..:: Lamunan Fikiranku ::..
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.....
Alhamdulillah, pagi jumaat ana menulis. Penulis yang banyak kekurangan. Banyak perlu belajar. Ilmu yang ada pada diri rasa seperti semakin sedikit. Bila dekat dengan orang-orang solehah dan soleh, rasa diri ini terlalu kerdil. Betullah kata pepatah,
"Dekatkan diri dengan orang-orang soleh dan solehah akan menjadikan diri kita semakin kerdil dengan ALLAH. Tapi semakin dekat untuk mengejar cintaNya"
Astagfirullaha'azim.... banyaknya kekurangan diri. Mimpi dan fikiranku sentiasa terawang dengan kata-kata guruku. Erm... sedih sangat hati ini. Selepas berjumpa dengan guruku, kata-katanya yang membuatkan aku berfikir panjang,
"Ana minta nti fikir baik-baik. Ilmu ini bukan mudah untuk kita letakkannya di tepi. Semakin kita kejar ilmu, semakin dekat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi ilmu ini.Ana nak nti jadi penggerak kepada muslimat. Nti tahukan...."
Aduh, menusuk di hati. Hingga kini aku berfikir. Berfikir dan terus berfikir. Bagaimana caranya untuk aku, ya?
Istiqamah dengan amalan.... Lebih-lebih lagi aku semakin 'gila'kan ilmu ini.
Ya ALLAH, jika ini adalah ilmu untuk kebaikanku serta aku dapat bagikan sesuatu untuk ISLAM, maka mudahkanlah.... jangan biarkan aku jauh dengan ilmuMu... Kerana aku yakin, ilmu adalah tempat jatuh cintaku kepadaMU....
~Mencari Cinta ALLAH~

0 comments:
Post a Comment