Wednesday, July 28, 2010

Cinta Di Langit GAZA


Tuesday, July 27, 2010

Semua Dijemput Hadir


Sunday, July 25, 2010

Surah Al-Baqarah 164

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."(al-baqarah 164)


Saturday, July 24, 2010

Muslimat DIAM????

Diam adalah emas...

Sahabat, sering kita dengar ungkapan tersebut. Namun diam seperti apakah yang akan menjadi emas? Tentu bukan diam kerana tidak tahu, diam kerana lemah, diam kerana pasrah, atau diam kerana menyerah kalah. Menjadi muslimah diam? Diam apakah yang akan menjadikan seorang muslimah menjadi peribadi unggulan yang dijadikan sebagai figur dambaan umat?

1. Dewasa. Seorang muslimah dituntut untuk dewasa. Bukan hanya dewasa dari segi fizikal atau usia, tetapi dituntut untuk boleh dewasa atau matang dalam sikap dan perbuatan. Seorang ibu dituntut untuk bersikap dewasa di hadapan anak-anak dan keluarganya. Jika seorang muslimah tidak boleh bersikap dewasa, maka ia akan tidak sabar dengan pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya, juga dia tidak akan sabar dengan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya.

Memang, setiap individu memiliki sisi keanakan dalam dirinya. Tidak menjadi masalah, jika usia seseorang masih muda, atau remaja, tapi fikirannya dewasa, sebaliknya, agak lucu jika seseorang yang sudah dewasa dari segi umur, namun sifatnya masih sangat keanak-keanakkan. Seorang muslimah pun dituntut selalu berfikiran positif di setiap keadaan. Semua itu boleh diraih bila muslimah bersikap dewasa.

2. Inovatif. Seorang muslimah dituntut untuk inovatif, selalu mempunyai gagasan dan idea-idea baru hingga segala sesuatu tidak terkesan monoton dan membosankan. Contoh, jika seorang ibu rumah tangga terus-menerus memasak masakan yang sama, tanpa ada inovasi-inovasi, tentu akan membuat anggota keluarganya bosan. Atau tatanan kamar yang sama selama bertahun-tahun, tentu akan membuat kita bosan.

Contoh, jika kepala kita sedang penuh dengan masalah, lalu kita ubah interior kamar kita, buang atau simpan barang-barang yang sudah tidak kita perlukan. Insya Allah, suasana baru akan membantu menyegarkan fikiran kita. Atau juga, jika kita memiliki beberapa pakaian lama yang masih elok, kita boleh memperbaharuinya dengan menambah atau mevariasikannya dengan baju-baju lain atau dengan beberapa aksesori, sehingga terkesan baru. Akan banyak hal-hal baru yang terciptakan yang akan membuat perubahan dalam hidup kita jika selalu berfikiran inovatif.

3. Alami. Bersikaplah wajar, alami, tidak dibuat buat. Berperilaku wajar dan alami tidak dibuat-buat. Berdandan wajar, alami, tidak terlalu menor. kerana terkadang segala sesuatu yang berlebihan malah membuat sesuatu jadi tidak enak dipandang. Segala sesuatu yang alami tak akan pernah lekang ditelan zaman. Biarkan segala sesuatu berjalan apa adanya, sesuai kehendak Allah.

4. Menyejukkan. Seorang muslimah haruslah jadi penyejuk bagi suami juga keluarganya. Seperti yang dilakukan Bunda Khadijah pada Rasulullah SAW ketika beliau mendapat wahyu pertama. Siti Khadijah menenangkan beliau. Siti Khadijah juga yang setia mendampingi Rasulullah SAW dalam setiap langkahnya. Seorang isteri haruslah boleh jadi penyejuk dalam setiap langkah suaminya, penerang dalam gelapnya.

Seorang muslimah harus menjadi penyejuk di tengah lingkungannya, jangan sampai jadi pemanas suasana. Banyak wanita yang menghabiskan waktunya untuk bergosip, membuat suasana menjadi panas. Seorang isteri harus dengan sabar mendampingi suaminya, kerana banyak rumah tangga yang suasananya menjadi panas, hanya kerana si isteri menuntut terlalu banyak dari suaminya. Sudah banyak diriwayatkan, bahawa sebagian besar pengisi neraka adalah wanita. Na'udzubillahi min dzalik.

Seorang ibu juga harus selalu menjadi penyejuk bagi anak-anaknya, menjadi pendengar yang setia dari setiap keluhan yang diceritakan anak-anaknya, dengan memberi thausiyah-thausiyah yang menyejukkan kalbu. Subhanallah, alangkah indahnya jika seorang muslimah boleh menjadi penyejuk pandangan setiap insan, terutama keluarganya. Dimana ia menjadi tempat yang dicari setiap orang untuk berteduh dari lelahnya, yang akan selalu siap menyambut mereka dengan senyuman yang tulus dan kata-katanya bagaikan embun di tengah gersang.

Ukhti muslimah, Saat ini kita terlalu lelah dengan berbagai kondisi yang sering tidak menentu. Maka jadilah antunna sebagai figur dambaan umat, yang dengan DIAM, antunna menjadi muslimah yang selalu dirindukan setiap orang.

Wallahu a'lam bishshawab.

sumber http://kotasantri.com

Friday, July 23, 2010

Cerita Angsa

“Macam tidak percaya. Angsa kita bertelur telur emas!” kata petani tua itu kepada isterinya.

Hidup mereka sudah lama dibelenggu kemiskinan.

Mendapat angsa bertelur emas, adalah sesuatu yang di luar bayangan. Dengan emas itu mereka mengubah keadaan hidup. Jika dahulunya rumah mereka menunggu masa menyembah bumi, kini sudah tegap mendukung langit.

Namun, perubahan yang berlaku agak perlahan.

Mengapa hanya seketul emas sehari?

Mengapa tidak lebih daripada itu?

Timbul rasa tamak di hati petani itu dan isterinya. Tamak yang akhirnya membutakan pandangan dan fikiran. Mereka berdua membunuh angsa itu. Perutnya dibelah dengan harapan lebih banyak emas boleh dikorek keluar. Namun apa yang ada, adalah apa yang biasa ada di dalam perut seekor angsa. Tiada lagi emas, kerana angsa sudah tiada!

Kisah itu merupakan hikayat Aesop yang terkenal. Ia amat simbolik pada mengungkapkan akibat sifat tamak.

Akan tetapi, kisah tersebut boleh menjadi lebih tragis, kalau angsa itu membunuh diri. Bukan dibunuh oleh ketamakan petani. Sebaliknya akibat kecuaian angsa menjaga diri. Angsa terabai, telur emas tinggal kenangan.

ANDA DAN SAYA ADALAH ANGSA ITU

Saya mengambil kisah angsa bertelur emas itu pada membayangkan keadaan diri.

Saya, dan kita semua adalah angsa itu. Angsa yang berbakat, berkemahiran, banyak yang boleh disumbangkan di tempat kerja, di tempat berniaga, di tempat berperanan, kepada seluruh umat. Sumbangannya pula bukan sebarang. Setiap kita adalah istimewa kerana telur emas kita didamba oleh sekalian manusia. Namun malang sekali kalau angsa itu didesak bertelur lebih daripada kemampuannya. Atau angsa itu membiarkan dirinya menjadi mangsa. Diperlakukan hingga mati, atau membiarkan sahaja dirinya mati.

Sungguh malang.

Bermuhasabahlah kita pada mengimbangkan seluruh aspek kehidupan ini. Jangan tamakkan satu manfaat hingga memejamkan mata kepada datangnya mudarat. Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna dan antara aspek kesempurnaan itu adalah pada mengagih-agihkan bahagian masa dan usia pada semua yang diperlukan manusia. Ia agama yang mengajar manusia hidup sebagai manusia.

KISAH HANZALAH

“Mengapa dengan kamu?”Abu Bakar bertanya.

“Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq!” kata Hanzalah, penuh kesal.

Terkejut Abu Bakar mendengarnya.

“Mengapa kamu berkata begitu?” Abu Bakar meminta penjelasan.

“Semasa aku duduk di dalam majlis Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan mendengar tentang Syurga serta Neraka, iman aku meningkat kepada keadaan yang baik. Tetapi tatkala aku bekerja dan kembali kepada keluargaku, imanku terjejas dan menurun. Hanzalah sudah jadi munafiq!” cerita Hanzalah.

Keterangan itu menggusarkan Abu Bakar. Beliau juga merasainya.

Mereka berdua pergi bertemu dengan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan menceritakan kisah kebimbangan Hanzalah yang amat signifikan itu. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya Malaikat akan berjabat tangan denganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan! Akan tetapi, wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu (Baginda mengulang menyebutnya tiga kali)” [Hadith riwayat Muslim]

Dalam bahasa yang lebih mudah, jika keadaan dirimu sentiasa baik seperti di dalam majlis ilmu dan ketika di luar majlis ilmu, nescaya Malaikat itu akan tabik spring dengan kamu! Hebatlah jika begitu. Namun ia menyalahi tabiat manusia. Iman itu pasang dan surut. Agama Islam, tidak pernah menafikan hal yang amat fitrah ini. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menegaskan kenyataan berikut:

“ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu…”

Masa bekerja, perlu bekerja. Masa mengaji, perlu mengaji. Masa sibuk, sibukkan diri. Masa berehat, perlu berehat.

REKREASI DIANGKAT JADI IBADAH

Semuanya diagih-agihkan mengikut keperluan yang seimbang dalam hidup manusia. Justeru aktiviti berehat, bersantai, beriadhah dan berekreasi, diangkat menjadi urusan agama.

كلُّ شيء ليس من ذكر الله فهو لغو ولهو إلا أربع خصال : مشي الرجل بين الغرضين ، وتأديبه فرسه ، وملاعبته أهله ، وتعليم السباحة

“Setiap sesuatu yang bukan zikrullah adalah tidak bermakna dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang melatih kudanya. (3) Bergurau senda seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Rekreasi di luar dan di dalam rumah diangkat oleh Islam menjadi urusan agama. Biar pun tabiat empat perkara itu jauh daripada bayangan manusia tentang apa yang dinamakan sebagai zikrullah, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan penegasan bahawa aktiviti-aktiviti itu bukan sia-sia. Ada nilai yang penting di sisi Islam, ada manfaat yang besar kepada umat. Malah kemahiran-kemahiran yang terhasil daripada aktiviti berkenaan menjadi aset yang mesti dipelihara sebagai satu amanah.

Bayangkan!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah berkata:

مَنْ عَلِمَ الرَّمْيَ ثُمَّ تَرَكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا -أَوْ قَدْ عَصَى

“Barangsiapa yang telah belajar memanah kemudian dia meninggalkan kemahirannya itu, maka dia bukanlah daripada kalangan kami – telah mendurhakai (kami) –” [Riwayat Muslim]

ADAKAN MASA

Jangan terus beralasan ketiadaan masa. Biar pun Kalendar Google saya sudah sendat, saya tidak berani untuk membayangkan (apatah lagi menyebutnya), bahawa saya lebih sibuk daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Namun, Baginda yang sibuk itu, dalam ketiadaan masa, mengadakannya.

Lumba lari Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam bersama Aisyah radhiyallaahu ‘anha adalah contoh rekreasi yang dibuat semasa sibuk. Baginda dan Aisyah yang bersama di dalam sebuah misi menyuruh para sahabat bergerak dahulu dan membiarkan mereka berdua di belakang. Semasa itulah mereka berdua berprogram!

Baginda kreatif mengadakan masa untuk melakukan apa yang perlu dilakukan. Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh, malah untuk kesihatan rumahtangga.

ANTARA RIADAH DAN BUDAYA SAMPINGAN

Akan tetapi, dalam keindahan Islam mengangkat rekreasi menjadi urusan agama, kita tidak harus lupa kepada tujuannya. Motif berekreasi mesti disemak dari semasa ke semasa. Rekreasi dan sukan selalu datang dengan budaya. Sukannya digalakkan. Budayanya mesti disaring dengan orientasi tujuan dan hukum Tuhan.

“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Ada pun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan ada pun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya. “ [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Menunggang kuda sangat dianjurkan oleh Islam. Tetapi judi yang menjadi budaya di sekitar menunggang kuda itu ditolak oleh Islam. Sama jugalah dengan sukan-sukan yang lain. Bermain bola itu bagus untuk kerjasama, fokus, kesihatan tubuh dan kecergasan diri. Tetapi judi yang mengiringinya, sentimen ketaksuban pasukan, malah imej-imej pengiklanan penaja berbentuk arak dan loteri, semua itu amat dicela oleh Islam. Muslim mesti mampu menyaring di antara sukan sebagai rekreasi dengan budaya-budaya sekitar sukan yang membinasakan.

Atas sebab yang sama, Syaikh Madun Rashid di dalam kitabnya Qadhayaa al-Lahwi wa al-Tarfih (Isu-isu Hiburan dan Masa Lapang) menyebut, “golf pernah diharamkan di Scotland pada tahun 1457M kerana ia menyebabkan rakyat malas berlatih kuda dan memanah dan secara umumnya tidak memberi manfaat kepada negara” Bukan golf itu yang tercela, tetapi tatkala sukan tersasar daripada matlamat yang murni, ia menjadi suatu kecelaan yang ditegah agama.

Berehat, bersantai, bersukan, semua dengan tujuan.

SELAMATKAN ANGSA

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentu berasa sedih jika umatnya dilihat ramai memenuhi klinik Endokrin dan Kardiologi di hospital. Justeru marilah kita bersama-sama berusaha hidup seimbang dan menjadi mukmin yang dikasihi Allah Subhanahu wa Ta’aala.

(المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف، وفي كلٍّ خير. (صحيح مسلم، كتاب القدرة، باب في الامر قوة

“Seorang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding dengan seorang Mukmin yang lemah. Pada setiap seorang daripada kedua-duanya ada kebaikan (selagi beliau seorang Mukmin)” [Sahih Muslim]

Masyarakat, AJK Masjid dan para penganjur semua, jangan bunuh angsa telur emas anda.

Angsa, jangan bunuh diri!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Monday, July 19, 2010

Doakan Diriku



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak
dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan
penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami
yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kala menguji
kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah
khusus miliknya untuk digunakan, bila-bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


Wallahua'lam..


~MENCARI CINTA ALLAH~
AISYAH HUMAIRAH

Al-Fatihah

Dr. Haji Abdul Rahman Bin Md. Derus telah kembali kerahmatullah pada 13 Julai 2010 (1:30 a.m)




13-Jul-2010 (Selasa): Allahyarham Dr. Haji Abdul Rahman bin Md Derus (59 tahun) telah kembali kerahmatullah pada pukul 1:30 pagi di Hospital Kajang. Janazah Allahyarham telah sempurna disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi pada jam 11:44 pagi. Ucapan takziah kepada seluruh waris & ahli keluarga Allahyarham.Marilah kita sama-sama berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.

Latar belakang Allahyarham Dr. Haji Abdul Rahman bin Md Derus (59 tahun);
1. Tarikh Lahir: 15-Jan-1951

2. Tarikh Meninggal Dunia: 13-Jul-2010 (1-Syaaban-1432)

3. Alamat Rumah: 27 Jalan 2/2C Seksen 2 Bandar Baru Bangi

4. Sebab-sebab kematian: Strok

5. Ahli Jawatankuasa Darussyifa’.

6. Pengerusi Koperasi Darussyifa’ Berhad

7. Mantan Pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Putera Malaysia


sumber: http://www.darussifa.org/



Saturday, July 17, 2010

..:: Sabar Dalam Ujian ::..

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda;


"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yg berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya."

Riwayat Bukhari & Muslim

..:: Membakar Syaitan ::..

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah. Penat bermusafir ke Tanjung Malim akhirnya berbaloi juga. Soalan-soalan yang tak dapat dijawab oleh ana kerana kesuntukan masa. Jadi, ana mengambil keputusan untuk menjawabnya melalui penulisan ana kali ini.

Alhamdulillah, ilmu itu gedung ketenangan jiwa. Semakin dicari, semakin hati ini dekat denganNya. Perkongsian ini adalah berdasarkan sedikit ilmu yang diperolehi:

Pembuka penulisan dengan sepotong ayat Al-Quran iaitu Surah Az-Zariyat 51:56

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu"

perintah yang ALLAH s.w.t tetapkan kepada ciptaannya. Allah s.w.t telah memberikan amaran bukan sahaja kita sebagai manusia patut tunduk dan patuh pada perintah ALLAH s.w.t malah jin dan syaitan juga.

Mengikut sejarah kita yang telah 'dilukiskan' dalam Al-quran, Allah s.w.t telah menciptakan Nabi Adam d

ari sebuku tanah. Telah Allah perintahkan supaya para malaikat tunduk kepada Nabi Adam. Tetapi syaitan telah angkuh mengatakan dia tak sepatutnya tunduk pada Nabi Adam. Ini adalah kerana syaitan berbangga dengan dirinya yang dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam hanya dari tanah.

* Dalam perubatan Islam, api dapat dipadamkan menggunakan tanah (hebatkan ALLAH). Syaitan melihatnya sebagai kelemahan tetapi ALLAH naikkannya sebagai satu martabat yang tinggi.

KEKUATAN AZAN

Kaedah perubatan Islam juga menggunakan azan sebagai pembakar kepada jin. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila iblis mendengar azan, maka berkecailah mereka"

Azan ada kekuatan untuk melemahkan jin. Jika seseorang yang diganggu, mereka akan diazan kerana tindakan mereka yang terlalu agresif. Azan akan dilaungkan ditelinga pesakit dan akhirnya pesakit akan lemah dan menyerah. ini adalah kerana, apabila azan dilaungkan maka pecah 7 petala langit dan 7 petala bumi. Begitulah kekuatan azan.

Oleh sebab itu, jin tidak suka di masjid. Tepat yang paling disukai oleh jin adalah di longkang, hutan, paya, tandas dan tepat2 kotor lain. Walau bagaimanapun, kita mesti beringat bahawa jin ada ISLAM dan Kafir. Jin ISLAM sukar untuk dikawal kerana dia tahu ISLAM dan suka mencabar. Jin Kafir sukar kerana tindakan ganasnya. Tindakan pertama berdepan dengan gangguan jin adalah kita mesti berdakwa. Itu adalah perkara pertama yang WAJIB kita lakukan.

*Walau bagaimanapun, dalam merawat letakkan hati sesungguhnya pada ALLAH. Yakin bahawa apa yang berlaku adalah dengan izin ALLAH...

AKAN BERSAMBUNG....

note:

*musafir ke Tanjung Malim baru-baru ini membawa satu pengalaman. Berdepan dengan adik junior yang mampu melihat jin. Kerana hijab penglihatannya dibuka. Kelebihan padanya.

*musafir ku di KUO. Tempat bila aku sampai menitiskan air mata kerana teringatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku bersama sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah seperjuangan. Kerinduan pada KUO terubat.

*kerinduanku pada UPSI mengenangkan kenangan di kampus. Banyak yang dilakukan. Semuanya untuk ISLAM.

tak pasti bila lagi akan ke sana. Ziarah semua. Kenangan yang terindah ditinggalkan di sana. kerinduan yang disemat sedalam-dalamnya. Dapat berjumpa sakinah, jee dan arfah. Selepas ini, tunggulah diri untuk diletakkan di mana. Aku berdoa' supaya tempat itu adalah tempat yang aku didam-idamkan kerana dengan kesuburan ilmunya. Semoga aku istiqamah dalam mencari ilmu. Jika ditakdirkan untuk mengembara, aku akan pergi dengan gembira. Kerana aku menanti-menanti ke SANA. Tempat yang abadi.....

Monday, July 12, 2010

..:: Ahlan Wasahlan Ya Sya'aban ::..

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

* Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

*Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Tuesday, July 6, 2010

..:: Merawat Diri Dengan Al-Quran ::..

Persoalan:

Mengapakah seseorang manusia itu masih juga diserang (diganggu) berulang-ulang kali dalam hidupnya walaupun telah membuat rawatan?

Jawapan:

Manusia terbina dari 2 perkara iaitu jasad dan roh. Jasad terbina dari tanah, manakala roh pula terbina dari 2. Roh yang pertama di kenali sebagai roh tabi’e. Roh tabi’e adalah roh yang terdapat pada benda-benda hidup seperti tanah, sungai, pokok, batu dan lain-lain.

Roh yang kedua pula ialah roh yang terdapat dalam diri manusia yang membenarkan seseorang manusia itu boleh bernafas, melihat, berfikir, dan beribadat kepada ALLAH s.w.t Roh ini di masukkan oleh ALLAH s.w.t yang menyebabkan manusia itu mampu berfikir dan berbeza dengan benda-benda hidup yang lain.

Apabila kita tidur, diri kita berada dalam keadaan mati sebentar. Roh akan keluar dari jasad dan masuk ke satu alam lain. Alam ini adalah alam yang ada di sebalik alam realiti. Dan pada masa itu, diri kita berada pada keadaan lemah. Aura yang ada pada kita adalah berada pada keadaan gelombang yang lemah.

Jika seseorang yang membina pendinding kepada dirinya semasa tidur, maka diri dan rohnya terpelihara dari gangguan. Oleh itu, setiap manusia telah ALLAH s.w.t perintahkan untuk menjadikan Al-quran sebagai kekuatan dalam hidupnya.

Setiap manusia telah ada dalam dirinya amalan-amalan tertentu. Walaupun seseorang itu hanya membaca Ayatul Kursi, tetapi dirinya dalam dibenteng dari gangguan jin dan syaitan. Seseorang manusia itu dinilai bukan dari banyaknya ayat Al-quran yang mampu dihafal tetapi istiqamahnya dalam menjadikan Al-quran sebagai amalannya hidupnya.

Jin dan syaitan akan menjadi lemah jika seseorang itu semakin berusaha untuk mendekatkn dirinya kepada ALLAH s.w.t Walaupun manusia itu diserang bertubi-tubi, tapi yakinlah bahawa ALLAH s.w.t akan menggantikan pahala dan syurga kepada hambaNya yang sabar dalam ujian. Berdoa’alah supaya kita menjadi hamba yang dicintai oleh ALLAH s.w.t kerana nilai cinta disisiNya adalah lebih besar nikmatnya jika hendak dibandingkan dengan kekayaan dunia.

Hamba yang diuji adalah hamba yang terpilih untuk dicintaiNya….

~Carilah Ilmu dengan penuh rasa kehambaan~

Hasil:

Nurulfazlina Ain binti Rasol

Pendidik di SMA Assaiyidi Kahtijah, Melaka

Sunday, July 4, 2010

..:: THIQAH ::..

Tiba2 terfikir untuk penulisan ini. Semoga dapat berkongsi bersama. Peringatan untuk diri dan semua. Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin...



THIQAH

Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah organisasi, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran

Sejauh mana pentingnya thiqah dalam organisasi, dan betapa beratnya kita ditekankan tentang
kesempurnaan rukun ini dalam disiplin amal jamaie, lebih berat lagi kepentingannya dalam kehidupan baitul dakwah.


Seorang isteri perlu "menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin (suami) hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat."

"Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana organisasi", termasuk organisasi kekeluargaan.



Alhamdulillah... selamat sudah majlis akad nikah akhi Rijal dan ukhti Nazirah.

~BAITUL MUSLIM BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH~





Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP