Thursday, September 30, 2010

Melihat Tanpa Bertemu

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh….

Sekadar perkongsian untuk semua. Perkongsian cerita dari sedikit pembacaan.... Semoga bermanfaat untuk semua…

Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditermui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.

Pengembala itu pun bertanya:

“Adakah kau nampak kerbau pak cik yang hilang?”
“Oh, kerbau pak cik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?”Tanya budak itu.
“Ya,ya….” Jawab pak cik itu dengan cepat.
“Rasanya kerbau pak cik itu dah tua…” tambahan budak itu
“Betul, betul, kerbau pak cik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?”
“Kerbau pak cik tempang kaki kanan yang di sebelah hadapan bukan?”
“Betul, betul. Tunjukkan kerbau pak cik itu di mana?”
“Maaf pak cik, saya tak jumpa kerbau pak cik…”kata budak itu .

“Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pak cik. Kerbau pak cik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata. Jangan bergurau, pak ck nak cepat ni….”
“Betul saya tak nampak, pak cik,” balas budak itu lagi.
“Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat kerbau pak cik?”
Budak itu tersenyum.
“Macam ni…” kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.

“Tengok umput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pak cik. Ini kesan ragutannya…” budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
“Ya. Memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pak cik? Bukankerbau lain?”

“Cuba pak cik liat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah yang disebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah… ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada lansung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang…”

PENGAJARAN:

Tidak semestinya sesuatu itu perlu dilihat untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah ALLAH, kita tidak perlu melihatNya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. CUKUP DENGAN MELIHAT CIPTAANNYA… SUBHANALLAH….

Tuesday, September 28, 2010

Debu-Debu Dosa

video

Wednesday, September 22, 2010

HARAP MAAF. BLOG ANA SEDANG DISELENGGARA.... INSYA ALLAH AKAN DIBAIKI SECEPAT MUNGKIN....

Sunday, September 19, 2010

TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP