Thursday, January 15, 2009

Masa yang terus pergi....




Alhamdulillah... dapat juga ana menulis di blog ana ni... walaupun banyak tugasan2 dalam hidup ni yang perlu dilaksanakan, tetapi Allah memberi peluang kepada ana juga akhirnya. Sudah 2 minggu kuliah bermula di UPSI. Ana sangat gembira sangat bila sampai di UPSI dan terlalu teruja untuk memulakan kuliah...


Sudah 2 minggu timetable kehidupan ana di isi dengan aktiviti2 di kampus... Alhamdulillah, mutaba'ah juga berjalan dengan lancar. Semoga Allah merahmati perjalan hidupku..... Sem ini, ana rasa tenang sangat, walaupun pada dasarnya memang sem ini is the killer untuk sem ana. Mana taknya kami ada 2 micro teaching siap dengan projek dan 1 proposal... Mantap!!!! takbir, ALLAHUAKBAR!!!


Ewah2 terlebih2 pulak semangatnya... nak buat macam mana, dah ada semangat. Lagi 1 minggu nak balik kampung. Erm.. ana tak rasa nak balik pun. Bukan apa, ana terlalu gembira sebab dapat jumpa buku2 di library..... Tapi ana nak bagi nasihat sikit pada sahabat2 dan sahabiah2 yang terlalu sibuk tu.. ingat! masa dengan Allah perlu lebih di pentingkan... walau macam mana sibuk pun kita, masa bersamanya perlu di ambil kira... Sebab kekutan kita adalah milik Allah..
Alhamdulillah, ketenangan yang ana dapat juga berpunca dari proses tarbiah yang Allah lakukan kepada ana semasa sem lepas. Mungkin benar kata akhwat ana, ujian yang berlaku kepada kita sebenarnya adalah kekutan untuk kita menghadapi ujian masa hadapan... syukran kak irah! segala nasihat aka, tetap ana akan ikut. Ingat! hati kita mudah berubah, lebih cepat perubahanya dari air yang sedang menidih......

JIHAD FISABILILLAH... TAKBIR, ALLAHUKBAR!!!!!

0 comments:

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP