..:: Pengalaman ::..
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...
Alhamdulilllah...
Aku masih diberi kesempatan untuk menulis sebagai medan dakwah. Alhamdulillah, minggu ni sudah minggu ketujuh aku di SMKA SLIM RIVER. Mungkin sebelum ni aku masih belum menulis tentang sekolah yang sedang aku menjalani praktikum. Bukan kerana tidak mahu menulis, tetapi kekangan masa untuk menulis.
Pada 1 Febuari 2010, aku telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t untuk berpraktikum di SMKA SLIM RIVER. Alhamdulillah, aku menerima banyak input untuk mengenaliMu Ya ALLAH. Mengenali nilai sebenar yang wujud dalam diri. Di 'jodoh' kan di SMKA SLIM RIVER banyak memberikan tarbiah kepadaku. Mengenali setiap insan yang mempunyai 'characteristic' yang sangat berbeza.
Ilmu teori yang ku pelajari sewaktu di alam kampus cuba aku gunakan untuk menyebarkan dakwah ISLAM. Berfikir dan merancang untuk sesuatu yang menyebabkan aku semakin kuat menerobos sempadan yang ada sekarang. Persepsi aku tentang sekolah ini banyak mengajarku erti perjuangan sebenar. Sebelum ni mungkin aku banyak memberikan pandangan berdasarkan buku-buku yang di baca, tetapi sekarang, aku mulai terjun di alan 'perjuangan' sebenar.
Aku juga dipertemukan ALLAH s.w.t dengan seorang yang bermotivasi tinggi, selalu berfikiran positif dan cuba memperbaiki diri. 'Mama' adalah panggilan yang kami seluruh warga SMKA SLIM RIVER memanggilnya. Semalam aku sempat berborak panjang dengan dia. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dia ada. Dia seorang yang tak kedekut ilmu. Ilmu yang berkaitan dengan mengenai jiwa manusia. Isu-isu remaja yang sangat-sangat 'panas'. Pelajar-pelajar yang bayak di 'handle' oleh Mama sepanjang dia menjadi guru di pelbagai tempat.
Banyak sungguh aku belajar tentang hidup. Tentang pelajar, tentang guru, tentang pentadbir, tentang segala perkara. Itu bukan lagi termasuk isu-isu luar... Ya ALLAH.... hebat sungguh DiriMu...
Alhamdulillah, tarbiah ALLAH s.w.t sentiasa bersamaku. Baru-baru ni, 3 hari berturut-turut, aku tak berapa sihat. Sakit sungguh rasanya, rasa seperti nak tumbang. Tapi alhamdulillah, aku cuba menjadikan suasana P&P ku seperti biasa. Aku cuba membuat lawak, berkongsi pengalaman bersama pelajar-pelajarku. Alhamdulillah, aku semakin dekat dengan pelajar-pelajarku. Mereka mengenaliku dengan baik. Menerima segala teguran dariku dengan baik dan cuba menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Insya ALLAH, jika cuba sampaikan apa yang ALLAH s.w.t nak, maka ALLAH akan menjaga kita. Dakwah bukan sekadar pandai berkata-kata tetapi amalan secara peningkatan dan istiqamah...
Wallaua'alam....
Penulis:
Aisyah Humairah
(sedang berpraktikal di SMKA SLIM RIVER)
0 comments:
Post a Comment