Sunday, January 4, 2009

Perjuangan di Palestin



Bumi Al-Quds yang dikenali sebagai Baitul Maqdis, juga dikenali sebagai bumi Isra' dan Mikraj oleh umat Islam. Barangkali ramai yang tidak menyedari kekejaman telah berlangsung hampir seabad lamanya di bumi suci itu sejak 1917.Masyarakat Islam mula membuka mata terhadap kekejaman Yahudi di Palestin apabila rakaman pembunuhan kejam Muhammad (Rami) Ad-Durrah (12 tahun) pada Sabtu 30 September 2000 yang dirakamkan oleh seorang pemberita Perancis yang sama-sama terperangkap di dalam serangan terbabit yang dilancarkan oleh pihak Zionis. Rakaman tersebut tersebar luas melalui media terutama internet. Ayah Rami yang terselamat dalam peristiwa tersebut namun lumpuh seluruh tubuh badan. Dalam salah satu bicaranya, ayah Rami yang lumpuh seluruh badan akibat serangan yang sama dengan penuh semangat berkata "pengorbanan Rami tidak sia-sia kerana ia adalah untuk Al-Aqsa".Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat daya negara Syam.


Ia bersempadan dengan laut Maditerranian dan terletak di barat benua asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Keluasan Palestin kini dianggarkan 27,009 km persegi. Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk taman sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap bandar yang didatangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang. Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran, bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ketiga paling suci bagi orang Islam. Di bumi ini jugalah kejadian isra’ berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit. Bahkan ramai para anbiya’ yang disebutkan dalam Al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan dibumi ini. Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat. Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.


Bumi Palestin juga merupakan bumi yang suci kepada bangsa Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggapnya sebagai bumi yang dijanjikan. Disitulah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds dan al-Khalil (Hebron). Manakala, bangsa Nasrani menganggapnya sebagai tempat bermulanya agama mereka. Disitulah nabi Isa dilahirkan dan berdakwah. Markas-markas keagamaan mereka yang berada di Palestin seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth.Bangsa berketurunan al-Kan'aniyyah merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka datang daripada Semenanjung tanah Arab sejak 4500 tahun dahulu. Sejak itu bumi ini dikenali sebagai bumi Kan'an. Rakyat Palestin sekarang ini berasal daripada keturunan Kan'an, iaitu berasal daripada timur laut Maditeranian yang dikenali sebagai Filistin dan daripada bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyat yang asal terus tinggal disitu dengan aman. Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam disana.


Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan panaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak terjejas walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948. Dakwaan Yahudi bahawa Palestin adalah milik mereka berdasarkan fakta sejarah adalah palsu dan berlawanan dengan hak-hak Muslim Palestin. Bangsa Palestin dan keturunannya telah mendiami dan memakmurkan bumi ini sejak 1500 tahun dahulu, bahkan sebelum negara Yahudi wujud. Mereka menetap disitu apabila negara Yahudi didirikan dan terus menetap sehingga kini walaupun selepas hubungan Yahudi dengan bumi Palestin terputus. Bangsa Yahudi telah memerintah hanya beberapa bahagian dari bumi Palestin dan untuk selama empat kurun sahaja (1000 hingga 586 sebelum Masihi). Pemerintahan mereka telah hancur sebagaimana yang berlaku kepada kerajaan Assyiria, Kerajaan Firaun, Greek dan Roman, sedangkan penduduk asal Palestin terus kekal di situ. Manakala pemerintahan Islam pula merupakan kerajaan yang paling lama dalam sejarah Palestin iaitu selama 1200 tahun (636 - 1917 M) terus-menerus kecuali satu gangguan daripada pemerintahan Salib yang singkat selama 90 tahun. Hakikatnya, hubungan antara bangsa Yahudi dengan Palestin telah terputus sejak 1800 tahun dahulu, iaitu sejak 135 M hingga kurun ke-20.

Pada ketika itu, mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi kepimpinan, politik atau tamadun di situ, bahkan ajaran kitab agama mereka sendiri mengharamkan kepulangan mereka ke Palestin. Berdasarkan fakta penyelidikan dari ahli akademik Yahudi, seperti Arthur Koestler, lebih daripada 80% orang Yahudi hari ini tidak mempunyai kaitan sejarah sedikit pun dengan Palestin. Majoriti besar orang-orang Yahudi sekarang ini sebenarnya berasal dari keturunan a;-Khazar (Ashkinaz), iaitu puak Tatar-Turki kuno, yang mendiami bahagian utara Kaukas yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi. Oleh itu, sekiranya Yahudi mempunyai hak untuk kembali maka mereka sepatutnya pulang ke Selatan Rusia dan bukannya ke Palestin.


Malahan, dakwaan mereka bahawa Yahudi mempunyai hubungan khas dengan Palestin adalah tidak benar, kerana berdasarkan fakta sejarah, kebanyakan bani Israel enggan menyertai kumpulan Nabi Musa a.s. berhijrah ke tanah suci Baitul-Maqdis. Tambahan lagi, mereka pernah menolak tawaran raja Parsi yang bernama Cyrus untuk kembali ke bumi Palestin dari Babylon sebelum ini. Sepanjang sejarah Palestin sehingga kini, bilangan Yahudi di situ tidak pernah mencapai 40% daripada bilangan penduduk Yahudi dunia.

0 comments:

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP