Saturday, March 28, 2009

Cinta Menurut Pandangan Islam

“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..”

Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?

Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.

Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.

Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran.

Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?

Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’

Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.

Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)

Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.

3. Cinta Sesama Mukmin

Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:

“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”

(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :

“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...

(Surah Al-Fath, ayat 29)

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”

(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya

Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :

Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”

(Surah An-Nuur, ayat 30)

Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?

Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”

(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.

Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.

Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan selain keimanan, ketakwaan dan kecekalan?

Thursday, March 26, 2009

..:: Kesabaran::..

KELUARGA BAHAGIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....

Alhamdulillah.... penulisan ana diteruskan. Penulisan yang hanya mampu untuk mengingati diri ini dari lalai.... Semoga apa yang dicoretkan, bukan sekadar coretan semata-mata, tetapi amalan secara istiqamah....

Alhamdulillah... microteaching ana pada sem ini, berjalan dengan lancar. Alhamdulillah......
Pada hari rabu lepas, ana selamat manjalani microteaching mathematic ana... banyak yang ana dapat pelajari... paling utama ialah erti kesabaran,pengamalan kesabaran, ingatan serta penyerahan sesungguhnya kepada Allah. Alhamdulillah.... tarbiah berlaku dalam diri ana sepanjang hidup ini... semakin di uji, semakin aku mencintaiMu Ya Allah....

Banyak juga cabaran yang berlaku kepada ana sebelum waktu microteaching tu.... dengan keadaan demam yang agak teruk, batuk dan kestabilan badan yang agak kurang... tetapi Ya Allah dengan rahmat dan kasih sayangMu aku mampu lakukan dengan terbaik mengikut kemampuanku.....

Ana pernah teringat kepada sebuah kata;
"Disebalik ujian yang melanda, banyak hikmah yang kita dapat. Kadang-kadang kita berdoa untuk dipermudahkan jalan, tetapi kesukaran yang kita dapat. Kita minta diberi kebahgiaan tetapi, kesengsaraan. Kita minta dipermurahkan rezeki, tetapi kesempitan dan kemiskinan yang kita dapat. Knp???? kerana setiap keperitan yang Allah berikan kepada kita adalah sebenarnya nikmat yang ternilai... kerana Allah mahu kita sentiasa bersamaNya. Sesungguhnya Allah mengira segala titisan air mataMu kerana Allah sangat merindui mu untuk menangis kepadaNya..... mengharapkan pertolongan darinya"

Alhamdulillah... dalam keadaan yang agak krikitikal sekarang... sebenarnya inilah janji Allah telah tiba... knp janji Allah tiba???? kerana pada masa inilah ujian datang... kesabaran, ketenangan, ketaqwaan dan keimanan yang amiq adalah antara ujianNya....

Kebanyakkan sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sedang memerah keringat serta pemikiran untuk menyiapkan assigment. Kadang-kadang kalau dilihatkan.... ramai yang sedang tension. Hinggakan kita yang cuba untuk senyum pun sukar. kerana tak tahu keadaan sekarang...

Roomate ana pernah berkata;

Roomate: lecture kita ni tak tahu ke kita bayak kerja?
ana: (senyum). Knp?
Roomate:Yelah... setiap kali datang kelas ada assigment...
ana:Oooo... (senyum)... tension ke?
Roomate: ha'ah.... kadang-kadang rasa nak marah je kat lecture tu...
ana:sabar.....

itulah dialog ana bersama roomate ana. kami jarang berjumpa.... bukan kerana kami bergaduh tetapi kesibukan untuk melaksanakan assigment menjadikan kami jarang berjumpa... kesian kepada kami... tapi tak mengapa... insyaALLAH ada ruang untuk kita bersama...

Ada juga yang muka marah-marah je...

ana: bakpo muka dok macam tu
sahabiah: ........
ana: marah ke....
sahabiah: ..... mengantuk.........
ana: tak baik muncung pagi2 ni...
sahabiah: ....... malaslah nak cerita...

rasa nak marah sokmo...marah kat lecture.... tiada sifat sabar...semua gerak kerja rasa tak ikhlas.... niat nak balas dendam sahaja... Aduhai sahabat.... mengapa kamu membiarkan dirimu dihanyut dengan hasutan syaitan laknatullah...

habis ana macam mana??? tak marah???? tak tension???... ana pun manusia biasa sahaja...ada juga nak marah... tapi, diri ini banyak menginagatiNya... kerana janjiNya telah tiba...

Ana pernah diingatkan oleh lecture ana sewaktu belajar di MMC,
"lakukan gerak kerja ana kerana keikhlasan kerana Allah.... Allah sayang anda.. sebab tu pembentukkan keikhlsan adalah penting.. kerana itu adalah berkait dengan hati... hati adalah nakhoda kepada gerak laku anda"

kata-kata dari seorang yang hebat... lecture physic ana... yang tak pernah meninggalkan keindahan Islam dalam pengajaran dia...
Ana gak rapat dengannya.. En Hamisan... "Abah"... seorang yang sentiasa berpewatakkan cool je.... target dalam hidupnya adalah semua perkara dilakukan adalah kerana Allah....

Beberapa hari yang lalu... ana ternampak seorang wanita menjual kuih... ana menghampirinya. bertanya... berkenalan. Rupa2nya mak cik ini adalah ibu tunggal yang berusaha untuk mencari rezeki.... Allah... kuatnya kesabaran dia... dengan keadaan yang serba kekurangan.... kesabaran dia menjalani hidup ini dengan pelbagai ujian.... Allah, Kau berikan kekuatan kepadanya... sedangkan aku yang hanya suruh belajar.. nak merungut kerana susah... banyak lagi cabaran... tapi kenapa sabar kau tak letakkan keutamaan dalam menjalani ujian hidup ini????

knp??? (fikir-fikirkanlah).......

Semoga tulisan kali ini bermakna kepada ana dan semua sahabt dan sahabiah....
"Aku tak sempurna. Banyak kekurangan... Tetapi Ya Allah, berikan akau kekutana untuk menjadi hambMu yang bertaqwa dan solehah"....... Amin

Wednesday, March 18, 2009

Assalamu'alaikum w.b.t kepada semua sahabat dan seistimewa untuk diriku..... erm.. penatnya... (bisik hati ini). Ana baru sahaja merehatkan diri ana ini.. tak lama pun. Hanya rehat selama 20 minit sebelum meneruskan tugas2 ana yang lain.... Berkata dalam hati ini...

"Penatnya sem ni... apalah nak jadi dengan aku ni.. adakah masa yang aku guna ini adalah terbaik untukku dan untuk Islam??? (sambil menggelengkan kepala.... Astaghfirullahhal'azim...)Apa yang aku dah buat ni??? buzy sangat ke aku sampai masa untuk yang teristimewa diabaikan???? Adakah aku layak mencipta alasan yang tak bijak untuk diberikan kepadaNya??? Adakah apa yang berlaku ini satu kekurangan yang ada dalam diriku atau ujian????"

Erm.... banyaknya kene pikir. Pikir2... pening kepala juga... tapi pada diri ana, buatlah sesuatu kerana Allah, kerana tugasan yang di lakukan keranaNya adalah jihad yang terbaik....

Minggu lepas ana alhamdulillah telah pun menjalani test untuk Research Method... Wah!!! hebat tu... research2 pulak.. banyaklah.. mana ada hebat, takde maknanya hebat... Allah itu hebat.. tu baru ujian kecil belum dapat ujian hebat dari Allah... tu lagi real...

Ana test hari Jumaat malam... esok ana balik ke kampung.. dalam hati bemonolog,

"Alahmdulillah, syukur Ya Allah, Kau berikan aku jalan untuk pulang ke kampung... lama juga tak balik kampung... rindu sangat kat emak dan adik2..... mesti mak gembira bila aku balik, Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan tugasku sebagai seorang anak"

Ana bertolak ke kampung pukul 7.30 pagi dan sampai di rumah pada pukul 2.00 ptng... Alhamdulillah... perjalanan yang diharapkan diberkati Allah... Malam tu sibuklah ana ni mengisi borang UPU adik lelaki ana yang baru sahaja mendapat keputusan SPM.... pening2... ana yang pening..... adik lelaki ana relaks je... tapi nampak jugak kat raut wajahnya resah....

Sambil2 isi borang... mak pun ajak berbual... maklumlah dah lama tak jumpa, macam2 cerita keluar dari isu keluarga ke isu PPSMI.... tiba2 je mak ana berkata,

emak:tahun depan habis belajarkan?
ana:ha'ah,knp mak?
emak:takdelah, cepat habis, mak dah tua dah. Tak larat dah...
ana:(dok pikir sesuatu)
emak:boleh cepat2 kerja
ana:(aduh, mcm mana ni??? baru nak nyatakan hajat ni...)

Ada hajat yang ana simpan, tapi bila mengenangkan keadaaan emak.... ana kene buat keputusan terbaik... Ya! terbaik.... Takpe mak... akak akan laksanakan tanggungjawab akak... (hajat tu... simpan dululah nampaknya...)

Esoknya, ahad ana kene pulang ke kolej di UPSI... Kesian emak... sekejap je ana dapat pulang....... Maaf ye mak, kerana anakmu ini pulang terlalu sekejap. Walaupun kejap, tapi ana gembira kerana dapat lihat keadaan emak.... Alahmdulillah semua berjalan dengan lancar... Harapanku perjalanan hidup ini diredhai Allah s.w.t hendaknya... AMIN.....

Sunday, March 8, 2009

..:: Memperingati Kelahiran Muhammad s.a.w::..

1. MENGAPAKAH UMAT ISLAM PERLU MENGENANG KEMBALI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW?

Hubungan kita dengan Rasulullah SAW adalah hubungan yang berterusan
Syahadah, mengiktiraf bahawa hidup ini hanya untuk beribadah kepada Allah, caranya adalah dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW
Manusia mudah alpa dan perlu diingat dari semasa ke semasa
Firman Allah SWT:

Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Ibrahim 14 : 5)

Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori, tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi SAW
Sahabat mengajar anak-anak mereka Sirah, sebagaimana mereka mengajar anak-anak mereka al-Quran.

Kesimpulan, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.

2. SIRAH RASULULLAH SAW BERMULA DENGAN CATATAN BAHAWA BAGINDA SEORANG ANAK YATIM. APAKAH IKTIBAR DARI KENYATAAN INI?

Yatimnya Nabi SAW adalah tsabit di dalam nas al-Quran. Firman Allah:

Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (Al-Dhuha 93: 6)

Hikmahnya besar dan tidak terhad

Tetapi, Sirah memberikan penekanan kepada aspek praktikal. Rasulullah SAW dipilih dari kalangan manusia, bukan malaikat, supaya kita tidak berhujah dari segi keupayaan baginda dan ketidakupayaan kita.

Jika baginda datang dari sebuah kehidupan yang serba kekurangan dan dhaif sebagai anak yatim, tetap boleh cemerlang, ia menyuntik harapan kepada semua lapisan kita bahawa semua orang boleh berjaya, asalkan kita berusaha.

Kita tidak boleh memilih untuk dilahirkan kaya atau miskin, yatim atau beribu bapa. Tetapi kita boleh memilih untuk berjaya atau gagal. Susah atau senang, yatim atau beribu bapa, terpulang kepada kita, bagaimana reaksi kita terhadap kehidupan ini.
Juga untuk memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW tidak dibesarkan dan berpemikiran hasil pengaruh ibu atau bapanya. Sebaliknya baginda bebas dari pengaruh keturunan dan pewarisan pemikiran. Didikan secara langsung dari Allah SWT.

3. JIKA BEGITU SEKALI KEHEBATAN PERIBADI BAGINDA, MENGAPAKAH SUKAR BAGI SESETENGAH KITA UNTUK MENCONTOHINYA?

Soalan yang sangat penting.

Kehebatan Rasulullah SAW turut diakui oleh pengkaji barat seperti Michael H Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History
Mengapa sukar mencontohi baginda?
Bukan hanya orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri mungkin ramai yang sulit mencontohi kehidupan Nabi SAW.

Contohnya: Hadith berkenaan puasa, Nabi SAW bertanya kepada Aisyah apakah ada makanan untuk dimakan? Jika tiada, Rasulullah mahu berpuasa. Apakah ini contoh rumahtangga yang terbaik? Mahukah perempuan hari ini menerima calon suami yang tidak dapat menyediakan makanan di rumah?

Allah sebut dalam al-Quran:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (Al-Ahzab 33: 21)

Tiga ciri orang yang boleh melihat Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik iaitu:

Meletakkan harap / matlamat hidupnya kepada Allah (Allah Centric)
Ganjaran pekerjaan yang diutamakan adalah habuan Akhirat
Konsisten mengingati Allah dalam segenap kehidupan
Membetulkan pandangan terhadap Rasulullah
Percaya dengan apa yang dipercayai oleh Rasulullah SAW (Aqidah)
Inilah yang diusahakan oleh Baginda SAW selama 13 tahun secara intensif pra Hijrah.

4. NAMPAKNYA SOAL AQIDAH TELAH DIBERIKAN PENEKANAN YANG AMAT BESAR OLEH BAGINDA SAW. BOLEH USTAZ LANJUTKAN LAGI TENTANG KEPENTINGAN AQIDAH INI?

Kesemua Rasul diutuskan dengan menjadikan soal kepercayaan / Aqidah sebagai subjek utama. Firman Allah SWT:

Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut” (An-Nahl 16: 36)

Kepercayaan menentukan pandangan hidup (world view), sistem nilai dan tindakan.

Sumber Penuh dari: http://saifulislam.com/?p=138

..::Hari Maulud Nabi (12 Rabiul Awal)::..

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-

"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157

Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.

Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-

Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"
Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.

Maka Nabi S.A.W. berkata:

"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:

Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain.
Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Rujukan
http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/Masalah/maulud.html

Tuesday, March 3, 2009

Apakah Aku Mampu???

Alhamdulillah.... syukur kepada Pemilik segala2nya ini. Terlalu hina diri ini. Terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh diri ini. Sama ada disengajakan atau tidak. "Ah! baru sikit je kau buat dosa tu" (bisikan syaitan laknatullah). Sungguh, syaitan sentiasa membisikkan serta berusaha supaya kita ni, selalu je bersenang lenang dengan kehidupan kita. Sedangkan, terlalu banyak dosa2 yang tidak tertanggung.... Hati ini banyak mengingati Kekasih hatiku.

"Ya Allah, terlalu banyak yang aku lakukan sepanjang dalam hidup ini. Terlalu banyak....tetapi, adakah semua itu kau redhai.... Aku terlalu bimbang dan takut dengan segala2 yang aku lakukan. Bukan kerana takutkan pensyarah, sahabat, musuh atau sesiapa sahaja. Tetapi Ya Allah, aku terlalu takut dengan perkara yang aku lakukan terdapatnya maksiat dalamnya. Walaupun aku cuba untuk mengelakkannya, tetapi Ya Allah, dunia ini semakin banyak fitnahnya. Terlalu banyak....... terkadang aku tak tahu apakah aku mampu untuk cuba mencari serta melaksanakan jalan penyelesaian kepada permasalahan ini. Ya Allah, bantulah hambaMu yang terlalu lemah ini"

Setiap kali melihat diri ini, air mataku tidak putus-putus beristigfar... banyaknya dosaku.... Ya Allah, adakah aku layak untuk mencintaiMU? Aku lemah Ya Allah.... Terlalu hina. Aku tak mampu memikul segal dosaku Ya Allah... Aku malu Ya Allah.... terlalu malu......

Terlau banyak tugas yang dilaksanakan. Bukan aku mengatakan yang aku terlalu hebat... tetapi aku berasakan aku terlalu banyak kekurangan diri.... Ya Allah, sebenarnya aku terlalu rindukan seseorang yang aku paling sayangi. Kau mengetahuinya... Entah kenapa hati ini semakin merinduinya.... Terlalu rindu. Apabila melihat tasbih yang di beri olehnya, aku akan menitiskan air mata. Air mata yang tak tahu kenapa tiba2 mengalir. Semakin lama semakin deras.... Banyaknya kenanga aku bersamanya... terlau banyak... Ya Allah, kau berikanlah ketenangan kepada hati ini. Aku redha atas apa yang berlaku kepadanya. Walaupun dia telah Kau ambil, tetapi sesunggunhya, tiada siapa yang dapat memutuskan kasih dan sayangku kepadanya. Aku terlalu rindukan panggilan "sayang" darinya. Pelukannya setiap kali aku pulang ke kampung. Ya Allah kuatkan hati ini. Kuatkan Ya Allah....

Kalau orang melihat diri ini. Mungkin orang mengatakan aku tiada masalah. Semuanya boleh setel dengan mudah. Sesungguhnya, hanya Kau yang mengetahui hati ini. Kerana itu adalah rahsiaku dengan Mu..... Tak semestinya, apa yang kita lihat sama dengan apa yang kita rasa.... Sejak beberapa hari ini, aku sering melakukan aktiviti2 yang boleh menyibukkan diriku. Bukan kerana aku nak lari dari kesedihan, cuma aku memerlukan kekuatan. Kekuatan yang sebenarnya aku sendiri mengharapkannya....

Semua yang kita buat tak semestinya di sukai oleh Allah. Sebab tu, diri ini sentiasa cuba mencari jalan terbaik supaya apa yang dilakukan tidak bertentangan dengan syariat Islam.... kerana diri ini ingat akan janji Allah. Kerana aku bukan diciptakan suka2. Tetapi aku dicipta adalah untuk beribadat kepada Allah. Ya! hanya padaNya. Aku selalu mengingatkan diri ini pada firman Allah dalam surah Az-Zariyat 51:56-57

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. Aku tidak mengharapkan rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku"

Bila perhatikan serta hayati ayat ini, aku selalu menitiskan air mata. Kerana setiap langkahku, aku hanya hendak bersamaMu Ya Allah. Supaya diri ini tak jauh dariMu... Kerana kekuatanku hanya ingin menikmati kehidupan ini hanya untuk menjadi hambaMu yang solehah, terbaik.... InsyaAllah. Semoga aku di berikan kesempatan untuk melakukan segala2 cita2ku sebelum mata tertutup bertemu denganMu... Amin...

Senarai Kitab-Kitab

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali.

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini.

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus.

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi.

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru.

Sajak Pemilik Diri

Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman
Kekalkan kemesraan dalam kehidupan
Jalinkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu

Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Hayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajalkan menjelang

Henyakkan rasa takut dan gentar

Walau ragakan meregang nyawa

Kerna Allah telah janjikan syurga

Untukmu MUJAHID SETIA

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP