Monday, August 24, 2009

..:: Puasa dan Kesihatan ::..


Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:


Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.


Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.


Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:


(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.


Cara berpuasa yang tidak berkesan:


(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam

(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.

(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan

(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.

(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)

(v) Merokok


Fasa-fasa puasa yang berjaya:


Fasa pertama (2-3hari):


Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah


Fasa kedua (3-14 hari):


Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.


Fasa ketiga(14-akhir puasa):


Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.


Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:


(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)

(ii) Makan kerap

(iii) Kuih-muih yang payah dihadam

(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan


Manfaat puasa yang berkekalan:


(i) Kurang makan kerana perut dah kecut

(ii) Kesihatan bertambah baik

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari

puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Sunday, August 23, 2009

..:: Muktamar PPI UPSI ::..

Saturday, August 22, 2009

..:: Pemergian Yang di Sayangi Pada Ramadhan Kedua ::..



Bismillah hirrahmannirrahim……..

Salam pembuka cara….. Salam perjuangan….. salam lembayu Ramadhan……

Ku ucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana masih di beri kesempatan untuk bersama-sama dalam menjalankan kehidupan yang telah di tetapkan…..

Keindahan dalam menyingkap kehidupan yang penuh bermakna…. Dalam mencari kenikmatan hidup yang sebenar…..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..........




Alhamdulillah..... kini aku menjejakkkan sekali lagi langkah perjalananku dalam medan pentarbiahan lagi.... AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN....

Menjadi pengembara yang sebenarnya menjadikan diri kita banyak mengenal diri. Kenangan lalu banyak mengajarku erti kehidupan. Teringat aku ketika kecil. Masih lagi bertatih-tatih dalam mencari siapa aku? Untuk apa aku di hidupkan? dan apakah tugasku?

Perjalan hidup selama 22 tahun ini banyak mengajarku. Bak kata pepatah ”EXPERIENCES IS THE BEST TEACHER”........

Ketika kecil aku sering di beritahu erti kita hidup. Dingatkan oleh seseorang orang yang amat aku sayangi dan kagumi…. Arwah nenekku (HJH TOM BINTI HJ YUSUF)… Selau aku bertanyanya tentang hal-hal berkaitan agama…. Persoalan-persoalan yang timbul dalam diri. Seseorang yang juga aku anggapnya sebagai “TOK GURU”….

Selalu juga diingatkan tentang solat. Disiplin solat. Itu adalah amat dia tekankan. Kekandang aku juga kurang mengerti erti di sebaliknya ketika kecil. Semakin meningkat dewasa dan mengenal siapa diri ini, aku semakin mengerti. Erti kehidupan dan matlamat hidup.

Bila dia tiada, semakin aku merinduinya. Merindui untuk berdiskusi hal-hal agama......
Kadang-kadang aku mengakui yang aku sendiri teramat merinduinya. Walau bagaimanapun, aku amat yakin bahawa Allah menyanginya lebih dariku.

Alhamdulillah, kerana Allah menjadikan dia untuk mengajarku erti hidup dan mengenalNya. Apabila Ramadhan datang, aku teringatkan kenangan bersama. Terlalu banyak kenagannya. Selalunya aku dan arwah akan memasak untuk berbuka. Kenangan memang bayak. Walau bagaimanpun, itu adalah kemanisan hidup. Walau arwah tiada, tetapi aku sentiasa menyayanginya. Dan hati ini akan sentiasa mengingati segala apa yang pernah di ajar. Semoga ALLAH merahmati rohnya dan meletakkanya di sisi orang-orang beriman. Amin........

..:: Berdoa'lah Ketika Berpuasa ::..

1. Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.

2. Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih

3. Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan.. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

4. Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat

5. Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih

6. Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan

7. Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.

8. Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.

9. Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.

10. Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon

11. Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan

12. Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.

13. Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin

14. Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin
15. Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.

16. Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

17. Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.

18. Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.

19. Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

20. "Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

21. Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.

22. Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan

23. Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.
24. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.

25. Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.

26. Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.

27. Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh

28. Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta

29. Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

30. Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

* Semoga kita sentiasa dalam mengejar untuk menikmati keindahan beribadat kepadaNya... ..

SALAM RAMDHAN KAREEM.....

Sunday, August 16, 2009

"Surat dari Kekasih"

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.......

Salam Perjuagan kepada semua yang datang melawat.....

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Doa' juga ku titipkan kepada seluruh keluarga junjungan mulia ini, sahabat-sahabat, pejuang-pejuang Islam yang telah syahid dan seluruh hamba-hamba ALLAH yang istiqamah dalam mempertingkatkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Salam rindu juga kepada semua pejuang Islam yang sentiasa merindui untuk syahid.....

Sudah lama diri ini menyepi. Menyepi dalam menulis di blog ini. Kadang-kadang diri ini ada juga menyinggah di blog ini untuk melihat sedikit perkembangan sahabat-sahabat seperjuangan.

Alhamdulillah.... diri ini merafakkah kesyukuran kepada ALLAH s.w.t kerana di beri peluang untuk menikmati segala nikma-nikmat yang terbentang luas ini. Diri ini banyak menyepi kerana sedang mencari sesuatu yang ingin cuba di perbetulkan.

Lagi pun, ana juga ingin mengelakkan daripada bercerita perkara-perkara yang lagho.....
Bak kata seseorang yang pernahku temui;

" Menulis apabila ada input yang kamu rasa terbaik dapat di kongsi bersama yang lain. Menulis juga adalah dakwah. Seperti juga penulis-penulis di zaman nabi. Elakkan diri bercerita benda-benda yang tak sepetutnya. Jangan jadikan blog antuna sebagai popular kerana hiasan-hiasanya. Tetapi popularkan dengan pengisian"

Kata-kata yang di beri oleh orang yang hebat. Walaupun hanya sekejap bertemunya, tapi hati ini banyak tersentuh dengan kata-katanya....... Alhamdulillah, Allah memberikan tarbiah dalam diri ini.

Baru sahaja tadi, ana ada membaca sebuah artikel. Tajuknya "Surat dari Kekasih".
Sungguh tersentuh dan memberi kesan kepada diri ini..... ALLAH HU ALLAH YA ALLAH....... Kau menyayangiku lagi......

"Surat dari Kekasih".... Erm.... pernah antuna dapat surat dari kekasih?????
Ada di kalangan kita yang dapat surat dari kekasih. Kekasih banyak definisinya. Ada orang mendapat surat dari kekasihnya. Ada isteri mendapat surat dari kekasihnya (suami). Dan juga sang suami.........

Apa perasaan anda bila mendapat surat dari kekasih???? Seronok? Berduka? Kecewa? Apa yang anda rasa. Perasaan yang timbul itu adalah berdasarkan surat kekasih anda.

Jika tulisannya itu indah, maka gembiralah diri anda hingga tersenyum lebih dari "tiga". Begitu juga di sebaliknya.....

Pernahkah ku menerima "Surat dari Kekasihku"?( penyoalan kepada diri ini).....
Tersenyum dengan persoalan ini, diri ini mengangguk.... Alhamdulillah.....
Surat ini adalah surat teristimewa kepadaku....

Apa dia?? Al-Quran.....
Ada sebanyak 114 surah. itulah surat cintaku.....
Bagaimana yang lain????
Ana berharap antuna juga merasa begitu....

Indahkan surat cinta ini. Banyak peringatan kepada diri-diri yang meletakkan ALLAH sebagai cinta utamanya....
Surat ini tak pernah membuatkan kita rasa tersisih. Tetapi sentiasa menyebabkan diri kita di hargai, di sayangi, di belai dan di cintai......
Itulah kelebihan umat Muhammad......

Syukur kerana kita mempunyai surat ini. Tak perlu surat lain.....
Beruntunglah kepada sesiapa sahaja yang dapat menikmati setiap bait kata-kata dalam surat ini.....
Sesungguhnya ALLAH mencintai kita....
Jadi, jangan sia-siakan cinta ALLAH ini......

Sekadar perkongsian....
Semoga dapat di ambil nput untuk memuhasabahkan diri ini.......

Salam dari hamba yang mencintaiNYa yang SATU.....

Tuesday, August 4, 2009

..:: Ya ALLAH Bantu Kami ::..


"Ya Allah, kami memohon kepadaMu supaya hidupkan kami sekiranya ia baik bagi kami. Dan Engkau matikanlah kami sekiranya ia baik bagi kami. Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada kami. Ampunilah kami di atas kelemahan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul-khatimah dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah. Akhirkanlah lisan kami dengan kalimah Lailahaillah, semoga Engkau masukkan kami di dalam golongan Abrar. Sepeninggalan kami kelak, ya Allah Engkau jadikanlah anak cucu kami sebagai pewaris Nabi yang menegakkan kalimah dan agamaMu di saat mana manusia telah banyak melupakanMu. Akhirnya Ya Allah, berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit ini untuk berbakti kepadaMu."

..:: Ingatan Kepada Semua Sahabat dan Sahabiah ::..

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.... Salam Perjuangan kepada semua sahabat dan sahabiah...

Penulisan kali ini hanya mengingatkan kepada semua sahabat dan sahabiah tentang sedikit perkara. Ana pun tak tahulah. Kenapa persoalan2 ini banyak timbul sedangkan banyak lagi dalam jalan perjuangan ini perlu kita lakukan.

Banyak mesej2 serta perbincangan dalam YM, berbincangkan tentang perkara ini. Perkara apa?
Title nya tak lari dari perbincangan tentang 'JODOH'. Pening kepala ana nak jawab soalan ni...

Wahai sahabat2 dan sahabiah2 sekalian, banyak lagi perlu kita lakukan dalam perjuangan ini. Terlalu banyak.... Ana sendiri rasa sedih dengan diri ini. Sama ada diri ini mampu menempuh jalan ini... takut kerana adakah aku mampu melakukan terbaik untuk 'KEKASIHKU, YA ALLAH'.

Bukan ada menolak berbicara tentang ini. Boleh………… Ana boleh terima………. Tapi.... bila berbicara, letakkan ALLAH dalam perbincangan. Jangan letakkan nafsumu.... banyaknya perbincangan hal ini... dikaitkan dengan nafsu. Ana minta sangat...................... tolong letakkan cintamu kepada ALLAH....

Tak salah untuk mencari sekarang, tetapi..... adakah kau bersedia sebenar2nya?????
Mantapkan ilmu menjadi soleh atau solehah.... tak perlu bimbang kerana soleh atau solehah akan datang kepadamu

Berdoa'lah. Kerana doa'lah akan menjadikan kekuatan kepada diri kita.....

Ya ALLAH,
Kurniakanlah aku seorang suami yang soleh,
dia meminangku dan mengahwiniku,
Dan jadikanlah dia seorang sahabatku,
di dunia dah akhirat.
(Doa' kekuatan hamba-hamba ALLAH yang meyakiniNya)


Bukan marah, tetapi sekadar mengingatkan......

Sekian, Wassalam......


Allah Matlamat Kami,
Rasulullah Ikutan Kami,
Al-Quran Pedoman Hidup Kami,
Jihad Adalah Jalan Juang Kami,
Shahid DiJalan Allah adalah,
Cita-cita Kami Tertinggi…

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP