..:: Merawat Diri Dengan Al-Quran ::..
Persoalan:
Mengapakah seseorang manusia itu masih juga diserang (diganggu) berulang-ulang kali dalam hidupnya walaupun telah membuat rawatan?
Jawapan:
Manusia terbina dari 2 perkara iaitu jasad dan roh. Jasad terbina dari tanah, manakala roh pula terbina dari 2. Roh yang pertama di kenali sebagai roh tabi’e. Roh tabi’e adalah roh yang terdapat pada benda-benda hidup seperti tanah, sungai, pokok, batu dan lain-lain.
Roh yang kedua pula ialah roh yang terdapat dalam diri manusia yang membenarkan seseorang manusia itu boleh bernafas, melihat, berfikir, dan beribadat kepada ALLAH s.w.t Roh ini di masukkan oleh ALLAH s.w.t yang menyebabkan manusia itu mampu berfikir dan berbeza dengan benda-benda hidup yang lain.
Apabila kita tidur, diri kita berada dalam keadaan mati sebentar. Roh akan keluar dari jasad dan masuk ke satu alam lain. Alam ini adalah alam yang ada di sebalik alam realiti. Dan pada masa itu, diri kita berada pada keadaan lemah. Aura yang ada pada kita adalah berada pada keadaan gelombang yang lemah.
Jika seseorang yang membina pendinding kepada dirinya semasa tidur, maka diri dan rohnya terpelihara dari gangguan. Oleh itu, setiap manusia telah ALLAH s.w.t perintahkan untuk menjadikan Al-quran sebagai kekuatan dalam hidupnya.
Setiap manusia telah ada dalam dirinya amalan-amalan tertentu. Walaupun seseorang itu hanya membaca Ayatul Kursi, tetapi dirinya dalam dibenteng dari gangguan jin dan syaitan. Seseorang manusia itu dinilai bukan dari banyaknya ayat Al-quran yang mampu dihafal tetapi istiqamahnya dalam menjadikan Al-quran sebagai amalannya hidupnya.
Jin dan syaitan akan menjadi lemah jika seseorang itu semakin berusaha untuk mendekatkn dirinya kepada ALLAH s.w.t Walaupun manusia itu diserang bertubi-tubi, tapi yakinlah bahawa ALLAH s.w.t akan menggantikan pahala dan syurga kepada hambaNya yang sabar dalam ujian. Berdoa’alah supaya kita menjadi hamba yang dicintai oleh ALLAH s.w.t kerana nilai cinta disisiNya adalah lebih besar nikmatnya jika hendak dibandingkan dengan kekayaan dunia.
Hamba yang diuji adalah hamba yang terpilih untuk dicintaiNya….
4 comments:
salam..
semoga terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian dariNya..
wa'alaikummussalam warahmatullah wabarakatuh....
insya ALLAH... perkongsian ilmu.
salam..
syukran atas perkongsian ilmu..
ana juga dalam proses rawatn..
doakan moga Allah sembuhkan sakit yang sudah menganjak ke angka 5 usianya..
insya ALLAH... ujian itu menunjukkan kita di sayangi ALLAH...
menjadi orang yang sabar adalah hikmah pertama sakit
Post a Comment