat macam mana… dah salah sendiri, terpaksalah tanggung.

Naik cuti ni… ana agak kurang sihat. Ujian Allah…. Tapi ana terima dengan redha. Semoga diri ini kuat menghadapinya… mungkin Allah nak ingatkan ana padaNya…. Mungkin semasa sihat, ana mungkin lupa padaNya. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya. Oleh sebab tu, ana tak dapat nak ikut timetable yang telah tersedia. Dengan mutaba’ah yang adakalanya tak dapat di ikuti. Sedih juga hati ini, tapi semua itu hanya Allah je yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Ana juga nak mintak maaflah kepada semua sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sekali yang terasa dengan perangai ana sejak akhir-akhir ini. Ana pun tak tahu…. Mungkin ujian yang melanda ini, menyebabkan ana lebih banyak bermuhasabah diri ini. Lebih merasa kekurangan yang ada pada diri ini perlu diperbetulkan untuk menjadi pejuang.

Pejuang??? Adakah diri ini layak menjadi pejuang??? Adakah cita-cita ini akan tercapai?? Atau sekadar manis di mulut tapi hati ini macam mana??? Banyak yang perlu diperbetulkan…… menjadi seorang hamba yang bercita-cita kepada memiliki cintaNya…. Seperti kata-kata bijak pandai, “Kejarlah cintamu seperti kamu mengejar cita-citamu”…. Kadang-kadang diri ini terfikir, “aadakah tahap aku mengejar cita-citaku lebih dari aku mengejar cintaku???”. Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengapai cintaMu. Aku terlalu rindukan apa yang pernah Kau berikan kepadaku…. Adakah aku masih diberi peluang lagi…. Ya Allah, janganlah kerana kesibukanku dalam melaksanakan segala tugasanku, aku menjadi lalai dalam meluangkan masa yang terindahku besamaMu… kerana itu adalah masa yang aku tunggu setiap malam, aku terlalu lemah jika masa yang aku ada ini, tidak akau gunakan sebaiknya… masa bersamaMu adalah nikmat yang paling best……”

Pening juga kepala ni…. Sambil menekan papan kekunci ni… rasa tertekan ada juga menyelinap ke dalam diri. Terlalu banyak tugas yang perlu ana laksanakan…. Pening?? Bolehlah.. ana tak nak hipokrit… tapi inilah masa yang paling best….. mesti ramai yang kata, “apalah, masa banyak assignment dikatanya masa best???”…. sebab ana memang berperangai macam ni… pelik, tapi benar. Sebenarnya, walaupun banyak tugasan, ana rasa sesuatu yang mungkin orang lain tak rasa… entahlah, mungkin ada maksud tersirat. Pada ana, apa yang ana buat, semuanya kerana ALLAH. Memang best bila segala-galanya keranaNya….. Entah apa-apalah coretan ana kali ini… baca jelah ye…. Moga-moga dapat menghilangkan boring antum semua……

Untuk mengakhiri coretan ana kali ini, ana suka membawa sedikit kata-kata…

“Bila engkau letih dan hilang rasa semanagt, ALLAH tahu bertapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa disisimu. Bila engkau telah mencuba segala tapi, tidak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaiaannya. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAH adalah jawapnya…”

*Semoga mendapat sesuatu dari coretan kali ini…..

0 comments:

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP