Terima Kasih Emak
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh….
Sekian lama menyepi, akhirnya ALLAH s.w.t membuka hati ku untk menulis. Diberikan kekuatan untuk meneruskan perkongsian ilmu. Walaupun pada dasarnya diriku masih kefakiran ilmu.
Alhamdulillah… masa yang diberi oleh ALLAH s.w.t untuk memuhasabahkan diri. Kegagalan yang pertama mengajar aku erti sebuah kenikmatan. Apa yang diharapkan adalah keredhanNya. Membantu aku untuk mendapatkan ketenangan dari ujian yang baru sedikit ini. Masih banyak lagi ujian yang menanti.
Syukran jazilan kathira kepada semua yang sentiasa bersamaku. Emak, adik beradik, seluruh keluarga, sahabat seperjuangan dan guru-guru yang sentiasa berada bersamaku sama ada senang atau susah. Kedukaan yang bertindak kepada tindak balas negative. Tindak balas negatif yang diganti dengan tindak balas positif, insya ALLAH… Doa’akan ana…
USRAH
Alhamdulillah, tanggal 6 Oktober 2010 ditemani oleh emak untuk ke kedai buku. Terima kasih emak sebab sentiasa bersama anakmu ini dalam mengembalikan keyakinan yang diuji.
Kesian dengan emak. Baru sahaja balik sekolah, terus menemani anakmu ini ke kedai buku.
Alhamdulillah… semasa dalam perjalanan, emak menceritakan tentang keadaan manusia di sekolah. Aku sekadar mendengar dan memberi pandangan jika perlu. Emak banyak pengalaman… Aku yang masih bertatih-tatih dengan dunia pendidikan masih memerlukan tunjuk ajar. Maka, emaklah SIFU utama dalam hidupku.
Semasa dalam usrah kami, maka keluarlah satu nasihatnya padaku iaitu, “jika masuk sekolah, jangan anggap semua benda kita tahu. Minta tunjuk ajar dari senior. Jangan sombong. Belajarlah dari perkara tak tahu kepada tahu. Bukan dari tahu ke tak tahu” (lebih kurang gitulah)
Alhamdulillah… walaupun nampak biasa nasihat tu, tapi pengalaman emak memberikan kesedaran kepadaku tentang nilai ilmu dalam hidup. Jangan bersikap sombong kerana kita adalah konon-kononnya serba tahu. Banyak yang perlu belajar dalam hidup. Hidup bukan belajar dari teori sahaja, tapi mesti dipaktikkan. Begitu juga ilmu. Mesti amalkan.
SAYA TIDAK TAHU
Teringat tentang satu pengisian dari pembacaan.
Satu kisah yang diceritakan;
Seorang lelaki menempuh perjalanan yang sangat melelahkan dari Maghrib (Morocco) ke Madinah. Dia membawa beberapa soalan yang hendak ditanyakan kepada Imam Malik. Soalan ini dititipkan penduduk kampungnya untuk mendapat jawapan lansung daripada Imam Ahli Madinah termasyhur itu. Dengan prasarana pengangkutan yang sangat sederhana, perjalanan ini mengambil masa berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.
Setibanya di Madinah, dia segera menghadiri masjid Imam Malik. Dihadapan semua hadirin, lelaki ini segera menyampaikan soalannya. Namun jawapan Imam Malik ialah, “Saya tidak tahu. Masalah ini belum berlaku di negeri kami. Tidak pernah berbicara tentang masalah ini. Kembalilah esok”.
Pada keesokannya, lelaki itu kembali memimpin keldainya dan bertanya kembali kepada Imam Malik jawapan semalam. Imam Malik menjawab, “ Aku masih belum tahu jawapannya”.
Orang itu berkata, “Wahai Abu Abdilla, soalan ini dititipkan oleh penduduk motaku di Maghrib. Mereka berkata bahawa tidak ada orang yang lebih alim daripada tuan di muka bumi ini. Apa yang harus aku katakana kepada mereka nanti?”
Sekali lagi Imam Malik menjawab dengan ringan, “Apabila kamu telah kembali kepada mereka, beritahu mereka bahawa Malik tiak tahu”.
PENGAJARAN
Jika tidak tahu sesuatu perkara atau tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, maka katakanlah “saya tidak tahu”. Kerana itu adalah lebih baik kerana kita akan belajar dari perkara yang tak tahu ke perkara tahu dengan bantuan orang yang lebih faqih sesuatu ilmu tersebut… WALLAHU’ALAM…
Note penting: kepada sahabat-sahabat ex-SMKSM yang mendengar khabar ana telah berkahwin, sila lupuskan gosip tersebut ye… bahaya tu.. saya masih belum berkahwin… Cuma akan berkahwin… huhu… Wallahu’alam….
3 comments:
Kasih ibu tidak bertepi...
Yg Syurgaku dibawah tapak kakinya,
CG TG
salam
tapi zaman skg org dah rasa dia terlebih pandai..
xtau pun ckp tau..
kl btul2 xtau pun jwb, 'sy rasa...'
Aduh, mcm mana tu?
wa'alaikummussalam waramatullah wabarakatuh....
na'am. Sebab sekarang ramai yang ego. Tidak mahu terima kelemahan dalam diri. Ana tertarik dengan penulisan seorang sahabat.
Kesimpulan yangdapat dibuat dari penulisannya ialah ramai orang zaman sekarang suka menunjuk pandai dengan pandangan sangkaannya bukan dari ilmu serta pandangan ulama' yang faqih bab2 tertentu.
Jadi, belajarlah untuk terima sesuatu dengan belajar dari asasnya. Tanyalah jika tidak tahu, dan jika anda tahu, katakanlah alhamdulillah... kerana ALLAH s.w.t menghantar seseoranh untuk ingatkan kita.
Kata guru ana, Belajar mesti sampai habis. Maksud belajar tak semestinya kena menadah kitab sahaja, tapi kena belajar tentang kehidupan.
Belajarlah dari perkara tak tahu kepada tahu. Buang ego, kerana Rasulullah s.a.w juga belajar dari tahap tersebut. Rasulullah yang mulia itu suka akan sifat merendah diri, kenapa kita tak suka akan sifat itu?? sekadar pandangan dari hamba ALLAH yang kurang ilmu....
~Belajarlah untuk memahami~
Post a Comment