Friday, December 31, 2010

Malulah dengan ALLAH s.w.t

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.....

Sudah lama blog ana menyepi tanpa sebarang penulisan untuk dikongsikan. Bukan tidak mahu menulis tetapi kekangan masa yang kadang kala membawa diri ini terpaksa berfokus kepada kerja-kerja yang lebih utama. Semoga diri ini terus dalam penulisan melebarkan dakwah keseluruhnya.

Pengisian ini perlu. Tidak kira apa cara sekali pun, yang pasti diri kita WAJIB mencari 'makanan' kepada diri. 'Makanan dalaman' yang memberi ketenangan dan semakin mendekatkan diri kepadaNya.

Penulisan ana kali ini mungkin sekali sebagai tanda ingin meninggalkan sesuatu coretan pengisian kepada para pembaca.

Hari yang semakin laju meninggalkan kita, sedar tak sedar sudah hampir 8 bulan ana berada di bumi MELAKA. Ujian yang ALLAH beri, banyak mengajar ana erti kehidupan, erti perjuangan, erti ukhwah dan yang paling penting erti CintaNya kepada ana...

Alhamdulillah... 1.1.2011 ana masih di MELAKA walaupun ramai sahabat dan sahabiah telah berada diposisi perjuangan masingmasing. Semoga posisi perjuangan ana di MELAKA ini dapat diteruskan walaupun sudah dipostingkan....

Di sini, ana ingin membawa para pembaca kepada satu keadaan sebenar kita masa kini. Ajak berfikir, ajak merubah....

Pagi tadi semasa sedang bersarapan, ana membuka tv. Hajat nak menonton berita. Nak tahu berita tentang tahun baru semalam. Dengar khabar di Melaka, dataran lengang. Walau bagaimanapun, semalam sempat keluar dengan emak, kenderaan banyak... tapi ke mana ye semuanya mereka pergi??? jadi hajat hati nak tengok tv sambil analisis keadaan masa kini.

Alhmdulillah... dapatlah menonton berita. Berita tv 9(walaupun ana tak suka tengok berita-berita kat tv, maklumlah....... ). Sepanjang berita tersebut, mulut ni asyik menyebut 'astagfirullahal'azim.....', nauzubillah.....' sambil menggelengkan kepala. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Dan boleh ana kata secara khusus, apa nak jadi orang ISLAM zaman sekarang?

Antara berita yang ana dengar;

Berita pertama:
Sepasang remaja ditangkap sedang berzina. Jabatan Agama Islam mengetuk pintu, remaja tersebut ambil masa 10 minit untuk buka. Yang buka pintu seorang remaja lelaki. Bila di tanya ada perempuan tak bersamanya, katanya di sorang diri. Bila digeledah, ada seorang perempuan menyorok di bilik air.....

Berita kedua:
Sepasang kekasih ditangkap berzina disebuah bilik. Perempuannya adalah seorang janda anak satu. Lelakinya pula seorang rakyat bangladesh. Dikata oleh mereka yang mereka sudah berkahwin tetap tiada surat yang mengesahkan status mereka itu.....

Berita ketiga:
Jabatan Agama Islam menyerbu sebua bilik. Bila dibuka, ada seorang lelaki cina dan seorang perempuan serta anaknya yang masih kecil. Ditangkap semasa juga sedang berzina.... depan anak berzina? memang praktik konsep 1 Malaysia. Nampak sangat salah konsep.....

Berita keempat:
Polis menangkap sekumpulan samseng yang bercadang membuat lumba haram semasa tahun baru.....????

Semasa disiarkan, ana lihat semua tutup muka... konon-kononnya malu.... kat ALLAH tak malu??

Malu ana pada ALLAH... apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? pelbagai soalan yang timbul menjadikan ana terkedu untuk memberi jawapannya.... Macam mana nak menggadap ALLAH????

Zina, mat rempit, gangsterisme, buang anak, merompak, dan lain-lain lagi ni, macam mana nak jawab pada ALLAH nanti.... azab nerakalah yang akan dapat....

Apa perlu kita buat sekarang? Meneruskan dan mempergiatkan penanaman ISLAM kepada diri... Bila agaknya manusia-manusia ini akan sedar????

MALULAH DENGAN ALLAH S.W.T.... KITA TELAH SAMPAI AKHIR ZAMAN.... YA ALLAH... SELAMATKANLAH ISLAM...

Monday, December 6, 2010

1 Muharram 1432H

Permulaan tahun baru dengan azam yang baru. Meninggalkan langkah yang telah selamat dilaksanakan. Tahun 1431H yang memberi pelbagai kesan yang mendalam. Kini, 1432H menjelma dengan sinar yang baru. Semoga harapan serta impian dapat dilaksanakan mengikut percaturan ALLAH s.w.t....

Diharap segala perancangan yang dibina dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hati yang berjiwa dalam mengharapkan Mardhotillah dari Dia Yang Maha Esa. Mengharap kasih dibalas serta cinta bertaut sehingga ke akhir hayat. Semoga diri ini menjadi hambaNya yang bertaqwa serta menuju ke ruang cintaNya.

Menjadikan diri sebagai pejuang agamaNya dan syahid dalam memperjuangkan ISLAM. Biarkanlah diri ini syahid dan menemui cintaku yang SATU..... kerana itulah yang pasti.....

~SALAM MUHARRAM 1432H.... Membuka lembaran dalam mengenal cintaNya yang pasti. PERJUANG YANG BELUM SELESAI....~

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP