Sunday, May 30, 2010

..:: Penantian Dari Gaza ::..









ALLAHUAKBAR !!!!

Lanun zionis telah menyerang kapal Mavi Marmara.

Gambar: Antara aktivis yang menjadi mangsa serangan penjajah.


08.30 pagi, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai konvoi tersebut mengalami luka parah akibat serangan tentera penjajah.

08.10 pagi, Mesir/Palestin : Setakat ini 16 mangsa korban akibat serangan Israel yang masih berterusan. (ada laporangan yang mengatakan jumlah korban meningkat ke 20)

Dinyatakan, beratus-ratus tentera Israel(tidak pasti berapa) terlibat dalam operasi menyerang kapal armada pembebasan. Dua tentera penjajah mengalami kecederaan ketika melancarkan operasi itu. Bagaimanapun, wartawan menjelaskan, para aktivis terpaksa mempertahankan diri dan kapal dari dirampas.

Sehingga kini, tentera Israel masih meneruskan operasinya. Dan tidak diketahui sampai bila, operasi serangan ini akan dihentikan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Kabinet menteri Kerajaan Palestin Gaza mengadakan perjumpaan tergempar berhubung serangan itu.

Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Pengawalan Israel melarang media-median Israel menyiarkan mangsa serangan di atas kapal armada pembebasan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Beratus-ratus penduduk Turki merempuh pagar konsul Israel di Istanbul. Mereka mendesak supaya duta Israel dihalau dari Turki. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan berikutan tindakan rempuhan itu.

Mereka(penduduk Turki) yang bertekad merempuh pagar konsul Israel tidak akan meninggalkan kawasan itu selagimana aktivis-aktivis tidak pulang dengan selamat.

07.25 pagi, Mesir/Palestin : Duta Israel ke Turki telah dipanggil Kerajaan Turki berikutan serangan itu.

07.15 pagi, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Israel mengawal perairan pantai Gaza. Kedengaran bunyi tembakan dari bot laju penjajah.

Sebagaimana dinyatakan, Menteri Perang Israel, Ehud Barak yang mengeluarkan keputusan untuk menyerang armada pembebasan ketika perjumpaan dengan pegawai-pegawai tentera.

Sehingga kini, Israel masih membisu dengan apa yang dilakukannya terhadap armada pembebasan.

Gambar: Kapal lanun zionis

Menurut siaran televisyen Israel, jumlah yang terkorban dalam serangan Israel itu seramai 10 orang dikalangan aktivis.

Dijelaskan lagi, penjajah mula merempuh kapal pada jam 4.00 pagi(Mesir/Palestin). Sumber, berita Al-Jazeerah

06.45 pagi, Mesir/Palestin : Pemerintah Turki mengadakan perjumpaan bagi membincangkan tentang serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.

Menurut web berita safa.ps, Dua terkorban akibat serangan Israel ke atas kapal armada, manakala 50 lagi mengalami luka dan cedera.

Terkini: Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza mengecam keras serangan penjajah ke atas kapal-kapapl armada pembebasan. Beliau mendesak supaya keselamatan para aktivis dijamin.

06.11 pagi, Mesir/Palestin : Menurut berita ada kematian di pihak aktivis dan berpuluh yang cedera akibat serangan penjajah.

05.23 pagi, Mesir/Palestin : Aktivis memohon bantuan melalui telefon satelit, terd
apat tiga yang cedera dan memerlukan rawatan segera.

05.21 pagi, Mesir/Palestin : Penjajah pisahkan kapal-kapal serta melepaskan bom gas.

Gambar sebelah: Kelihatan 2 komander Israel yang merempuh naik ke kapal.

05.10 pagi, Mesir/Palestin : Siaran televisyen Turki menunjukkan gambar rempuhan tentera penjajah ke atas kapal-kapal armada pembebasan.

05.05 pagi, Mesir/Palestin : Hubungan telekomunikasi terputus dengan armada pembebasan.

02.21 pagi, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, sebahagian besar dari alat komunikasi armada pembebasan telah
terputus hubungan. safa.ps

Gambar: Bot laju tentera penjajah

02.05 pagi, Mesir/Palestin : Wartawan Al-Jazeerah melaporkan, sejam yang lalu bahawa muncul bot laju tentera Israel berada dalam jarak agak jauh dari armada. Kapal Turki memperlahankan kelajuan agar kapal-kapal barang/kargo dapat mengikut dari belakang. Armada pembebasan mendekatkan jarak antara kapal-kapal agar Israel tidak boleh merempuh.

Sehingga kini, kapal-kapal Israel masih mengekori armada pembebasan dari jarak yang jauh sehingga menemui garisan perairan Gaza dari jarak 60 kilometer sebagaimana yang dimaklum.

Gambar: Helikopter Israel ketika mengepung Mavi Marmara.

Para aktivis telah bersedia bagi mempertahankan kapal-kapal, malah tidak akan membiarkan Israel dengan mudah menguasai kapal.

Masing-masing dari enam buah kapal telah bersepakat tidak akan menggunakan kekerasan, khususnya kapal Turki yang membawa ramai aktivis berlainan Negara..

Sekiranya, tidak berlaku apa-apa rintangan, armada pembebasan akan tiba di perairan laut Gaza pada jam 10.00 atau jam 11.00 pagi esok. Berita langsung dari armada pembebasan
________________________________

01.33 pagi, Mesir/Palestin : Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah menghubungi Kementerian Luar Greek agar melindungi kapal Greek. safa.ps

01.18 pagi, Mesir/Palestin : Menurut TV Turki, helikopter Israel berlegar-legar dari ruang udara tempat pelayaran armada pembebasan. Manakala, kapal-kapal Israel melingkungi kapal-kapal armada pembebasan. safa.ps
________________________________

12.50 pagi, Mesir/Palestin : Tiga buah kapal terputus hubungan. safa.ps
________________________________

12.45 pagi, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, kapal-kapal Israel sedang belayar tidak jauh dari armada pembebasan. safa.ps
________________________________

12.43 pagi, Mesir/Palestin : Tunjuk perasaan di Istanbul membantah tentangan kapal Israel ke atas armada pembebasan di laut. safa.ps
________________________________

12.03 tengah malam, Mesir/Palestin, 31/05/2010 : Sumber Israel menyiarkan berita yang bercanggah mengenai angkatan tentera laut Israel yang mengepung armada pembebasan. safa.ps

Peta: Petak berwarna biru muda adalah lingkungan pelayaran armada pembebasan menuju ke perairan Gaza dari perairan antarabangsa Cyprus. Titik merah adalah kedudukan pelabuhan Ushdud, Israel. Manakala, titik hijau adalah kedudukan pelabuhan nelayan Gaza, Semenanjung Gaza yang merupakan destinasi pelayaran armada pembebasan.
________________________________

11.40 malam, Mesir/Palestin : Tentera laut Israel mengganggu sistem komunikasi sebuah kapal serta menghubungi kapal itu supaya berpatah balik. safa.ps
________________________________

11.28 malam, Mesir/Palestin : Kapal-kapal armada pembebasan telah sampai di jarak 120 batu nautika dari perairan laut Gaza. safa.ps

1 batu nautika : 1.9 kilometer
________________________________

11.00 malam, Mesir/Palestin : Sebuah kapal armada mendapat panggilan dari bot perang Israel yang bertanyakan tentang identiti dan arah tuju.

Sejam yang lalu, seorang wartawan memaklumkan bahawa Israel telah menyiapkan empat buah kapal perang di perairan Gaza menanti ketibaan armada.

Sumber dari berita Al-Jazeerah pula menyatakan, di pelabuhan Ushdud, bot-bot perang Israel sedang menjalankan rondaan.
________________________________

09.12 malam, Mesir/Palestin : Wartawan Al-Jazeerah dari kapal melaporkan, armada pembebasan sedang berlayar menuju ke perairan laut Gaza.

Sebelum itu, wakil dari pertubuhan menyatakan armada pembebasan itu dijangka tiba di perairan laut Gaza pada waktu tengahari esok.

Beliau menukilkan dari media-media Israel bahawa pihak Israel berusaha untuk menyerang armada. Namun, beliau menyatakan, pihak aktivis-aktivis akan mempertahankan diri dan kapal-kapal tanpa menggunakan senjata, seperti pisau.

Beliau turut merasa optimis, bahawa Israel berada dalam keseorangan diri menentang armada pembebasan ini, sedangkan armada pembebasan ini disokong banyak buah Negara.

Wartawan Al-Jazeerah dalam liputannya, berkata 'kami tidak akan membiarkan Israel merampas kapal, kami akan pertahan agar tentera-tentera Israel tidak dapat naik ke kapal dengan cara yang aman'. Sumber, berita langsung dari 'armada pembebasan'
________________________________

09.11 malam, Mesir/Palestin : 2000 penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Vienna bantah ugutan Israel ke atas armada pembebasan.
________________________________

06.38 petang, Mesir/Palestin : Armada menerima panggilan yang memberi amaran sekiranya memasuki perairan laut Gaza. Gangguan komunikasi sesama kapal-kapal armada.

Amin Abu Rashid, dari kapal '8000'(gambar), berkata 'Pihak Berkuasa Penjajah meningkatkan usahanya bagi mengganggu komunikasi(wireless) yang digunakan sesama kapal-kapal dan untuk menghubungi dunia luar.

Bagaimanapun, teknikal armada berusaha memintas usaha penjajah menceroboh wireless armada. Sumber web berita safa.ps
________________________________

Sebagaimana yang dinyatakan[03.25 petang, Mesir/Palestin] dari wartawan Al-Jazeerah, armada dijangka akan berlepas bila-bila masa sahaja menuju ke perairan Gaza dan harapan dapat tiba di Gaza pagi esok, Isnin.

Dinyatakan sebarang kemungkinan boleh berlaku(kullal khiarat maftuhah) apabila bertemu dengan tentera laut Israel.

Para aktivis telah berbincang hari ini bagi mencari persepakatan jika berlaku sebarang penentangan dari Israel, malah keteguhan untuk tidak menyerahkan kapal-kapal kerana armada pembebasan membawa barang-barang dan bekalan bantuan kepada Gaza.

Kesemua kapal yang bakal berlepas ke Gaza dari perairan antarabangsa itu sebanyak enam buah, tiga buah kapal kargo/barang dan tiga buah kapal penumpang(feri dan bot). Jumlah anak-anak kapal seramai 650 aktivis termasuk ahli-ahli parlimen dari berbagai-bagai Negara.

Sebarang perubahan masa dan waktu yang dijangka berlepas tertakluk kepada penyelarasan IHH. Sumber, berita langsung dari 'armada pembebasan'

Sumber, berita langsung dari 'armada pembebasan'

sumber:http://map2street.blogspot.com/

Tuesday, May 25, 2010

..:: Ujub ::..

PENGERTIAN UJUB

Sifat ujub adalah sifat yang melanda umat Islam sekarang. Ia boleh diertikan dengan rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. Ia disebabkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki manusia samaada kelebihan dunia seperti baju yang cantik, pandai berpidato, kejayaan ataupun kelebihan akhirat seperti solat jemaah , qiamul lail, dakwah, zikir dan sebagainya. Ujub adalah tergolong dari maksiat hati yang lebih besar dari maksiat zahir.


PERBEZAAN UJUB DAN RIYA

Riya adalah beramal kepada manusia dan mestilah semasa adanya manusia. Adapun ujub adalah perasaan yang ada dalam yang rasa kagum dan terpesona dengan diri sendiri. Ia berlaku samada depan manusia atau bersendirian. Imam ibnu Taymiyah berkata:


الرياء من باب الإشراك بالخلق والعجب من باب الإشراك بالنفس

“ Riya adalah menyengutui tuhan dengan mahkluk dan ujub adalah menyengutui tuhan dengan diri sendiri.”

Maksudnya bila seorang itu rasa kagum dengan blognya atau bacaan qurannya yang sedap maka dia telah menyengutui tuhan dengan dirinya sebab kehebatan blognya atau kesedapan bacaan Qurannya adalah daripada tuhan. Kenapa dia kagum dirinya dan dalam masa mengetahui ia dari tuhan. Sepatutnya dia hanya kagum kepada tuhannya sahaja.

UJUB DENGAN BANYAKNYA PENGIKUT DAN AHLI

Firman Allah swt:

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi UJUB (kagum) dengan banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. (25 : at-Taubah)

Disini menunjukkan ujub dengan banyaknya tentera (10,000) ketika itu menyebabkan mereka telah tewas pada pusingan pertama. Tuhan menegaskan bahawa banyaknya mereka tidak memberi makna sedikit pun pada buat mereka.

Oleh berhati2lah kepada guru yang rasa kagum dengan banyak anak muridnya, penganjur program yang kagum dengan ramai pesertanya, persatuan yang kagum dengan banyak ahlinya, bloger yang ramai yg banyak follower bahwa banyak tidak memberi makna , malahan mendatangkan kemurkaan tuhan seperti dalam tajuk seterusnya.

MORAL:

KITA TEWAS DAN GAGAL BUKAN KERANA SEDIKIT AHLI TETAPI KERANA PENYAKIT HATI YANG MASIH MELANDA TERUTAMA SIFAT UJUB.

KEMURKAAN TUHAN KEPADA YANG KAGUM DENGAN DIRINYA\

Nabi saw bersabda:

بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة

“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat meneybabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (5789) dan Muslim ( 2088).

Kita digalakkan untuk memakai cantik tetapi dilarang untuk merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat. Lihat betapa murkanya tuhan dengan manusia sebagini sehingga Allah menenggelamkan dia sehingga hari kiamat.
Ingatlah wahai manusia yang kagum dengan dirinya disebabkan:-

- rupa paras yang cantik.
- Bilik yang cantik.
- Petah berpidato dan berhujjah
- Kenderaan yang mahal
- baju yg branded
- rumah yang cantik
- masakan yang sedap
- blog yang menarik
- skill dalam permainan
- result exam yg bagus

Dengan Azab Allah yang akan berikan didunia dan akhirat. Ingatlah ianya dari tuhan, oleh itu kagumlah hanya kepada tuhan bukan diri sendiri.

UJUB PEROSAK AMALAN

Nabi saw bersabda:

ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

Hadis riwayat Bazzar (80) dengan sanad yang hasan.

Imam Nawawi berkata:

“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya akan terbatal amalannya.”

Oleh itu orang yang beramal tidak kira apa amalan tersebut hendaklah menjauhi rasa kagum dengan amalannya seperti mana orang yang qiamullail pada malam hari rasa bahawa dia orang yang baik atau soleh. Berkata Nabi Isa alaihis salam:

يا معشر الحواريين كم من سراج قد أطفأه الريح وكم من عابد قد أفسده العجب

“ Wahai para penolong-penolongku, berapa banyak pelita yang dipadam apinya oleh angin dan berapa ramai orang yang beribadat dirosakkan amalannya oleh sifat ujub.”

Muthrif rahimahullah telah berkata:

لأن أبيت نائما وأصبح نادما أحب إلي من أن أبيت قائما وأصبح معجب
ا
“ Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Ibadah yang sebenar akan menyebabkan hati seorang itu semakin tunduk dan hina dengan tuhannya. Namun ibadah yang menghasilakan rasa kagum dan bangga itu adalah ditolak dan hasil dari tipu daya syaitan. Lihat apa yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata:

“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih dari orang di belakang ku (bila jadi imam) . Aku tidak mahu jadi imam sampai bila2.”

Hendak buat amal itu pun satu benda yg susah tetapi hendak menjaga amalan dari perosak adalah lebih susah. Orang yang berilmu rasa kagum dengan ilmunya. Orang yang memimpin rasa kagum dengan kepimpinannya. Orang yang bertahajud kagum dengan tahajudnya. Orang yang berdakwah rasa kagum dengan dakwahnya. Semua amalan tadi akan dirosakkan dengan sifat ujub itu. Hai ya Allah jaga lah hati-hati kami dari sifat ujub ini.

Kesimpulan

Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Manusia terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Oleh itu hendaklah dia berusha untuk menidakkan sifat ujub tersebut. Yang lebih penting hendaklah dia belajar dari guru murabbi untuk menghilangkan sifat ujub ini. Rugilah jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub. Saya hanya menyebut sedikit sahaja tentang perihal ujub ini, banyaklah lagi tentang bahaya ujub, syptom2 ujub dan penawar ujub menurut Quran, hadis dan para ulama yang perlu dipelajari. Dr Majdi telah membahaskannya dalam kitab Hattim Sonamak dan menganggap manusia yang ujub ini menyembah dirinya. Saya berhasrat untuk mendiskusikan kitab ini pada cuti musim panas insyaAllah.

Rujukan: Hattim Sonamak oleh Dr Majdi Hilali, Minhajul Qasidin dan Sahih Bukhari.

..:: Kuliah Dhuha ::..

Salam Alaik.
Kuliah Dhuha Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbau Al Banjari Al Makki
Baitul Qurro`,PAYASUM,Melaka
Ahad 11 April 2010

Hadis1
-beriman kepada Allah,sifat ubuddiah ditujukan kepada allah bukan kepada manusia dan hanya Allah saja tempat bergantung-beriman kepada Nabi:tak ada nama yang patut dilaungkan oleh kita melainkan nama nabi,
-percaya kepada akhirat,menolak sgla apa yang melalaikan drpd mengingati hari akhirat.
-menerima qadar:musibah yang Allah dtgkn kpd kita hendaklah kita terima dengan redha krn ia dtg utk menguji kta.

Hadis 2
-iman:keyakinan yg mantap,patuh perintah Allah,prcya kpd Allah dgn hati,d akui dgn kalam,dilaksanakan dgn prgrkn.

Hadis 3
-sblm masuk tandas,wk2 tgglkn pakaian baca basmalah

Hadis 4
-menyempurnakan wudhu`:rasakan spt dosa dan noda luntur drpd wajah,baru timbul rasa kehambaan,guna tgn kiri bsuh kaki,-menyempurnakan wudhu` dan hafal 99 nama Allah akn dimudahkan jalan ke syurga danpintu syurga akn trbuka-gunakan lgkah kaki kepada rumah Allah.
-menantikan solat dan slps solat akn melenyapkan dosa2 seseorg

Hadis 5
-mata itu pengikat dubur,hdklh brwudhu` sblm tdo.

Hadis 6
-mandi janabah:klu Seurat rambut atau bulu atau kulit x kena air,akan di siksa di hari akhirat.

Hadis 7
-ssghnya nabi dan isteri mandi bersama dan jgn ssekali mggnkn saki baki air lebihan mandi utk mandi wajib.Wlupun ia tdk wajib,seharusnya mandi guna air yg bersih dan baru dan suci drpd najis.Itu lebih baik.

Hadis 8
-Baul,mani,wadi`,mazi`-baul:air kencing-mani:air yg keluar drp zakar ketika syahwat,
-Mazi:masa berseronokkan dgn isteri,wajib dibasuh,batal wudhu`.klu kena pakaian kena basuh

Hadis 9
-agama itu buakn rasional-x boleh memahami agama dgn rasional

Hadis 10
-anak kunci solat adalah bersuci-sblm solat bersih aqidah,bersih pemikiran,jika tdk solat tdk akn beri kesan,
-bila agkat takbir,semua prkra dunia hdklh ditinggalkan

Hadis 11
-3 prkra jagn ditangguhkan,1.solat2.sudah pasti kematian seseorg-jgn simpan mayat lama2
-klu orgyg mati itu baik,kebaikan akn menyambutnya3.bila gadis dilamar oleh lelaki yg sekufu,sgrakan perkahwinannya.

Hadis 12
-perkataan terakhir nabi sblm wafat iaitu solat dan tggjwab kpd sahaya..***ini mgkut yg diterangkan oleh tuan guru.

Hadis 13
-cara letakkan tgn bila solat1.mazhab hanafi=tgn dibawah pusat2.mazhab syafei tgn di bawah dada3.mazhab maliki:tgn lurus kebwh4.mazhab hanbali:tgn bwh dagu.

Hadis 14
-x boleh pakai baju atau cincin warna merah kerana tak sesuai bila bawak dalam solat

Hadis 15
-klu dtg ke masjid,bila lihat pergerakan imam ketika solat sudah bermula,jgn tggu sampai imam berdiri,kena ikut pergerakan imam.

***Pesan Tuan Guru,sesuaikan pengorbanan dengan apa yang kita peroleh

Wednesday, May 19, 2010

..:: Ingatan Untukku dan Untukmu ::..


“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Tuesday, May 18, 2010

..:: Jom Ke Konvensyen Gerakan Islam dan Persaingan Demokrasi ::..

Tarikh: 22 mei 10 (Sabtu)
Tempat: Hotel Palma, Ampang
Masa: 8 pagi - 2 petang

Gerakan Islam di abad moden mempunyai sejarah yang rencam dan berliku dalam keberadaannya di tengah masyarakat Islam selepas menghadapi zaman gelap penjajahan. Dalam konteks gerakan Islam kontemporari, Ikhwnul Muslimin (1928) sebagai pengasas gerakan Islam modentelah muncul untuk mencabar regim dalam tuntutan untuk mengembalikan khalifah Islam yang tumbang pada tahun 1924 dan pada tahun 1941, di benua Indo Pakistan pula muncul Jamiat Islami yang diasakan oleh Maulana Maududi.

Begitu juga di negara-negara umat Islam yang lain kesedaran untuk mengembalikan syariat Islam telah diusahakan oleh gerakan Islam namun menghadapai saingan sengit daripada gerakan berideologi lain seperti gerkan sosialis yang kadang kala dibuat penyesuaian setempat seperti Baath di rantau sebelah Arab atau Marhaenisme di rantau alam Melayu.Gerakan Islam di pelbagai negara telah memainkan peranan politik dan dakwah yang berkesan terutama dalam era perjuangan menghadapi tekanan dan ujian yang dahsyat seperti yang berlaku di rantau arab, Pakistan, Indonesia, Tanah melayu.

Gerakan Islam telah menghadapi fitnah dan pembantaian yang cukup tragis dengan penangkapan dan pembunuhan yang berlaku di Mesir, Algeria, Indonesia, Malaysia dan syiria.Kebangkitan Islam itu suatu fenomena kesedaran untuk kembali kepada penghayatan Islam sebagai satu cara hidup serta ditandai dengan bersemaraknya institusi-institusi Islam, kesedaran beragama, protes terhadap sistem sekular pragmatis, kerancakan penerbitan bahan-bahan bacaan Islam dan ia juga menjadi fenomena anak muda kelas menengah di negara Dunia ketiga serta gelombangnya bersifat sejagat.

Bermula pada dekad 1970-an, mengalami penyuburan pada dekad 1980-an dan 1990-an dan pelbagai peristiwa dan kejutan dalam masyarakat dunia terutama hegemoni Barat.Di seluruh dunia Islam, kebangkitan Islam adalah protes dan fenomena yang memberi impak kepada parti-parti politik dan dasar kerajaan yang memerintah, yang terpaksa akur dengan tututan masyarakat atau pun mengimbangi dengan program penerapan Islam yang berlaku di Arab dan Malaysia sendiri.

Gerakan Islam secara langsung adalah pihak yang paling mendapat keuntungan dengan fenomena ini apabila semakin ramai orang Islam terutama daripada golongan yang muda yang terdedah dengan maklumat dan Ilmu berkaitan dengan Islam.
Kesedaran Islam yang bersifat sejagat juga menyebabkan mereka mulai kritis terhadap dasar dan perjuangan parti pemerintah yang tidak mesra Syariah dan berpegang dengan ideologi yang asing dengan Islam.

____________________________________________________________________

Acara padat,menarik,menguja akal dan intelektual-bermula pendaftaran,tayangan audio visual, perasmian oleh Ust Nasrudin Tantawi, kata aluan YB Iskandar Samad, Pembentang kertas kerja-Dr Zuhdi Marzuki, Prof Dr Redhuan Othman, Pak Nabil daripada PKS. Juga forum QA, dikendalikan oleh Ustaz Riduan M.Noor.

**Makanan, hotel, fail, buku, kertas kerja, ruang selesa berwacana disediakan. Yuran 20 rm sahaja..Anjuran bersama Pejabat ADUN Cempaka, Lujnah Dakwah DPPP, GAMIS.Sila daftar segera, tempat terhad.

Tuesday, May 4, 2010

..:: Jalan Mengenal Kekurangan Diri ::..

Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan- kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Siapa yg penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu.

Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya.


Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.
Barangsiapa ingin megetahui kekurangan dirinya, maka baginya tertentu
empat jalan:
1. Berguru dengan yang Mursyid
2. Mencari teman yang benar
3. Mendengar celaan daripada musuhnya
4. Bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kembali pada dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada diri nya.

rujukan: Kitab ihya' ulummuddin

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP