بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan lafaz yang suci dan merupakan ikrar yang pasti iaitu;
“Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih”
ana memulakan coretan ana kali ini. Terlalu indah dan besar makna kata-kata ikrar ini kepada semua orang yang beriman. Walaupun kata-kata ini ada kalanya terlalu mudah dilupakan untuk menyebut setiap kali melakukan segala pekerjaan sama ada sesuatu yang dilakukan itu mudah ataupun sukar…. Subhanaallah….
Ana tidaklah pandai untuk menulis. Sudah agak lama ana tidak menulis. Mungkin ada kalanya penulisan ana agak kurang dari segi penyususnan serta pemilihan kata-kata yang baik dalamnya.
Alhamdulillah, ana panjatkat kehadrat Allah s.w.t kerana diberikan olehNya untuk meneruskan hidup. Ya! hidup untuk berjihad. Di permulaan tahun baru ini, ana banyak memuhasabahkan diri ana yang kerdil serta hina.
“Ya Allah, aku terlalu banyak berdosa kepada Kau. Aku lalai dalam melaksanakan tugasku sebagai hambaMu. Ramai saudara-saudaraku yang merana di Palestin sekarang ini Ya Allah. Kau berikan ujian ini kepada mereka, mereka menerimanya. Kerana, inilah peluang mereka untuk syahid di jalanMu. Ya Allah, kau berikanlah keselamatan kepada mereka. Keselamatan dari siksaan nerakaMu. Mungkin bedilan-bedilan bom dari tentera zionis itu amat-amat menyakitkan dan memeritkan, tapi mereka lebih rela berhadapan dengan itu, kerana mereka ingin mati syahid.Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku serta saudara seIslamku untuk menjadi hambaMu yang dapat dibanggai olehMu”
Di Malaysia, tempat tumpat darahku. Sambutan tahun baru 1430H di sambut dengan meriah dan penuh ketenangan. Allah memberikan keselesaan serta ketenangan kepada Malaysia, Alhamdulillah. Selepas itu, negara ini menyambut pula tahun baru 2009. Alhamdulillah, bertambah umurku lagi. Itu menunjukkan ana semakin tua. Ana perlu menjadi seorang muslim yang matang. Tapi sayang seribu kali sayang, ramai orang tidak memanfaatkan nikmat yang telah Allah berikan kepada mereka.
Ramai rakyat di Palestin teruk di bedil dengan bom-bom dari dari tentera zionis. Ramai yang cedera dan mati. Mereka tidak menyambut tahun baru dengan keceriaan tetapi dengan tangisan dan kedukaan. Seperti yang kita ketahui, palestin adalah sebuah negara yang melahirkan rasul-rasul, berlakunya peristiwa israq mikraj, terletaknya masjid Al-Aqsa dan merupakan kiblat pertama umat Islam. Terlalu banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di Palestin.
2/3 daripada negara ini telah menjadi milik Yahudi (Israel) dan 1/3 adalah milik penduduk tempatan. Tetapi mereka seperti pelariaan di negara sendiri. Mereka di bunuh dan di cederakan sesukati hati. Tanpa belas kasihan dari yahudi. Mana taknya, perlakuaan tentera zionis ini disokong kuat oleh PBB. Baru-baru ini, 400 rakyat Palestin telah terbunuh. Yahudi sesukahati membunuh pemuda-pemuda, wanita-wanita, orang tua dan kanak-kanak. Sedangkan para rasul dahulu kuga mereka ingin membununya, inikan pula manusia biasa. Mereka telah mencabar hukum Allah. Mereka akan menerimanya satu hati nanti……
Terdapat banyak persoalan yang sering ana fikirkan. Antara persoalanya ialah, mengapa yahudi menjadi mengganas sesukahati?. Mungkin jawapan yang mudah ana dapat ketahui. Jawapannya senang sahaja, iaitu;
1) Mereka terlalu taksub dengan negara mereka. Mereka mengatakan bahawa Palestin
itu adalah negara yang dilahirkan untuk bangsa mereka.
2) Mereka mendapat sokongan dari Amerika Syarikat serta negara-negara Islam yang
2) Mereka mendapat sokongan dari Amerika Syarikat serta negara-negara Islam yang
bersengkongkol dengan mereka.
PBB tidak mahu mengiktiraf serta menyokong perjuangan Hamas (Palestin) dan Hisbullah(Lubnan). Sebab apa?. Sebabnya perjuangan mereka kerana Allah. Mereka amat takut kepada Hamas (Palestin) dan Hisbullah(Lubnan). Ini kerana Hamas (Palestin) dan Hisbullah(Lubnan) mampu memusnahkan mereka….
Yusuf Qardawi pernah berkata;
“ Umat Islam wajib membantu Negara Islam yang sedang merana walaupun mereka terpaksa mengikat perut”
Beliau juga mengatakan bahawa;
“pengeboman berani mati di Palestin adalah digalakkan”
Apa pula yang berlaku di Malaysia?
Pada 31 Disember 2008 ana saje menonton tv. Rehatkan minda. Banyaknya cerita-cerita yang melalaikan. Hinggakan ada yang menyiarkan konset. Astaghfirullahhalazim….. Teruk-teruk.
“Ish, boring betullah malam ni. Buatlah cerita yang boleh memotivasikan diri. Barulah ada semangat sikit nak masuk tahu baru ni. Rosak-rosak. Apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni…. Kat Palestin tu, tengah berdentum-dentam dengan bom dari tentera Yahudi laknatullah. Kat Malaysia ni……. Teru-teruk. Lebih baik buat solat hajat ke, baca yassin ke….”
Akibat terlalu boring, ana pun masuk tidur….
Pada keesokkan harinya, ana mendengar berita yang menyatakan ramai pemuda dan pemudi di tangkap khalwat. Astaghfirullahhalazim….. Ramainya orang Islam. Inikah yang dikatakan bertamadun??? Sedih ana melihatnya….. Berbeza di Palestin.
Apa nak jadi dengan zaman sekarang ni???? Kata nak pertingkatkan modal insan, tapi apalah yang pemimpin di Malaysia nak tingkatkan. Jangan bila dah dapat bala, baru nak ingat Allah… Sedarlah muslimin dan muslimat…..
Ini adalah antara cadangan ana kepada insan yang ingin memerangi Israel. Kita di Malaysia mungkin tidak dapat ke sana, tetapi ini adalah salah satu langkah yang boleh di ambil sebagai tanda kita memerangi Israel:
*Wajib menelamatkan umat islam yang sedang menderita
*Pemimpin dunia Islam hendaklah menyokong Hisbullah dan Hamas
*Memulaukan pengeluaran produk dari mereka
*menderma bagi membantu orang-orang islam di Palestin
SEMOGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA DARI KEMURKAANNYA….
0 comments:
Post a Comment