Monday, November 16, 2009

..:: Antara Istikharah, Mimpi dan Gerak Hati ::..

Kes 1

Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu, tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi

Kes 2

Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah

Kes 3

Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya

Masalah Istikharah

1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah


عن ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏قال ‏
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعلمنا ‏ ‏ الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول ‏ ‏إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به

Maksudnya : Dari jabir Bin Abdullah ra katanya: Adalah nabi saw mengajar kami untuk beristikharah dalm semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melkukan sesuatu perkara mak hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):

ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به


‏ ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق ‏
أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا أراد أمرا قال ‏ ‏اللهم ‏ ‏ خر لي ‏ ‏ واختر لي ‏

Maksudnya : Dari Aisyah ra meriwayatkan dari Abu Bakr assiddiq bahawa nabi saw apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku


عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه

Maksudnya: Dari Jabir ra katanya Nabi SAW bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)


2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah

Pertama:

Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana nabi Saw menyatakan dalam hadis:

: (( إذا همّ أحدكم بالأمر((.

Perkataan yang Nabi saw yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.

Kedua :

Ramai antara kita beranggapan bahawa istikhara hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaj contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :


(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((

Maksudnya : adalah dia (Nabi saw) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara ( riwayat Tirmizi)

Ketiga :

Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus.Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi saw :



(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((

Maksudnya : maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu

Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar nabi SAW, maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah

Keempat :

Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan

Sila perhatikan kepada firmanAllah SWT:

(( وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) (البقرة:216)

Maksudnya: dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya

Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya

Kelima :

Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah SWT terhadapnya,jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang

sumber: http://salmanku.blogspot.com/


Thursday, November 12, 2009

..:: Teguran Pada Diri ::..

Salam kembara di bumi UPSI kembali lagi....

Perjalanan ana yang semakin hampir ke akhir di bumi UPSI ini. Walaupun hampir ke penghujung, tapi dakwah tetap diteruskan.... Insya ALLAH.... doa’kan ana ye sahabat-sahabatku sekalian....

Kembali menerpa diri hanyalah ingatan tentang tarbiah diri. Kerana diri ini siap untuk ke medan pertempuran utama di luar. Ya! Pasti dan pasti diri ini perlukan kekuatan dari ALLAH s.w.t. Sibuk kita dalam berfikir tentang tarbiah diri kadang-kadang dilupakan juga tarbiah orang lain.

Adakala kita sibuk mentarbiahkan diri, hingga lupa tanggungjawab dakwah kepada orang lain. Adakah kita nak diri kita sahaja nak masuk ke syurga ALLAH? Kita perlu fikir siapa kita. Apa tanggungjawab kita di muka bumi ALLAH s.w.t. Kalau kita seorang sahaja masuk syurga, sah-sah kita tiada tanggungjawab terhadap orang lain. Dan sudah pasti dan pasti, kita tak perlu nak berdakwah.

Banyak mengkritik tapi kurang melaksanakan pembaharuan kepada kritikan. Ada sesetengah dari kita yang banyak menerpa persoalan yang sepatutnya kita jawab dari segi perlaksanaan snediri. Sebagai contoh, maksiat di depan mata. Kalau kita fikir kita seorang yang sangat baik, kita buat tak tahu sahaja dengan maksiat depan mata. Just ignore that, because I don’t do it. Kita fikir kitalah terbaik. Lepas fikir kita baik, kita serang orang yang buat maksiat tu. Kata macam-macam. Sedar tak kita akan satu perkara penting. Adakah kita jalankan dakwah kepada orang di sekitar kita?

Kalau kita sibuk nak cari salah orang, macam mana pulak kalau orang cari salah kita? Bukankah kita marah bila mana orang kritik kita sebelum dia tegur kita secara baik. Kalau nak orang terima diri kita, kita perlu terima keadaan sekeliling. Apabila kita terima keadaan sekeliling, kita kena cuba ubah apa yang tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat ISLAM. Paling penting, dalam perlaksanaan hidup, undang-undang ISLAM wajib laksanakan. Pasti, dan pasti (macam sekolah PASTI pulak)

Seperti keadaan di kampus juga. Kita kena lihat keadaan di sekitar kita. Itulah target dakwah kita. Jangan salahkan mereka jika mereka melakukan kesalahan. Sebab perkara penting kita sebagai seorang dai’e perlu ingat tak semua dibesarkan dengan cara baik. Mereka diuji. Kita juga diuji. Ujian kita adalah untuk cuba mengubah perkara yang buruk kepada perkara yang baik.

Teringat akan kata-kata seorang penulis buku:

”ingatlah, orang-orang yang ada disekeliling kamu adalah terbaik yang ALLAH s.w.t sediakan untuk kamu. Mungkin kamu tidak dapat melihat kebaikannya. Kerana kamu melihat dengan mata kasarmu. Lihatlah dengan mata hati. Maka, insya ALLAH kamu temui kebaikan dan kelebihannya. Sayangilah orang-orang yang ada disekeliling kamu. Ciintailah meraka kerana apabila mencintai seseorang kerana ALLAH, maka ALLAH s.w.t akan mencintaimu lebih”

Tuesday, November 10, 2009

..:: Love Rasulullah s.a.w and ALLAH s.w.t::..

video

Ya ALLAH, dambakan cintaku untukMu semata-mata. Kerana aku tak mahu cintaku berpaling dariMU... Selamatkanku dari cinta manusia yang palsu.
Rapatkan hatiku pada insan yang mencintaiMu lebih dari segala-galanya juga.
Kerana nilai cinta itu hanya bernilai apabila cinta itu untuMu... Cintaku pada RasulMu, cintaku padaMu...

ANA UHIBBU YA ALLAH

Sunday, November 8, 2009

..:: Mencari ::..

Bismillahhirrahmanirrahim......

Pembuka bicara ana kali ini....

Fuh!!!!! di tiup sekali nafas. Lama sudah ana tak menjengah ke blog ini. Adalah sarang labah-labah sikit-sikit (^-^)...

Alhamdulillah tepat pada pukul 11 pagi tadi ana baru sahaja menamatkan kertas peperiksaan di UPSI. Alhamdulillah... kertas exam yang terakhir dalam kembara ilmu di Universiti Pentarbiahan Syuhadah Islam (UPSI).

Alhamdulillah... semuanya selesai dengan baik. Ana hanya mampu bertawakkal kepada ALLAH s.w.t. Result yang bakal keluar diyakini adalah yang terbaik. Selepas habis exam, ana saje jalan-jalan di sekitar taman universiti. Saje melihat adik-adik yang bakal ditinggalkan...

Sedih juga hati ini bila nak tinggalkan UPSI. Lama sudah diri ini menetap di Tanjung Malim. Duduk bertapa ilmu di UPSI. Seronok bila hati ni nak saje dengan pengisian. Tapi, walau bagaimanapun, diri ini kena juga bawak p jauh-jauh. Erm...

Lepas ni kena fikir perlaksanaan perancangan masa depan (macamlah hebat sangat masa depan tu ^-^). Fikir2....

"Kena buat perlaksanaan molek2 ni. Kena fokus pada tahap utama yang perlu. Lepas ni...."
(diri ini berbisik... saje buat layan diri yang sedang mencari titik fokus)

Baru-baru ini ana p melawat sahabat-sahabat seperjuangan (tentera2 ALLAH). Ana duduk bertapa di KUO.... (maklumlah... saje menyibukkan diri jadi warga sana ^-^). Sibuk betul masing-masing study. Fokus!!!!! tulah moto bila exam. Sibuk sungguh... tapi bila bab solat, masing-masing berkejar-kejar ke surau (muslimat jelah ana nampak, muslimin ana tak tahulah). Tapi pernah ke kita terfikir, kenapa kita sibuk cari ALLAH bila kita susah???

*akan diteruskan selepas ini... bersambung.

..:: Selamat Berwalimah Kepada Semua Sahabat-Sahabatku ::..





* Selamat kepada semua sahabat-sahabat..... Jangan lupa hantar kad ye....

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.



Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia



Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang



Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP