Tuesday, October 20, 2009

..:: Nilai Tarbiah ::..

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.......

Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahukabar.....

Lailahailallah malanarabunsiwa.....

Alhamdulillah, coretan ku kembali bertandang ke gerbang penulisan. Hari-hari yang menjelang. Penuh kesibukan, penuh kepenatan. Tapi.... bagaimana dengan tarbiah dalaman ku????

Banyak merungut dan banyak kritikan yang di dengar apabila kita berada dalam kesibukan. Sibuk menguruskan hal keduniaan. Hingga lupa, lupa, lupa siapa kita. Hari yang di titi hampir tiba ke penghujungnya. Tapi adakah benar ini penghujungnya?

Banyak berkata, tapi kurang berfikir. Kurang berfikir tentang nilai cinta bersamaNya.

ALLAHUKABAR!!!!! Sesungguhnya nilai ujian yang Kau bentangkan di hadapanku adalah ujian penguat hatiku bersamaMu....

Bila kita berfikir, berdiskusi pasal tarbiah. Ada yang rasa lemah. Seperti lemahnya kita bersamaNya. Kerana nilai tarbiah yang ALLAH s.w.t tebarkan kepada kita kadang kala tidak pernah kita hargai.... Asatagfirullahal'azim....

Meniti hari-hari dalam kehidupan membuatkan ku banyak berfikir. Berfikir tentang satu nikmat yang paling dekat denganku. Paling hampir yang paling ku sayangi....

Alhamdulillah, semasa makan tengah hari tadi, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi....
Ada mesej masuk. Melihat di 'skrin' telefon, seorang sahabatku memebrikan satu ingatan buatku. Mesej yang menyedarkan ku tetang sesuatu. Menyegarkan ku tentang tarbiah... Subahanallah... Syukur kepada ALLAH s.w.t kerana mengerakkan hati serta jari jemari sahabatku untuk menghantarkan mesej tersebut kepada ku.

Perkongsian kepada semua tetang mesej tersebut;

Tarbiah tak kenal lelaki, perempuan, tua, muda, senior, junior, cikgu math, cikgu pai dan sebagainya.... Tapi bila berada dalam tarbiah, apa ertinya tarbiah yang kita terima jika kita masih jauh lagi dengan ALLAH s.w.t, masih jauh dengan amal jama'i, masih jauh dengan sahabat, masih nak bertengkar walaupun perkara kecil... Tingkatlah kekuatan dalaman. Jangan hanya pandai bercakap tapi tak tahu nak buat. banyakkan buat kerja, kurangkan bercakap. Orang yang ada tarbiah kerjanya mesti DISIPLIN. Moga amal-amal kita diterima ALLAH s.w.t

Suhanallah..... Sukran sahabat.

Kadang-kadang, diri ku perlu juga di 'basuh'. Hati perlu juga 'cucian'. 'Cucian' yang penuh dengan kesedaran diri. Sebab diri ini banyak juga kekurangannya.... Telalu banyak....

Walau bagaimanapun, setiap apa yang kita lakukan, lakukanlah dengan penuh ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t. Penuh rasa kehambaan. Penuh rasa kecintaan. Kecintaan yang benar-benar bersamaNya.

Sekadar coretan dari oarang yang banyak kekurangan ilmu....

Wassalamu'alaikum....

1 comments:

Hawa Mahabbah October 21, 2009 at 3:30 AM  

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmanirahiim..

Orang beriman menyedari bahwa Allah sedang mengujinya. Dia juga menyedari bahwa segala hal dalam hidup ini adalah tidak kekal. Al Qur’an menyatakan bahwa Allah akan menguji manusia melalui kebaikan dan keburukan.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (QS Al Anbiya', 21:35).

Dengan alasan ini, orang yang hidup sesuai dengan Al Qur’an mengetahui bahwa bukanlah nikmat yang dia terima, melainkan sikapnya terhadap nikmat tersebutlah yang bernilai di hadapan Allah.

Allahualam. Astaghfirullahalazim..

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP