Sunday, April 4, 2010

..:: Mencari Sempadan Cinta ::..

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh…..

Penulisan ku kembali mengisi ruang-ruang blog yang sudah lama menyepi. Syukran kathir kepada semua sahabat wa sahabiah yang mengunjungi blog ana yang semakin sepi sekarang. Bukan sengaja mencari alasan tidak mahu menulis, tetapi secara terus terang ana kurang masa untuk menulis. Mungkin mengambil masa yang lama untuk meng’update’ blog ini.

Alhamdulillah, selama seminggu diri ana ditarbiah oleh ALLAH s.w.t. Menerima segala kekurangan yang ada pada diri dan memperbaiki secara istiqamah. Satu lembaran cerita ana pada minggu ini ialah bermula dengan tarbiah hati. Hebatkan Allah???

Mulanya untuk mengenal diri kita adalah dengan timbulnya perasaan yang berbaur indah atau buruk dalam diri. Teringat kata-kata seorang sahabat;

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia,....batinnya kepada Allah" "Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

Kita fikir rasa keseorangan itu pedih, tetapi bila rasa keseorangan itu menjadi indah dengan adanya rasa bersama dengan ALLAH s.w.t . Tarbiah hati dalam diri mungkin sekadar rahsia antara ana dan ALLAH s.w.t. Mungkin coretan ini hanya ingin membalas pertanyaan khabar dengan memberikan jawapan dari ana yang ana masih sihat dibawa lindungan ALLAH s.w.t.

Kembali kepada coretan seminggu ana di alam praktikal kali ini. Alhamdulillah, selama 3 hari para pelajar di SMKA SLIM RIVER selamat menjalani ujian topical 1. Pada hari pertama menjaga ujian (hari selasa. Hari Isni SMKASR cuti) , memang mengantuk. Tak tahan sungguh mata. Rasa nak kejam je. Tapi digagahkan diri untuk cuba menjaga mata supaya tidak tertidur. Tiba waktu malamnya, ana berfikir tentang pelajar-pelajar yang semakin meningkat remaja. Bagaimana ye ana untuk memahami mereka? Apa topic perbincangan ana dengan mereka? Apa yang mereka gemar dalam hidup mereka?

Fikiran mula melayang pada wajah-wajah setiap pelajar-pelajar ana. Wajah farid, solihin, hamzi, iqbal, kamil, farhana, amira, aisyah, mawaddah, afiqah, masyitah, raja, rusydah, farizah, zainoor, nabila dan semuanya. Cuba mencari jalan untuk segala persoalan dihati. Hebatnya ALLAH s.w.t men’jodoh’kan ana di SMKA SLIM RIVER. Merenung kembali pengalaman mula-mula di SMKA SLIM RIVER, dengan ditarbiah oleh ALLAH s.w.t dengan hati. Kini, ana mengumpul segala pengalaman sebagai kekuatan diri untuk berubah. Tidur ana dengan pemikiran kepada mereka. Diulik mimpi dalam penjelajahan yang jauh untuk mencari makna hakikat sebenar kehidupan sebagai pengembara cinta.

Esoknya ana kembali untuk ke sekolah. Menjalankan aktiviti seharian iaitu mendidik. Tapi hari ini pelajar masih menduduki ujian. Sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, tiba-tiba mata mencari sesuatu. Mencari bekalan. Ana terpandang buku-buku yang tersusun di tempat sahabat kesayangan ana, izyan. Mencari sesuatu di situ. Cari……. Apa ye nak cari? Tiba-tiba ana bertemu dengan sebuah buku. Tajuknya “Tundukkan Hati : Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia”, karangan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Annual Bakri Haron. Tersenyum….. bila ALLAH s.w.t membuka hati ana untuk membacanya. Ana mengambil dengan ‘permission’ dari izyan. Bila tiba ke sekolah, ana pun siap-siap untuk mengambil kertas ujian untuk diedarkan ke kelas. Tak lupa tangan ini mencapai buku yang dipinjam tadi. Sedang sibuk para pelajar menjawab soalan-soalan ujian, ana mengambil sedikit masa untuk membaca buku tadi. Alhamdulillah, pengisian yang baik. Input yang diterima banyak meyedarkan diri. Sedikit perkongsian dari buku ini;

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

“Alangkah bertuahnya manusia di dunia ini apabila ALLAH s.w.t menurunkan nikmat dan ALLAH s.w.t melancarkan lidahnya untuk berkata-kata, ALLAH memperlihatkan kepadanya keaiban dunia serta penyakit yang disebabkan olehnya, juga penawarnya dan ALLAH s.w.t membawanya keluar dari dunia ini dengan keadaan selamat menuju ke akhirat”

Subhanallah…. Hebatnya ALLAH… kata-kata ini adalah kata-kata pertama yang aku temui ketika membuka buku ini. Tajuknya “Zuhud Tanda Bijaksana”. Mantap kupasan yang dibuat oleh Tuan Guru. Bila kita lihat hadis tersebut, nikmat yang disebutkan adalah berdasarkan kepada nikmat kebijaksanaan yang dikurniakan ALLAH s.w.t kepada manusia. Kebijaksanaan adalah berpunca daripada hati dan ia berkait rapat dengan sikap manusia itu sendiri.

Persoalan yang cuba dikupas di sini ialah, bagaimana kita untuk menjadi bijaksana. Di sini, ana mendapati perkara penting yang dibawa oleh penulis iaitu mesti menjadi manusia zuhud untuk menjadi orang bijaksana. Hebatkan ALLAH…. Biasanya orang akan beranggapam orang zuhud ni terlalu kolot atau jauh dari segala kehebatan. Maklumlah, katanya orang zuhud ini terlalu melebihkan akhirat dari dunia. Sabar sahaja ana mendengar kata-kata tersebut.

Di sini ana membawa kupasan tentang perkaitan antara zuhud dan bijaksana. Zuhud boleh kita definisikan sebagai seseorang yang cintakan akhirat lebih dari cinta dunia. Kita tak terlalu taksub pada dunia dengan membiarkan harta benda, pangkat, darjat dan segala apa yanga ada di dunia ini kerana semua itu mempengaruhi hidup kita. Zuhud juga bermaksud, kita sedia menggunakan dan memperalatkan atau berkongsi harta yang kita miliki dengan orang lain yang lebih memerlukan. Jika kita tergolong dikalangan orang-orang zuhud, kita adalah orang yang bijaksana dan kita aan selamat di dunia dan akhira. Orang zuhud akan sentiasa merasakan bahawa dunia ini cepat hilang, punah, hancur dan akan berkurangan.

Ana memetik ayat Al-Quran. Firman ALLAH s.w.t,

“….. dan akhirat adalah lebih baik dan kekal”

Surah Al-A’la (87:70)

Ayat di atas sangat jelas menunjukkan bahawa akhirat itu adalah suatu yang pasti, kekal abadi serta sempurna dengan segala kebaikan di dalamnya. Oleh itu, sebagai hamba ALLAH s.w.t yang bijaksana, kita disuruh supaya tidak dicapakkan ke dalam neraka. Sebaliknya kita disuruh untuk mencari bekalan yang dapat membantu kita melepaskan diri daripada azab nerakaALLAH s.w.t

Memetik kata-kata Al-Hasan Al-Basri,

“Sungguh indah dunia ini bagi orang mukmin, dia hanya melakukan sedikit amal, tetapi ia adalah bekal menuju ke syurga”

Selain itu juga, Ibnu Mas’ud berkata,

“Tidak ada seorang pun di dunia ini kecuali dia berada dalam keadaan lemah, hartanya adalam pinjaman, tetamu akan pergi dan barang pinjamanya akan dikembalikan”

Subhannallah…. Hebatkan ALLAH… Hebat sungguh ALLAH…

Untuk kita kenal orang yang bijaksana, seseorang tu tak pernah berkata yang sia-sia. Kata-katanya pernuh hikmah dan sentiasa menusuk di hati orang-orang yang mendengarnya. Seseorang yang kita boleh jadikan contoh adalah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Mereka sungguh menjaga kata-kata. Tidak termasuk dengan perbuatan yang dilakukan. Subhanallah…. Hebatkan cinta ALLAH pada orang-orang terpilih… pernah kita fikir, kita di tahap mana???

Teringat pada seseorang sahabat nabi yang zuhud dirinya. Uthman Affan nama diberi. Orangnya bagaimana ya???

Uthman Affan adalah seorang perniaga yang berjaya dan seorang yang zuhud. Beliau sanggup menghabiskan segala hartanya untuk untuk perjuangan ISLAM. Juga contoh yang kita dapat lihat seperti Saidatina Khatijah yang memiliki kekayaan yang tidak terkira banyaknya. Namun, kerana cintanya kepada kegemilangan serta keutuhan ISLAM, maka beliau rela mengeluarka harta miliknya untuk ISLAM…. Subhanallah… hebat sungguh insan-insan pilihan ALLAH ini…

Secara kasih dan cintanya ana pada ilmu ALLAH s.w.t, dapat disimpulkan yang orang paling zuhud adalah Rasulullah s.a.w. Ini kerana ALLAH s.w.t telah menawarkan kunci perbendaharaan dunia kepada manusia paling dicintaiNya dan paling mulia disisiNya. Tetapi….. bertapa zuhudnya Rasulullah s.a.w, baginda tidak menerimanya. Seandainya baginda memilih dan menginginkan dunia pasti baginda menjadi makhluk yang paling bersyukur atas apa yang dikurniakan kepadanya. Tetapi, baginda hanya mengambil sedikit dunia dan baginda bersabar menjalani kehidupan yang sukar. Ini dapat dibuktikan melalui Sahih Bukhari,

“Demi Tuhan yang jiwa Abu Hurairah berada di tanganNya, Rasulullah s.a.w serta keluarga baginda tidak pernah kenyang makan roti gandum selama tiga hari berturut-turut sehingga baginda wafat”

ALLAH…. Kau menjaga kekasihMu… Kita??? Muhasabah diri kembali siapa sebenar kita. Rasulullah s.a.w yang mulia itu begitu zuhud hidupnya. Kita????

Alhamdulillah, perkongsian yang dapat ana kongsikan pada hari tersebut untuk penulisan ini. Selesai menjaga kelas-kelas yang menduduki ujian, ana menuju ke bilik guru. Alhamdulillah, hari ini hidupku terisi dengan pengisian hati. Ana duduk sambil tersenyum dengan sahabat-sahabat praktikum. Melihat mereka. Tiba-tiba Kak Syikin menyapa;

Kak Syikin : Ain, pinjam jap buku tok guru tu…

Ana : Ha? Apa kak? (terkejut tiba-tiba, sebab sedang berfikir sesuatu)

Kak Syikin : Buku yang ain pegang tu….

Ana : Oooo… nah…. (ana pun bangun dan memohon diri ke kantin… sebab lapar tiba-tiba)

Balik dari kantin, duduk sambil mencari buku tadi. Tiba-tiba nampak Kak Syikin,

Ana : Kak, mana buku saya tu ye?

Kak Syikin : Kat ustaz kaidir…

Ana : (tersenyum…. Alhamdulillah semoga orang-orang yang membaca itu mendapat petunjuk

hati ke jalan cinta ALLAH)

Hampir waktu balik, buku tadi di pulangkan oleh ustaz Kaidir pada ana. Katanya hebat isinya… ana hanya mengiakan…

Alhamdulillah hari tersebut adalah permulaan hari yang baik… gembira dapat berkongsi ilmu dengan semua orang.

Esoknya, kerja rutin lagi. Ke sekolah. Pelajar-pelajar masih menduduki ujian. Sebelum bertolak ke sekolah, mata ana ligat lagi mencari buku di library Raudhatul Syuhada’. Erm…. Niat pada ALLAH dijumpakan pada buku yang terbaik untuk hari ini. Alhamdulillah… jumpa tajuknya “Tawajuh Cinta”. Ana ambil buku tersebut. Seperti biasa, ana menghabiskan pembacaan buku ini pula. Tertarik dengan kata-kata yang terdapat pada buku ini. Tentang kepentingan berumah tangga;

Kelebihan wanita berumah tangga: diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah ketika dia mengandung. Apabila dia menyusukan bayinya, diberikan kebaikan oleh ALLAH s.w.t. Apabila dia berjaga malam untuk menguruskan anak, dia akan diberi pahala seperti pahala membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada seksaan neraka. Begitu juga wanita yang mencuci pakaian suaminya, dia akan diberikan 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa, wanita yang tinggal di rumah kerana menguruskan anak-anak, dia akan dapat tinggal bersama Rasulullah s.a.w di syurga kelak. Sementara wanita yang meninggal dunia kerana bersalin, maka perginya dalam syahid”

Subhanallah… Hebatkan ALLAH… wanita diletakkan tempat mulia. Alhamdulillah… ana dapat membaca buku ini dalam masa 5 jam. Buku ini lebih kepada cinta remaja. Ana berminat tentang cinta????

Satu perkara yang ana ambil ketika membaca buku ini ialah mengenali fitrah remaja bercinta. Itu yang perlu kita fikir-fikirkan sekarang untuk mengelakkan diri dari beku dengan ilmu kemanusiaan. Buku tersebut ada yang tidak bersetuju tentang kupasan isinya kerana seperti melebih-lebihkan cinta manusia. Tapi pada ana, ana nak belajar untuk tukarnya kepada cinta ALLAH. Ada tekniknya… insya ALLAH kita berdoa supaya dapat ketemunya.

Alahmdulillah…. Semasa di sekolah, ana teringat pada sahabat yang sorang ni, izyan. Teringat satu buku baru. “Murabbi Cinta”. Ana menghantar mesej kepada izyan untuk membelikan buku tersebut di kedai ustaz. Alhamdulillah ana dapat. Tapi belum baca. Baru membelek-belek. Tengok isi secara dasar. Alhamdulillah… fokusnya dalam mendidik keluarga. Alhamdulillah… semoga bertambah lagi ilmu ALLAH dalam diriku…

Hari ini, ana mengambil buku bertajuk “Ikramah Penentang Jadi Pembela”. Masih proses pembacaan. Hebatnya ilmu ALLAH s.w.t ni… Ilmu ALLAH ni luas.

Alhamdulillah semasa waktu magrib dan isyak ana dan para sahabiah Raudhatul Syuhada’ mendengar tazkirah. Alhamdulillah taklifan kali ini diberikan pada ana. Sedikit perkongsian untuk sama-sama mendapat redha ALLAH. Pesan pada diri, ingat apa yang kita buat tanda kita cinta pada ALLAH s.w.t. Pesan seorang sahabiah, farzana,

“Bagaiamana kita nak tahu ilmu kita? Kita celupkan jari telunjuk ke dalam laut, kemudia angkat dan kita bandingkan air yang menitik dari tangan kita dengan laut yang luas itu. Lihat ilmu kita dengan ilmu ALLAH”

Alhamdulillah… perkongsian yang baik dari ALLAH s.w.t untuk kehidupan ana kali ini. Selepas ini bagaimana pula? Berdoa’lah untuk kita diletakkan sebagai pencinta ALLAH s.w.t dan cinta kita dibalas.

WALLAUA’ALAM…

p/s : - Doa’kan ana bertemu cintaNya dan cinta ana berbalas…. Rindu untuk ke SANA… doa’kan ana ye

sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah.

NURULFAZLINA AIN BINTI RASOL

(AISYAH HUMAIRAH – PENCINTA ALLAH S.W.T)

Sedang Berpraktikum di SMKA SLIM RIVER

3 comments:

Unknown April 4, 2010 at 10:04 AM  

hm3, ni ke yg ukht taip sapa nusuk2 ke ana hr 2?byk na nma ana dlm entry nti kali ni..hee ;)
moga istiqomah 'meliarkan mata carik buku'
nnt kta tanding, sape bc buku paling byk dlm 1 mngu..hihi
mg ketemu lagi ukht..
ukhwah fillah abadan
~Raudhatus Syuhada'

Nurulfazlina Ain Rasol April 4, 2010 at 6:57 PM  

alhamdulillah...
buku biasa2 saja ukhti...

ana mana layak bertanding dengan orang hebat2...

2 pun ALLAH yang gerakkan segalanya...

malulah ana dengan nti...

Nurulfazlina Ain Rasol April 8, 2010 at 1:13 AM  

nti... sebut pasal rebut2 amalan... ana teringat pada seorang sahabat kita yang telah syahid di jalan ALLAH...

sokmo dia akan berlumba2 untuk buat amalan dengan bakal zaujahnya. Selalunya bakal zaujahnya kalah.... teringat ana pada dia...

Al-Fatihah untuk sahabat kita yang telah berjumpa KEKASIH HATINYA...

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP