Wednesday, December 30, 2009

..:: Dunia Kini ::..

Dunia sedang menyaksikan berlakunya satu persatu bencana besar yang muncul ditengah-tengah kehidupan manusia moden yang sudah benar-benar kehilangan arah. Manusia yang teraba-raba mencari hakikat kebenaran dan kedamaian sedangkan Al-Quraan yang dibekalkan Allah kepada mereka tidak dihiraukan.benarlah sabda Nabi saw

فى هذه الأمة خسف ومسخ وقذف فقال رجل من المسلمين يا رسول الله ومتى ذاك ؟ فال اذا ظهرت القينات والمعازف وشربت الخمور

Maksudnya:

Akan terjadi di akhir zaman penenggelaman bumi, hujan batu dan pengubahan rupa. Seorang lelaki bertanya kepada RasuluLlah saw; Bilakah itu akan berlaku wahai Rasulullah? Baginda bersabda; Apabila muzik dan penyanyi wanita berleluasa serta Arak dianggap halal".(1).

Akhir abad ke 20 dan awal abad ke 21 merupakan tahun yang paling banyak membuktikan benarnya kenyataan Rasulullah saw. Kecanggihan peralatan manusia moden tidak mampu memberikan apa-apa penyelesaian kepada bencana ini. Gempa bumi yang berlaku di Kobe pada tahun 1995 membuktikan perkara tersebut. Jika bencana tersebut berlaku di negara yang miskin dan mundur, maka tentu ramai yang akan beranggapan ianya disebabkan ketidak mampuan negara tersebut memiliki peralatan pengesan gerak bumi. Tetapi apabila ianya berlaku dinegara maju yang mempunyai berbagai peralatan dengan disokong pula oleh kepakaran pakar-pakar, maka apa lagi alasan mereka untuk menidakkan "bala dari Allah itu?". Masih degilkah kita untuk mengakui "keperkasaan Allah" dan "kealpaan diri terhadap ajaranNya?".

Bencana yang berlaku serentak di Samoa,Padang, Australia,dan Filipina beberapa hari yang lalu sepatutnya menyedarkan kita betapa hebatnya kuasa Rabbul 'Alamin. Seorang petugas di Padang melapurkan ;
"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini."

Islam melihat kemusnahan itu semua adalah berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia itu sendiri. Manusia yang lalai terhadap peringatan Allah. Di negara kita sendiri dapat kita saksikan betapa kemaksiatan dan kemungkaran diberikan "kebenaran" manakala kebaikan dan kesolehan dihalang-halang dan disekat. Munculnya badan-badan dan kumpulan yang terang-terangan menghina Agama Allah dan hukumnya. Setakat ini hanya PAS dan badan-badan NGO yang membantah keceluparan SIS dan JAG. Dimana "bantahan kerajaan"dan UMNO? yang mewar-warkan "negara Islamnya itu". Dimana bantahan "Harussani?. Dimana bantahan Firdaus Al-Hafiz?. Apakah mereka mahu memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada kedua-dua "Pertubuhan Jahil" ini menganyang Islam sepuas-puasnya?. Kemudian selepas itu mereka bersedia menunggu datangnya "bala daripada Allah?.

Sesungguhnya Gempa Bumi, Taufan, munculnya manusia yang mengaku menjadi Nabi, Lahirnya manusia-manusia yang jahil yang bercakap tentang agama serta bisunya para-para ahli Agama adalah ramuan yang memperlengkapkan lagi dalil hampir sudah Kiamat menjelma. Maka kembalilah kita segera kepada perintah agama. Kerana disitulah jalan kesejahteraan yang dijanjikan Allah kepada hamba-hambaNya.

(1). Riwayat Imam Turmuzi dalam sohehnya di dalam bab "Al-Fitan" hadis dari Imran bin Hussain. Ibnu Majjah juga meriwayatkan hadis ini, juga dalam Bab "Al-Fitan" dari Sahl bin Sa'ad. Manakala Imam Thabaroni meriwayatkannya dalam "Majmu' Al-Ausat". hadis ini dihukukkan Hadis Soheh.

Tuesday, December 29, 2009

..:: TAHNIAH UNTUK BEKAS GURU MATEMATIK KU ::..

USTAZ RUZMAN BIN AHMAD
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...
Ana sekadar ingin mengucapkan tahniah kepada bekas guru Matematik ana di SMKSM di atas pelantikannya sebagai GKMP SAINS DAN MATEMATIK......
TAHNIAH USTAZ!!!
*perkataan yang selalu di ucapkan walaupun apa berlaku, ALHAMDULILLAH....
*semoga berbahagia di samping keluarga.... kirim salam pada aiman aqashah (mungkin dan masuk 7 tahuN ye ustaz. Lama tak jumpa.... :-) )

Saturday, December 19, 2009

..:: Kenangan Lalu ::..





بسم الله الرمن الرحي

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR....

Tiada selain DIA untuk menetapkan segalanya dengan penuh kasih. Menetapkan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambaNya....

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menulis. Walaupun penulisanku bukannya terbaik atau bagus. Sekadar coretan untuk menjalankan tanggunjawab sebagai seorang kalifah ALLAH. Menjadi tanggungjawab sebagai seorang yang berkeinginan ISLAM mekar dan subur di segenap penjuru bumi.

Sambil menulis, aku mendengar lagu (nasyid) dari blog seorang sahabat. Nak berdiskusi dengan sahabat-sahabat, semuanya buzy. Bukak ym, erm.... tengoklah email-email yang dihantar oleh sahabat-sahabat. Erm.... tiada cerita menarik. Buka blog sendiri... erm... tiada pengisian. Maka dengan itu aku menulis untuk meng'update' blogku. Supaya ada sedikit pengisian.

Erm.... teringat pula satu peristiwa. Peristiwa semasa aku di zaman muda-muda dulu (sekarang dah besar, semakin banyak perancangan). Gelak sorang-sorang. Nakal sungguh aku ketika itu... Ketika itu aku di sekolah rendah (sekolah rendah agama), suka sungguh buat bising dalam kelas. Main-main, berborak-borak, kacau sahabat-sahabat dan lain-lain lagi. Pada ketika itu aku masih darjah satu (di sekolah agama, kalau sekolah kebangsaan darjah 3). Ish2.... nakal sungguhlah..... yang aku ingat pada ketika itu adalah main... main.... dan main.... kalau ujian, hafal je kerjenya. Tak faham satu pun. Tapi alhamdulilllah.... result tetap mantop!!!.

Hobiku ketika itu, duduk belakang sekali... sebabnya ustaz nanti tak nampak kalau aku makan dalam kelas. erm.... biasalah, sebelum masuk kelas, aku akan pastikan yang ada bekalan makanan untuk dimakan ketika ustaz atau ustazah mengajar... nakal sungguh... Tapi dalam aku sibuk menjadi seorang pelajar yang nakal... ada seorang ustaz ni selalu perhatikan aku (buka mengorat...). Dok perhatikan tingkah laku aku yang macam-macam ni. Ustaz ni garang.... Ustaz yang mengajar aku BAHASA ARAB. Setiap kali dia mengajar, wajib ke atasnya untuk memanggilku untuk berdialong atau menjawab soalan-soalannya... nasib baiklah aku ni minat sungguh-sungguh BAHASA ARAB. Bolehlah sikit-sikit yang jawab soalan dia tu.... (cuma cita-cita nak ke Mesir je tak dapat...)



Tapi satu kata-katanya yang terkesan pada aku sehinggalah aku menjadi seorang yang sentiasa serius dalam segala perkara ialah;

"ain, awak ada potensi. Jangan jadikan potensi yang ada sebagai bencana kepada kamu. Ingat, untuk kita berjaya, kita mesti berjaya menjadi remaja ISLAM yang hebat. Jika zaman remaja kita hebat dengan hubungan bersama ALLAH, maka hidup kamu akan menjadi hebat juga di sisi ALLAH selamanya"

erm.... tuah kata ustaz tu pada aku. Erm... tersenyap aku. balik sekolah pikir balik kata-kata ustaz tu... Ya ALLAH.... terima kasih kerana Kau menganugerahkan aku seorang guru yang menyedarkanku tentang kehidupan. Esoknya aku ke sekolah. Memang perangaiku suka sangat pergi sekolah. Kalau sekolah buka pukul 2.30 petang, aku datang 1.45 petang selepas solat zohor. Sampai-sampai je kat sekolah, aku cari ustaz... erm... takde...

Memanglah takde... orang belum datang lagi... selalu ustaz datang 2.15 petang. Aku pun duduklah kat kelas. Tunggu ustaz... sampai pukul 2.30 petang, cari ustaz kat pejabat... tapi takde... ish2... mana pulak ustaz ni... Aku pun plah ke bilik guru. Tanyalah ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kat situ. Terperanjat aku bila respon yang aku dapat;

"ustaz dah pindah ke Johor"

Apa???? jeng2.... erm... tulah kali terakhir aku jumpa dia... Sedihnya tak dapat ucapkan terima kasih... Sedih.....

Sejak hari tu memang aku menjadi seorang yang berfokus. Aku berjanji nak jadi macam dia..... orang yang banyak sabar dengan perangai aku selama ini... itulah kata-kata azimat dia yang aku jadikan motivasi untuk aku terus bangkit sebagai seorang muslimah yang terbimbing dengan tarbiah dari ALLAH....

Erm... tulah ceritanya.... gelak-gelak aku yang akan ku hadapi perangai pelajar-pelajar seperti perangai aku dulu.... Oleh sebab itu aku menyimpan satu matlamat supaya aku menjadi seorang murabbi yang melaksanakan suruhan ALLAH, dan menjadi AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai rujukan utama hidupku.....

Sekian...

* Lama mencari ustaz... doa'kan ana jumpa ustaz ana tu... Nak ucap sangat2 terima kasih....

Sunday, December 13, 2009

..:: Bait Ad-Dakwah ::..


بسم الله الرمن الرحيم

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani….

Yang mencipta segala kejadian dengan kesempurnaan yang indah. Terjadi dengan penuh makna dan kasihNya. Mendidik dengan sesuatu yang dapat memberi makna atas segala perkara. Berkepentingan hanya untuk mendidik hati hamba-hambaNya supaya mencintaiNya yang Esa.

Mengenal diri dan potensi diri adalah dengan cara mengenali kelemahan diri. Hati yang kuat dengan cara kita mengenal pencipta kita. Satu perkara dalam yang banyak dibincangkan dalam kitab-kitab tasauf dan akidah. Erm.... bilalah ana nak dapat meng’khatam’kan kitab-kitab tu? Insya ALLAH, memohon yang terbaik dari ALLAH s.w.t.

Penulisan ana kali ini hanyalah untuk mengucapkan tahniah kepada seorang sahabat ana iaitu UKHTI ADIBAH dan AKHI FUAD yang selamat melansungkan perkahwinan pada 12/12/2009. Insya ALLAH... semoga ukhti menjadi seorang isteri yang solehah. Yakinlah dengan janji ALLAH s.w.t. Assif jiddan kerana ana tak dapat ke walimah ukhti... Keadaan ana yang kurang sihat. Walau bagaimanapun, doa ana sentiasa mengiringi antum berdua....

Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (ALLAH) menciptakan pasangannya (Hawa) dari diri(nya); dan dari keduanya ALLAH memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada ALLAH yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasimu. (Surah An-Nisa’:1)










Thursday, December 3, 2009

..:: Biarkan Diri Mencari Apa Yang Perlu ::..

HAYATILAH FIRMAN ALLAH S.W.T INI:

"Katakanlah, 'Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?' Perhatikanlah bagaimana berkali-kali Kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga)." (Al-An'am: 46)

"Katakanlah, 'Dialah Yang menciptakan kalian dan menjadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan, dan hati.'" (Al-Mulk: 23)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayatayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) lidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf: 179)

..:: Apa Tugas Kita? ::..

Dalam memberikan arahan (taujih) tentang tugas dakwah, Imam Syahid Hasan Al-Banna memberikan perumpamaan dengan perkataannya,

"Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga elektrik. Para pegawai memasang instalasinya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran elektrik masuk ke pabrik-pabrik, rumah-rumah, dan tempat-tempat lain. Jika aliran elektrik tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, niscaya seluruh penjuru kota akan gelap gulita. Padahal saat itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit elektrik, hanya saja tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan."

Demikianlah, Allah swt. telah menurunkan Al Qur'an Al-Karim kepada kita, dan dialah sebesar-besar tenaga dalam kehidupan ini. Allah swt. berfirman,
Sesunggubnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itupula) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maidah: 15-16)

Begitu pula dengan Al-Qur'an Al-Karim, ia adalah pusat pembangkit "tenaga" bagi kaum muslimin, tetapi sumber kekuatan itu kini dicampakkan oleh kaum muslimin sendiri, sehingga hati mereka menjadi gelap dan kehidupan pun menjadi rosak. Tugas kita sebagai da'i adalah seperti tugas para pegawai elektrik, mengalirkan kekuatan ini dan sumbernya ke setiap hati orang-orang muslim agar senatiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya. Allah swt. berfirman,

"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengahtengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (Al-An'am: 122)

Tatkala anda ingin memikat hati mad'u, anda harus ingat bahwa Anda adalah seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala anda berdakwah, anda harus ingat bahwa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya.

..:: KAMI SEMUA SAYANG TOK GURU NIK AZIZ ::..


KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

Tuesday, December 1, 2009

..:: Tak Habis-Habis nak Sakitkan Hati Tok Guru ::..


KOTA BHARU, 1 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu sudah lali dengan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.Tindakan sama sebelum ini katanya pernah beberpa kali dibuat pemimpin Umno negeri itu malah berpendapat tidak perlu melayan perkara tersebut."Kalau sebelum ini Tan Sri Annuar Musa yang membuat desakan seperti itu dan sekarang pemimpin Umno lain pula. "Kalau hendak diikut dengan desakan mereka tidak boleh buat kerjalah kita. Saya sudah lali dengan desakan seperti itu," katanya ketika mengulas demonstrasi pagi tadi.Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tiada sebab kenapa beliau harus tunduk kepada desakan tersebut kerana ianya datang dari Umno dan bukannya dari PAS sendiri."Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya lagi.
Malah kata beliau perhimpunan mendesaknya meletak jawatan diadakan bertujuan menutup banyak kepincangan lain yang berlaku termasuk pergolakan Umno di Terengganu, dua kerajaan di Perak dan perpecahan MCA serta PPP."Bagi melarikan perhatian rakyat terhadap isu tersebut maka dibuat perhimpunan di sini dengan harapan rakyat tidak ingat lagi terhadap isu yang lebih besar berlaku," ujarnya..Memorandum itu diserahkan Setiausaha Politiknya Haji Anual Bakri Harun selepas menerima daripada Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta penyokong PAS membaikot akhbar yang sengaja yang mengapi-apikan isu di Kelantan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat."Baik tak usah baca suratkhabar terbabit yang sengaja menjadi kesalahan PAS dan kerajaan negeri," ujarnya.Demontrasi yang didalangi Umno bermula jam 10.25 berlarutan sehingga 11.35 pagi.
Pada awalnya mereka enggan bersurai biar pun diminta berkali-kali oleh pihak polis. Namun hujan lebat yang turun kemudian menyebabkan mereka beredar.Perhimpunan terbabit difahamkan diketuai Che Johan dan kemudian menyerah memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar.Selepas menyerah memorandum itu yang dinamakan atas Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan JRPK, mereka diminta bersurai oleh polis dan hanya seorang wakil sahaja dibenarkan berucap.Namun mereka tetap berdegil biar pun pegawai polis mengarahkan mereka supaya bersurai dengan alasan ingin mendapat jawapan dari Menteri Besar.Ekoran itu kira-kira jam 10.40 pagi Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir dan meminta mereka supaya bersurai kerana perhimpunan tersebut tiada permit.
Lebih 30 anggota polis dilihat mengawal keadaan.
"Polis terpaksa meminta mereka supaya bersurai segera dalam tempoh setengah jam memandangkan perhimpunan mereka tidak mempunyai permit."Walaupun penganjur memohon permit malam tadi namun kami tidak dapat meluluskan perhimpunan ini.“Mana ada jabatan yang memohon malam tadi, pagi ini boleh luluskan. Sekurang-kurangnya kena tiga hari. Kena ikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas itu.

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP