Wednesday, August 15, 2012
Friday, March 16, 2012
Muhasabah Diri Seorang Hamba
Assalamu'alaikum waramatullah wabarakatuh...
salam kasih sayang buat semua sahabat sahabiah.
astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim...
mudah disebut, tapi sukar dilakukan. mengapa?
kerana hanya satu sebabnya, kerana kerasnya hati, butanya hati.
manusia banyak melakukan kesalahan, dosa. dosa yang bertambah saban hari semakin hari menjadikan diri kita lupa. lupa siapa kita sebenarnya. kehidupan ini memang seronok. tapi adakah keseronokan ini yang kita nak bawa menghadap ALLAH?
tidak malukah kita dengan ALLAH? ALLAH....
marilah sama2 kita muhasabah diri. muhasabah bukan untuk siapa, untuk kita. manusia yang sering terlupa. bila kita lupa, marilah kembali mengingati siapa kita. kita hanya hamaba ALLAH... yang sepatutnya malu dengan nikmat ini. bukanya berjalan sambil mendongak ke langit. megahnya dengan kekayaan, pangkat, keluarga yang bahagia....
ALLAH... kalau ALLAH ambil kembali hakNya, bukankah kita baru tersedar, kita tiada apa-apa. jangan jadik hamba yang buta. tapi jadiklah hamba yang celik, celik mata hatinya... celik rasa takutkan ALLAH...
Allah... jika kalam ini adalah kalam terakhir, maka jadikkanlah ia sebagai satu kata-kata muhasabah terbaik buat semua hambaMu...
Aku juga fakir... banyak dosa... ALLAH... kembalikan aku dalam keadaan ISLAM meresap masuk dengan iman yang utuh... dan matikanlah aku ketika aku sibuk membuat kerja-kerja dakwah kepadaMu...
Aku sangat merinduiMu Ya ALLAH... aku nak sangat berjumpa denganMu... Amiin...
Posted by Nurulfazlina Ain Rasol at 4:49 AM 0 comments
Thursday, December 15, 2011
Bahasa Cinta
Cinta menjadikan manusia suka di suruh. Agar dengan cinta itu kita suka di suruh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu diri.
Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta.
Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya.
Cinta semalam menjadikan umat ISLAM yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat ISLAM luput tenggelam . Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.
Maka, apakah cinta yang kamu pilih? dan bagaimana kamu mentadbir cintamu itu? Tanya iman kerana iman yang mentadbir setiap gerak geri dirimu... tanya hati kerana hati adalah nakhoda dirimu....
Posted by Nurulfazlina Ain Rasol at 5:35 AM 0 comments
Sunday, November 13, 2011
Satu Muhasabah
Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.
Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan ...dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?
Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...
Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan (pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya...
Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa...
ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..
dipetik dr Al Fadhil Murobbi ustaz mohd nor omar( Rahmatullah 'alaihi )
muhasabah diri buat yang masih bertatih dalam dunia perjuangan ini... semoga ALLAH s.w.t bersamaku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku... amiin...
Posted by Nurulfazlina Ain Rasol at 11:49 PM 1 comments
Monday, October 24, 2011
Sunday, October 2, 2011
Kembali 'berjalan'
Assalamu'alaikum...
Kini aku kembali menulis. Dalam kesibukan mengejar jadual hidup, mencari kedamaian hati, (cewah, mcm tajuk lagu pulak hehe...)
Ni masalah pada ana ni, bila pegang je ltp ni je takde idea. Tapi bila memandu ke, masak ke, buat kerja rumah ke, tengah makan ke, ada sahaja ideanya... Allah... ujian betul pada diri yang nak kembali bangkit.
Erm... nak cerita pasal apa ye? (pikir jaP...... )
Ha... takde apa2. Takpelah, malas pulak nak tulis. Apa2 pun, nak habiskan baca buku dulu. Jom sahabat2 kita membaca... (Tajuk buku kali ini: MISTERI NEGERI-NEGERI AKHIR ZAMAN).
Apa-apa pun, nasihat ana pada semua, jagalah hati kerana sesungguhnya hati adalah tempat jatuh pandangan ALLAH pada kita. Jika hati bersih, maka ALLAH menjaga kita dengan kasih sayangNya. Jika kotor, maka fikir-fikirkanlah....
NURULFAZLINA AIN BINTI RASOL
SMK AIR MOLEK
10.35 mlm
Posted by Nurulfazlina Ain Rasol at 7:00 AM 0 comments
Saturday, October 1, 2011
Mencari Momentum Menulis
Assalamu'alaikum... nampaknya sudah berhabuk blogku. Tanda tuannya sudah lama tidak menulis.
Kesibukan dalam mengendalikan jadual hidup menyebabkan diriku terleka akan sesuatu perkara yang selalu aku lakukan dalam hidupku. Iaitu MENULIS...
Lama membeku, membawa maksud aku memerlukan momentum baru untuk menulis. Sekarang aku sedang berusaha untuk 'mengecas' kembali minat menulisku... Perlukan pengisian yang baik untuk diterjemahkan dalam penulisan untuk dikongsikan...
Yang pasti, AKU INGIN KEMBALI MENULIS...
Posted by Nurulfazlina Ain Rasol at 2:04 AM 0 comments