..:: Memperingati Kelahiran Muhammad s.a.w::..
1. MENGAPAKAH UMAT ISLAM PERLU MENGENANG KEMBALI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW?
Hubungan kita dengan Rasulullah SAW adalah hubungan yang berterusan
Syahadah, mengiktiraf bahawa hidup ini hanya untuk beribadah kepada Allah, caranya adalah dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW
Manusia mudah alpa dan perlu diingat dari semasa ke semasa
Firman Allah SWT:
Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Ibrahim 14 : 5)
Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori, tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi SAW
Sahabat mengajar anak-anak mereka Sirah, sebagaimana mereka mengajar anak-anak mereka al-Quran.
Kesimpulan, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.
2. SIRAH RASULULLAH SAW BERMULA DENGAN CATATAN BAHAWA BAGINDA SEORANG ANAK YATIM. APAKAH IKTIBAR DARI KENYATAAN INI?
Yatimnya Nabi SAW adalah tsabit di dalam nas al-Quran. Firman Allah:
Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (Al-Dhuha 93: 6)
Hikmahnya besar dan tidak terhad
Tetapi, Sirah memberikan penekanan kepada aspek praktikal. Rasulullah SAW dipilih dari kalangan manusia, bukan malaikat, supaya kita tidak berhujah dari segi keupayaan baginda dan ketidakupayaan kita.
Jika baginda datang dari sebuah kehidupan yang serba kekurangan dan dhaif sebagai anak yatim, tetap boleh cemerlang, ia menyuntik harapan kepada semua lapisan kita bahawa semua orang boleh berjaya, asalkan kita berusaha.
Kita tidak boleh memilih untuk dilahirkan kaya atau miskin, yatim atau beribu bapa. Tetapi kita boleh memilih untuk berjaya atau gagal. Susah atau senang, yatim atau beribu bapa, terpulang kepada kita, bagaimana reaksi kita terhadap kehidupan ini.
Juga untuk memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW tidak dibesarkan dan berpemikiran hasil pengaruh ibu atau bapanya. Sebaliknya baginda bebas dari pengaruh keturunan dan pewarisan pemikiran. Didikan secara langsung dari Allah SWT.
3. JIKA BEGITU SEKALI KEHEBATAN PERIBADI BAGINDA, MENGAPAKAH SUKAR BAGI SESETENGAH KITA UNTUK MENCONTOHINYA?
Soalan yang sangat penting.
Kehebatan Rasulullah SAW turut diakui oleh pengkaji barat seperti Michael H Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History
Mengapa sukar mencontohi baginda?
Bukan hanya orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri mungkin ramai yang sulit mencontohi kehidupan Nabi SAW.
Contohnya: Hadith berkenaan puasa, Nabi SAW bertanya kepada Aisyah apakah ada makanan untuk dimakan? Jika tiada, Rasulullah mahu berpuasa. Apakah ini contoh rumahtangga yang terbaik? Mahukah perempuan hari ini menerima calon suami yang tidak dapat menyediakan makanan di rumah?
Allah sebut dalam al-Quran:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (Al-Ahzab 33: 21)
Tiga ciri orang yang boleh melihat Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik iaitu:
Meletakkan harap / matlamat hidupnya kepada Allah (Allah Centric)
Ganjaran pekerjaan yang diutamakan adalah habuan Akhirat
Konsisten mengingati Allah dalam segenap kehidupan
Membetulkan pandangan terhadap Rasulullah
Percaya dengan apa yang dipercayai oleh Rasulullah SAW (Aqidah)
Inilah yang diusahakan oleh Baginda SAW selama 13 tahun secara intensif pra Hijrah.
4. NAMPAKNYA SOAL AQIDAH TELAH DIBERIKAN PENEKANAN YANG AMAT BESAR OLEH BAGINDA SAW. BOLEH USTAZ LANJUTKAN LAGI TENTANG KEPENTINGAN AQIDAH INI?
Kesemua Rasul diutuskan dengan menjadikan soal kepercayaan / Aqidah sebagai subjek utama. Firman Allah SWT:
Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut” (An-Nahl 16: 36)
Kepercayaan menentukan pandangan hidup (world view), sistem nilai dan tindakan.
Sumber Penuh dari: http://saifulislam.com/?p=138
0 comments:
Post a Comment